save
RM6PERMULAAN UNTUK MENGUASAI ILMU SOROF
RM29RM35
Judul Asal: Al-Madkhal Ila ‘Ilm al-Sorf
Judul Terjemahan: Permulaan Untuk Menguasai Ilmu Sorof
Pengarang: Syeikh Fath bin ‘Abd al-Hafiz al-Qadasi
Terjemahan: Asma’ Nabila binti Zulhizam
Terbitan: Maktabah Al-Bahanji
Size: B5
Muka surat: 275
Tentang Buku:
“Al-Quran yang mulia turun ke atas orang arab yang paling fasih dan penghulu segala makhluk iaitulah Muhammad -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- dengan bahasa arab yang fasih jelas. Jika begitu maka tidak perlu lagi dijelaskan bahawa memberikan perhatian kepada bahasa ini merupakan jalan untuk memahami Al-Quran dan Sunnah. Dari sinilah datangnya nasihat-nasihat ahli ilmu bertalu-talu semenjak dahulu sampailah ke hari kita sekarang yang mengajak kepada menambah bekal terhadap bahasa ini dan segala selok belok ilmunya dalam rangka memahami nas-nas wahyu.
Para ulama tidak berbeza pendapat -selepas ilmu sorof ini dicipta- bahawa ia adalah salah satu tiang utama bahasa arab. Maka mereka menetapkan kepentingan mempelajari ilmu ini secara khusus selain ia juga termasuk di dalam galakan mereka untuk mempelajari bahasa arab secara umum.
Sangat mendukacitakan apabila datang sebahagian manusia lalu meremehkan kepentingan bidang ilmu ini dalam keadaan dia mengabaikan nasihat-nasihat para pemberi nasihat. Kemudian apabila salah seorang daripada mereka yang meninggalkan [bidang ilmu ini] dan mengajak orang lain untuk turut meninggalkannya itu sendiri bercakap atau menulis, ucapan-ucapannya dan tulisan-tulisannya itu penuh dengan kesalahan bahasa…”
(sampai kepada ucapan beliau:-)
“Maka selayaknya dia untuk mengambil daripada ilmu ini bahagian yang dapat membantu dirinya menuntut ilmu daripada dia sibuk mencela apa yang dia sendiri tidak mendapatkannya dan tidak pernah merasai hasilnya padahal dia dalam keadaan sangat-sangat memerlukannya..”
Isi Kandungan:
1) Terjemahan Taqdim Syeikh Fath al-Qadasi
2) Kata Pengantar Penterjemah
3) Kata Pengantar Penulis
4) Pengantar Yang Menyebut Kemuliaan Ilmu Taṣrif Dan Kepentingannya
5) Beberapa Nasihat Untuk Penuntut Ilmu Ṣorf
6) Pendahuluan Bagi Ilmu Ṣorf
7) Bab: Jenis-Jenis Al-Fi’il Dan Al-Ism
8) Penukaran Huruf
9) Jadual Penukaran Huruf
10) Pemindahan Baris
11) Pembuangan Huruf
12) Pencantuman Dua Huruf
13) Bab Khas Bagi Fi’il
14) Fasal Penyambungan Kata-Kata Ganti Nama Dengan Fi’il-Fi’il
15) Bab Khas Bagi Ism
16) Faedah Tambahan Dari Penterjemah: Penimbang-Penimbang Dalam Membentuk Ism-Ism Musytaq
17) Fasal: Menjadikan Kata Nama Berjantina Perempuan
18) Fasal: Menjadikan Ism-Ism Menunjukkan Bilangan Dua
19) Fasal: Menjadikan Ism-Ism Kata Jamak
20) Fasal: At-Tasghir (Menjadikan Perkataan Menunjukkan Makna Mengecilkan Sesuatu)
21) Faedah Tambahan Oleh Penterjemah
22) Fasal Berkaitan An-Nasab (Penyandaran Sesuatu Kepada Sesuatu Yang Lain)
23) Pencondongan
24) Pertembungan Dua Huruf Yang Berkeadaan Sukun
25) Perhentian
26) Makna Perkataan-Perkataan Yang Menjadi Contoh-Contoh
Weight | 0.55 kg |
---|---|
Dimensions | 15 × 2 × 25 cm |
Customer Reviews
There are no reviews yet.
Be the first to review “PERMULAAN UNTUK MENGUASAI ILMU SOROF”