Item: 51 Sold

NASIHAT UNTUK AHLI BAIT NUBUWAH

RM20

62 in stock

Judul Asal: Nasihati Li Ahli Bait Al-Nubuwwah
Judul Terjemahan: Nasihat Untuk Ahli Bait Nubuwah
Pengarang: Syeikh Muqbil Bin Hadi Al-Wadi’i
Terjemahan: Wan Shahir Husairil Bin Wan Perwira
Terbitan: Maktabah Ahmad Publisher
Size: A5
Muka surat: 125


Tentang Buku:

“Nasihat saya untuk Ahli Bait Nubuwah agar mereka kembali kepada kitab Allah dan kepada sunnah Rasulullah  dan agar mereka meninggalkan fahaman Syiah yang mendatangkan keburukan. Hadith-hadith yang didustakan atas nama Nabi  telah menjauhkan mereka daripada jalan yang lurus. Nasihat saya kepada mereka agar meninggalkan fahaman Syiah dan meninggalkan permusuhan kepada sunnah dan agar mereka beriltizam dengan kitab Allah dan kembali kepada ilmu yang bermanfaat dan kepada jalan Nabi , ‘Ali, al-Hasan, al-Husain, Fatimah, ‘Ali bin al-Husain, demikian juga Muhammad bin ‘Ali bin al-Husain, Ja’far bin Muhammad dan Zaid bin ‘Ali. Mereka semua merupakan para imam yang mendapatkan hidayah…”


Isi Kandungan:

1) Mukadimah Syeikh Abu Fairuz Abdul Rahman Al-Jawi
2) Mukadimah Penterjemah
3) Khutbah Pertama: Beberapa Fadilat Ahli Bait
4) Khutbah Kedua: Nasihat Untuk Ahli Bait
5) Pelengkap Faedah: Penjelasan Tentang Ahli Bait
6) Soal Jawab:

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟭: Adakah setiap orang yang berpegang teguh dengan Al-Kitab dan sunnah walaupun nasabnya tidak bersambung dengan Ahli Bait juga termasuk dalam kalangan mereka?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟮: Apakah kitab-kitab yang dikarang berkaitan keutamaan-keutamaan Ahli Bait Nubuwah?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟯: Apakah yang menjadi dalil bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak bermuka-muka kepada sesiapa pun, baik itu dari kalangan Ahli Bait atau selain mereka, bahkan Ahli Sunnah bersikap adil dalam segala sesuatu khususnya dalam urusan agama mereka?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟰: Apakah boleh seorang lelaki yang bukan Hasyimi berkahwin dengan seorang wanita Hasyimiyah? Dan apakah dalil yang menunjukkan hal itu daripada perbuatan para salaf kita yang soleh radhiallahu ‘anhum?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟱: Adakah Ahli Bait Nubuwah dari kalangan para salaf kita yang soleh suka untuk manusia ghuluw (melampau) terhadap mereka?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟲: Adakah dahulu Amir al-Mukminin Abu al-Husain ‘Ali bin Abi Talib radhiallahu ‘anhu membenci dua Amir al-Mukminin Abu Bakr dan Abu Hafs ‘Umar radhiallahu ‘anhuma?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟳: Adakah kita harus membenarkan setiap orang yang menisbahkan diri mereka kepada Ahli Bait Nubuwah bahawa ia sememangnya dari kalangan Ahli Bait ataukah tidak harus?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟴: Apakah kemuliaan Ahli Bait Nubuwah di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam? Dan adakah kemuliaan orang yang menisbahkan dirinya kepada Ahli Bait Nubuwah di zaman ini sama seperti kemuliaan Ahli Bait Nubuwah di zaman tersebut?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟵: Sudah ramai orang yang terpedaya dengan al-Khomeini. Maka apakah hukum Islam terhadap orang ini? Perlu diketahui bahawa sebahagian manusia mendakwa bahawa kitab “Al-Hukumah al-Islamiyyah” adalah kitab yang dipalsukan?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟭𝟬: Apakah benar anda mengatakan bahawa mereka yang dinisbahkan kepada Ahli Bait Nubuwah di Yaman, nasab mereka itu tidak sahih?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟭𝟭: Apakah pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu? Dan perbalahan beliau bersama Amir al-Mukminin ‘Ali bin Abi Talib radhiallahu ‘anhu?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟭𝟮: Apakah pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap Yazid bin Mu’awiyah bin Abu Sufyan?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟭𝟯: Apakah pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap al-Hadi Yahya bin al-Husain?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟭𝟰: Adakah benar bahawa Amir al-Mukminin ‘Ali bin Abi Talib tidak pernah sujud kepada berhala dan disebabkan itu dikatakan كَرَّمَ اللهُ وَجهَهُ? Dan adakah lazim apabila menyebut ‘Ali bin Abi Talib untuk disebutkan juga كَرَّمَ اللهُ وَجهَهُ?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟭𝟱: Apakah dia al-Tasyayyu’? Apakah hukumnya? Dan apakah pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada al-Nasb?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟭𝟲: Apakah dia kisah al-Tahkim? Dan adakah ia kisah yang sahih?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝟭𝟳: Apakah nasihat anda wahai Fadhilah al-Syaikh kepada Ahli Bait Nubuwah yang berpegang teguh dengan Al-Kitab dan sunnah?

Weight0.15 kg
Dimensions21 × 14.5 × 0.5 cm

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “NASIHAT UNTUK AHLI BAIT NUBUWAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *