Item: 2 Sold

Akidah Muslim

RM22RM23

Out of stock

Judul Asal: ‘Aqidat al-Muslim
Judul Terjemahan: Akidah Muslim
Pengarang: Syeikh ‘Abd Allah bin Ahmad al-Iryani
Terjemahan: Wan Shahir bin Wan Perwira
Terbitan: Maktabah Ahmad Publisher
Size: B5
Muka surat: 161


Tentang Buku:

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Semoga selawat dan salam yang banyak dilimpahkan kepada junjungan kita yang mulia Nabi Muhammad, kepada ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda -semoga Allah meredai mereka semuanya-.

Di hadapan para pembaca ini adalah sebuah risalah yang menghimpunkan soal jawab perihal tauhid dan akidah seorang muslim dan muslimah. Ia disusun oleh salah seorang ulama Yaman, murid kepada Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -semoga Allah merahmatinya- di Dar al-Hadith, Dammaj, Yaman iaitulah Syeikh kami yang mulia: ‘Abd Allah bin Ahmad al-Iryani -semoga Allah menjaga dan meneguhkan beliau di atas tauhid dan sunnah-.

Risalah ini beliau bahagikan kepada empat bahagian bertujuan memudahkan para pemula dan masyarakat awam dalam memperkenalkan mereka kepada akidah yang benar yang wajib diyakini oleh setiap lelaki dan wanita muslim. Bahagian pertama memiliki 20 soal jawab. Bahagian kedua memiliki 15 soal jawab. Bahagian ketiga memiliki 13 soal jawab. Dan bahagian keempat pula memiliki 14 soal jawab.

Seperti kebiasaan salafi, setiap perbahasan yang disebutkan tidak luput daripada disebutkan sekali dalil-dalilnya daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah -semoga selawat dan salam dilimpahkan ke atas baginda- kerana dengan itulah keyakinan seorang muslim dibina, di atas dalil-dalil yang sahih, sarih dan diletakkan tepat pada tempatnya tanpa semberono melampaui batas dan tanpa cuai. Sabda Nabi -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda:

إِنَّ ‌مِن ‌إِجلَالِ ‌اللَّهِ إِكرَامُ ذِي الشَّيبَةِ المُسلِمِ، وَحَامِلِ القُرآنِ غَيرِ الغَالِي فِيهِ وَلَا الجَافِي عَنهُ، وَإِكرَامُ السُّلطَانِ المُقسِطِ

“Sesungguhnya memuliakan orang Islam yang lebih tua terutama yang beruban, menghormati pembawa Al-Quran yang tidak bersikap melampau dan cuai terhadap Al-Quran itu dan menghormati sultan yang adil, semuanya termasuk daripada penghormatan kepada Allah.” HR Abu Daud (4843).

Terjemahan risalah ini kami buat selari di antara Bahasa Arab di sebelah kanan dan Bahasa Melayu di sebelah kiri. Tujuannya agar dapat membantu saudara dan saudari kami yang ingin melatih diri mempelajari bahasa Al-Quran ini melalui cara pembacaan. Moga-moga usaha ini dilakukan ikhlas kerana mengharapkan wajah Allah yang mulia.

Penterjemah:

Wan Shahir bin Wan Perwira.
Perlis, Malaysia.


Kelebihan Buku ini:

• Disajikan dalam bentuk soal jawab.

• Mudah difahami oleh para pemula.

• Mudah diajarkan kepada masyarakat awam.

• Fokus dalam membahas asas-asas akidah dan tauhid seorang muslim dan muslimah.

• Terjemahan selari di antara Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.

• Setiap permasalahan dinyatakan sekali dengan dalil-dalilnya daripada Kitab Allah atau Sunnah Rasulullah.

• Disusun oleh seorang alim yang termasuk antara anak murid Imam Muqbil bin Hadi al-Wa’di’i iaitu Syeikh ‘Abd Allah bin Ahmad al-Iryani yang sememangnya terkenal dengan uslub tulisan beliau yang mudah dihadam.

Weight0.320 kg
Dimensions18 × 1 × 25 cm

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Akidah Muslim”

Your email address will not be published. Required fields are marked *