MEMBIMBING UMAT DALAM BERINTERAKSI DENGAN PEMERINTAH

RM17

Dunia dikejutkan dengan kemunculan kumpulan pengganas ISIS di Iraq dan Syria sekitar tahun 2013. Kumpulan ini tidak mengiktiraf kewujudan negara-negara Islam di dunia ini. Disebabkan kumpulan ini, umat Islam yang tidak bersalah mendapat tempias.

Melihat kepada persamaan ideologi dan metodologi yang ada pada kumpulan ini dengan kumpulan-kumpulan pengganas sebelum mereka seperti Al-Qaeda dan cabang-cabangnya di serata dunia, maka para ulama salafi mengeluarkan peringatan yang keras kepada umat Islam agar tidak terlibat dan terjebak dengan kumpulan pengganas baru ini.

Semua itu sebenarnya adalah ulangan bagi peringatan-peringatan sedia ada. Ini kerana ulama salafi telahpun mengeluarkan bantahan berbentuk secara lisan mahupun tulisan sejak dari awal kemunculan kumpulan-kumpulan ini.

Dalam rangka menjelaskan metodologi yang benar yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan hadis Nabi صلى الله عليه وسلم dalam berinteraksi dengan pemerintah dan non muslim bukan harbi, Syaikh Zayid Al-Wushabi menulis karya ringkas ini sebagai nasihat umum kepada umat Islam. Selamat membaca!

Weight0.5 kg
Dimensions1 × 14 × 24 cm

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MEMBIMBING UMAT DALAM BERINTERAKSI DENGAN PEMERINTAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *