Segala puji hanyalah milik Allah Rabb semesta alam, saya bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan bahawasanya Muhammad merupakan hamba dan Rasul-Nya semoga selawat Allah dan salam-Nya dilimpahkan ke atas baginda dan ahli keluarga baginda. Amma ba’d,
Sesungguhnya manusia telah difitrahkan untuk beribadah kepada Rabb mereka maka keadaan mereka tidak akan tenang dan hati mereka tidak akan tenteram kecuali dengan berzikir mengingati Allah dan memelihara hubungan di antara mereka dengan-Nya. Barangsiapa yang menjauhkan dirinya daripada itu nescaya dia termasuk dalam kalangan mereka yang merugi dan binasa di dunia dan akhirat, segala harta mereka dan apa yang telah mereka usahakan tidak akan bermanfaat untuk mereka.
Antara hubungan terbesar di antara seorang hamba dengan Rabbnya ialah solat lima waktu yang ditunaikan memenuhi syarat-syaratnya, rukun-rukunnya, kewajipan-kewajipannya dan sunnah-sunnahnya. Barangsiapa yang mendirikannya sebagaimana yang dituntut nescaya dia akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
Meskipun banyak dalil-dalil tentang masalah ini, masih ramai manusia yang mengaku Islam meninggalkan solat lima waktu kerana menganggap remeh dan menganggap ringan [hal ini]. Kita memohon kepada Allah تَعَالَى agar mengembalikan mereka kepada petunjuk dengan cara yang baik.
Demikianlah dan Syeikh kami yang mulia iaitu Abu Malik Sobir bin ‘Abud al-Lahji al-Yamani memiliki risalah yang sangat berharga, kuat lagi berpengaruh bertujuan merawat isu ini dengan judul:
رِسَالَةٌ إِلَى تَارِكِ الصَّلَاةِ
Risalah Kepada Orang Yang Meninggalkan Solat
(Petikan takdim Syaikhuna Abu Fairuz tentang terjemahan risalah ini)
Be the first to review “RISALAH KEPADA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT”