Latar Belakang Syarikat

Maktabah Ahmad Publisher adalah sebuah syarikat penerbitan kecil yang berkomitmen untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat melalui terjemahan karya-karya ulama dan cendekiawan Islam khususnya dari Dar al-Hadith, Dammaj, Yaman. Ia ditubuhkan dengan semangat untuk memperkaya pengetahuan umat Islam terutamanya di negara Malaysia tercinta ini.

Kami memperkenalkan terjemahan karya-karya yang berharga milik guru-guru kami dan para masyaikh Dammaj yang sebelum ini tidak tersedia dalam Bahasa Malaysia.

Pengasas syarikat, Wan Shahir bin Wan Perwira, adalah seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan di Dar al-Hadith, Dammaj, Yaman, antara tahun 2009 hingga 2013. Semasa di sana, beliau telah diberi kesempatan untuk belajar di bawah bimbingan langsung para ulama yang terkemuka dalam bidang ilmu agama di sana.

Bersemangat untuk menyebarkan ilmu yang diperoleh, beliau memulakan perniagaan penerbitan ini dengan matlamat yang jelas: Menjadikan ilmu pengetahuan asas Islam lebih mudah diakses dalam bahasa ibunda dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Kami memahami betapa pentingnya akses kepada sumber-sumber ilmiah yang berkualiti, oleh itu setiap terjemahan yang kami hasilkan melalui Maktabah Ahmad Publisher telah melalui proses penyelidikan dan penelitian yang teliti. Kami memastikan bahawa setiap karya yang kami terbitkan mengekalkan keaslian dan ketelitian dari asalnya, sambil memudahkan pemahaman bagi mereka yang belum mahir dalam bahasa Arab.

Melalui platform e-dagang kami, kami berharap untuk membawa kebaikan ilmiah kepada lebih ramai individu, dan dengan itu, memperkukuhkan lagi pangkalan ilmu pengetahuan dalam masyarakat. Sertailah kami dalam usaha ini untuk memperkaya kehidupan rohani dan intelektual umat Islam di negara ini.


Biodata Pengasas Syarikat & Penterjemah

Nama:

Wan Shahir Husairil bin Wan Perwira.

Kelahiran:

Dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 18 Februari 1992.

Pendidikan:

1) Sekolah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang, Selangor, Malaysia (1999- 2004).

Mendapatkan pendidikan awal bermula daripada darjah satu sehingga darjah enam.

2) Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang, Selangor, Malaysia (2005- 2007).

Mendapatkan pendidikan menengah bermula daripada tingkatan satu sehingga tingkatan tiga.

3) Maahad Tahfiz Baiturrahmah, Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor, Malaysia (2007-2008).

Mula menghafal Al-Quran.

Menghafal 10 juzuk daripada Al-Quran.

4) Pondok Pensantren Islamic Centre Bin Baz, Jogjakarta, Indonesia (2008-2009).

Mula mempelajari asas-asas ilmu agama seperti:

  • Asas Ilmu Nahu
  • Asas Ilmu Sorof
  • Asas Ilmu Tauhid
  • Asas Ilmu Akidah

5) Dar Al-Hadith, Dammaj, Yaman (2009-2013).

Menghabiskan 30 juzuk Al-Quran.

Menghafal matan Al-Arba’in al-Nawawiyyah (Hadith 40) himpunan Imam Al-Nawawi.

Menghafal sekitar 200 hadith daripada Riyadh al-Salihin himpunan Imam Al-Nawawi.

Bertalaqqi ilmu agama bersama para ulama dan masyaikh di sana. Antara guru-guru dan mata pelajaran yang dipelajari di sisi mereka:

5.1) Syeikh Yahya bin ‘Ali al-Hajuri hafizahullah:

  • Tafsir al-Quran al-’Azhim karya Al-Hafiz Ibn Kathir.
  • Fath al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari karya Al- Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani.
  • Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim Ibn Hajjaj karya Imam Al-Nawawi.
  • Al-Jami’ al-Sahih Min Ma Laisa fi al-Sahihain karya Al-’Allamah Muqbil bin Hadi al-Wadi’i.
  • Jami’ Bayan al-’Ilm wa Fadhlih karya Imam Ibn ‘Abd al-Bar.
  • Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim karya Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
  • Adab al-Thalab wa Muntaha al-Arab karya Imam Al-Syaukani.
  • Al-Fusul fi Sirat al-Rasul karya Al-Hafiz Ibn Kathir

5.2) Syeikh Abu ‘Amr ‘Abd al-Karim al-Hajuri hafizahullah:

  • Al-Durr al-Nadhid fi Ikhlas Kalimat al-Tauhid karya Imam Al-Syaukani.

5.3) Syeikh Zayid bin Hasan al-Wusabi hafizahullah:

  • Misk al-Khitam Syarh ‘Umdat al-Ahkam karya beliau.
  • Riyadh al-Salihin karya Imam Al-Nawawi.
  • Al-Raid fi ‘Ilm al-Faraid karya Syeikh Muhammad al-’Eid al-Khathrawi.

5.4) Syeikh Fath bin ‘Abd al-Hafiz al-Qadasi hafizahullah:

  • Matan al-Usul al-Thalathah karya Syeikh Muhamad bin ‘Abd al-Wahhab.
  • Al-Qawa’id al-Muthla fi Sifat Allah wa Asmaihi al-Husna karya Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin.
  • Taqrib al-Tadmuriyyah karya Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin.
  • Syarh al-’Aqidat al-Wasitiyyah karya Syeikh Muhamamad Khalil Harras.
  • Fath al-Wadud al-Lathif bi Jam’ wa Tartib Ahamm Durus al-Tasrif karya beliau.

5.5) Syeikh Turki bin Musfir al-’Abdini hafizahullah:

  • Al-Durar al-Naqiyyah fi Syarh al-Manzumah al-Baiquniyyah karya beliau.
  • Al-Ba’ith al-Hathith Syarh Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith karya Al-Hafiz Ibn Kathir.

5.6) Syeikh ‘Abd Allah bin Lamh al-Khaulani hafizahullah:

  • Matan Al-Usul min ‘Ilm al-Usul karya Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin.

5.7) Syeikh ‘Abd al-Wahhab al-Syamiri hafizahullah:

  • Syarh Al-Usul min ‘Ilm al-Usul karya beliau.

5.8) Ustaz Ahmad bin Hasan Mufarrih al-’Adani hafizahullah:

  • Syarah Lum’at al-I’tiqad al-Hadi ila Sabil al-Rasyad karya Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin.
  • Matan Al-’Aqidah al-Wasitiyyah karya Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.

5.9) Ustaz ‘Abd al-Malik al-San’ani hafizahullah:

  • Matan Lamiyyah karya Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.

5.10) Ustaz Nabil al-Yamani hafizahullah:

  • Matan al-Ajurrumiyyah karya Al-’Allamah Muhammad bin Muhamad al-Sanhaji.
  • Matan Mutammimah al-Ajurrumiyyah karya Al-’Allamah Abu ‘Abd Allah al-Hattab.
  • Matan Alfiyyah Ibn Malik karya Imam Muhammad bin ‘Abd Allah bin Malik al-Tha’i.

5.11) Ustaz Abu al-Husain al-Indunisi hafizahullah:

  • Al-Mulakkhas al-Mufid fi ‘Ilm al-Tajwid karya Syeikh Muhamad Ahmad Ma’bad.

5.12) Ustaz Imam Hanafi al-Indunisi hafizahullah:

  • Manzumah Usul al-Fiqh wa Qawa’idih karya Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin.

5.13) Ustaz Zaki al-Indunisi hafizahullah:

  • Khat.

6) Masjid al-Madinah, Sa’wan, Sanaa, Yaman (2013-2013).

Bertalaqqi ilmu agama di sisi Syeikh Muhammad bin Mani’ al-’Ansi hafizahullah. Antara pelajaran yang dipelajari di sini:

  • Sahih al-Bukhari.
  • Sahih Muslim.
  • Tafsir Ibn Kathir.

7) Masjid al-Fath, Baihan, Sanaa, Yaman (2013-2013).

Bertalaqqi ilmu agama di sisi Syeikh Abu Ishak Muhammad al-Qaisi hafizahullah. Antara pelajaran yang dipelajari di sini:

  • Al-Adab al-Mufrad.
  • Sunan Abu Daud.
  • Al-Jami’ al-Sahih.

8) Masjid Bilal, Al-Mathar, Sanaa, Yaman (2013-2013).

  • Bertalaqqi ilmu agama di sisi Syeikh ‘Adil al-’Udaini hafizahullah. Antara pelajaran yang dipelajari di sini:
  • Sahih al-Bukhari.
  • Sahih Muslim.
  • Tafsir Ibn Kathir.

Karya Terjemahan:

1. Membantah Sufi, ‘Umar bin Hafiz Dan ‘Ali Al-Jufri. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi dua buah kitab karangan Syeikh Yahya bin ‘Ali al-Hajuri hafizahullah berjudul:

– Al-Sail al-’Aridh al-Jarif li Ba’dh Dhalalat al-Sufi ‘Umar Ibn Hafizh,

– Al-Adillat al-Zakiyyah fi Bayan Aqwal al-Jufri al-Syirkiyyah.

2. Arak Ibu Segala Kejahatan. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh Yahya bin ‘Ali al-Hajuri hafizahullah berjudul:

– Al-Ba’ith ‘ala Inkar Umm al-Khabaith.

3. Anjuran Mempelajari Hukum-Hakam Orang Sakit. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh Yahya bin ‘Ali al-Hajuri hafizahullah berjudul:

– Al-Hath wa al-Tahridh ‘ala Ta’allum Ahkam al-Maridh.

4. Nasihat Untuk Ahli Bait Nubuwah. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’i rahimahullah berjudul:

– Nasihati li Ahli Bait al-Nubuwwah.

5. Bidaah Takrifnya, Jenisnya, Hukumnya. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan hafizahullah berjudul:

– Al-Bid’ah Ta’rifuha wa Anwa’uha wa Ahkamuha.

6. Hukuman Orang Yang Mensyirikkkan Allah. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh ‘Adnan bin Husain al-Masqari hafizahullah berjudul:

– Uqubat al-Syirk wa al-Musyrikin.

7. Nasihat Yang Indah Untuk Jemaah Tabligh. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh ‘Abd al-Karim bin Ahmad al-Hajuri hafizahullah berjudul:

– Al-Nush al-Badi’ li Jama’at al-Tabligh.

8. Sambutan Maulid Nabi, Soal Jawab. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh Fath bin ‘Abd al-Hafiz al-Qadasi hafizahullah berjudul:

– Al-Ihtifal bi al-Maulid al-Nabawi, Sual wa Jawab.

9. Peringatan Daripada Bidaah Bulan Rajab. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh Husain bin Mahmud al-Hatibi hafizahullah berjudul:

– Al-Qaul al-’Ajab fi al-Tahdzir min Bid’at Syahr Rajab.

10. Risalah Kepada Orang Yang Meninggalkan Solat. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh Sobir bin ‘Abud al-Lahji rahimahullah berjudul:

– Risalat ila Tarik al-Solah.

11. Nasihat Untuk Para Perokok. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh Sobir bin ‘Abud al-Lahji rahimahullah berjudul:

– Al-Nush al-Thamin ila al-Mudakhhinin.

12. Fadilat Hijab Dan Akibat Tabbarruj & Ikhtilath.  [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh ‘Abd Allah bin Ahmad al-Iryani hafizahullah berjudul:

– Fadhail al-Hijab wa ‘Aqibat al-Tabarruj wa al-Ikhtilath.

13. Nasihatku Kepada Ahli Sunnah. [Terbitan Maktabah Ahmad Publisher]

Terjemahan bagi kitab karangan Syeikh Muqbil al-Wadi’i rahimahullah berjudul:

– Nasihati li Ahli Sunnah.


Sebarang pertanyaan sila hubungi kami melalui e-mail: maktabahahmadpublisher@gmail.com atau Whatsapp: 019 479 0952