Item: 39 Sold

ARAK, IBU SEGALA KEJAHATAN. Karya: Syeikh Yahya Bin Ali Al-Hajuri

RM18

61 in stock

Judul Asal: Al-Baith ‘Ala Inkar Umm Al-Khabaith
Judul Terjemahan: Arak Ibu Segala Kejahatan
Pengarang: Syeikh Yahya bin Ali Al-Hajuri
Terjemahan: Wan Shahir bin Wan Perwira
Terbitan: Maktabah Ahmad Publisher
Size: A5
Muka surat: 90


Tentang Buku:

Termasuk di atara dosa besar yang Allah haramkan ke atas umat manusia adalah meminum arak. Itu kerana banyaknya mudarat dan bahaya yang terkandung di dalam minuman ini. Pengharaman arak dilakukan secara bertahap oleh Allah ta’ala adalah disebabkan terlampau larisnya ia di tengah-tengah masyarakat jahiliah dan betapa pentingnya ia untuk sentiasa ada dan dihidangkan kepada para tetamu ketika itu.

Rasulullah -sallallahu alaihi wasallam- telah juga menyebutkan di dalam sebuah hadith bahawa di sana terdapat sepuluh golongan yang dilaknat oleh Allah disebabkan keterlibatan mereka dengan minuman jahat ini baik secara langsung ataupun tidak langsung. Laknat membawa maksud dijauhkan daripada rahmat Allah ta’ala. Seseorang yang dijauhkan daripada rahmat Allah tidak akan mendapatkan sebarang kebaikan di dalam hidupnya sehinggalah dia meninggalkan dosa tersebut dan bertaubat daripadanya.

Segala puji dan syukur hanyalah milik Allah yang telah memudahkan terjemahan risalah kecil ini yang merupakan intipati daripada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Syeikh Yahya bin Ali Al-Hajuri -semoga Allah menjaganya-di Darul Hadith Dammaj, Yaman. Risalah ini menjelaskan kepada para pembaca tentang bala yang akan menimpa para peminum arak berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.


Isi Kandungan:

1) Mukadimah Penterjemah

2) Biografi Ringkas Penulis

3) Karya Tulisan Penulis

4) Mukadimah Penulis

5) Mukadimah Penyusun

6) Khutbah Pertama

– Penjelasan Tentang Tahapan Pengharaman Arak

– Penyebutan Tentang Beberapa Kemudaratan Arak

7) Khutbah Kedua

– Penjelasan Tentang Kewajipan Muslimin Terhadap Arak

8) Pelengkap Faedah

-Huraian Bagi Hadith 10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak

9) Ulasan Tentang Sanad Hadith 10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak

Weight0.12 kg
Dimensions21 × 14.5 × 0.5 cm

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ARAK, IBU SEGALA KEJAHATAN. Karya: Syeikh Yahya Bin Ali Al-Hajuri”

Your email address will not be published. Required fields are marked *