Item: 3 Sold

FADILAT-FADILAT HIJAB DAN AKIBAT TABARUJ & IKHTILAT

RM15RM17

Judul Asal: Fadhail al-Hijab wa ‘Aqibat al-Tabarruj wa al-Ikhtilath
Judul Terjemahan: Fadilat-Fadilat Hijab Dan Akibat Tabaruj & Ikhtilat
Pengarang: Syeikh ‘Abd Allah bin Ahmad al-Iryani
Terjemahan: Wan Shahir Bin Wan Perwira
Terbitan: Maktabah Ahmad Publisher
Size: B5
Muka surat: 120


Tentang Buku:

Sesungguhnya keutamaan hijab [sangat] banyak. keistimewaannya sangat agung dan mulia ke atas individu dan masyarakat. Hijab menjadikan seorang wanita itu memiliki kadar yang tinggi, kemuliaan yang agung, wibawa yang besar dan kedudukan yang terpuji serta menjadikannya panutan yang indah, panutan yang baik, perhiasan yang berharga, mutiara yang bernilai, tersembuyi, terjaga daripada gangguan orang-orang yang dungu serta keamanan daripada tipu daya para perosak dan kerakusan para pendamba.

Ditanyakan kepada Al-Lajnah al-Daimah yang dianggotai: Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh ‘Abdul Razzaq ‘Afifi dan Syeikh ‘Abdullah bin Ghadyan (Fatwa No. 11082):

Soalan:

Apakah batasan perhubungan dengan suami kepada saudara perempuan (kakak/adik perempuan)? Harapan [kami] adalah supaya dapat dijelaskan gambaran yang syar’i dalam bermuamalah dengan beliau kerana kami memiliki perhubungan yang sangat kuat dengan beliau. Beliau di sisi kami adalah bagaikan seorang abang sulung, pengasuh, pemberi nasihat dan kami mengganggap beliau sebagai orang yang terpercaya ke atas urusan kami dan orang yang bersungguh-sungguh terhadap perkara yang dapat memberikan kebaikan kepada kami sebagaimana kami juga berharap dapat dijelaskan tentang hukum saya duduk dengannya dengan kehadiran keluarga seperti ibu, adik beradik dan suami saya sendiri sebagai contohnya. Dan apakah batasan berhijab daripadanya? Adakah dalam urusan ini ada keharusan [membuka hijab], darurat, ihtiyat ataukah apa? Berikanlah faedah kepada saya semoga Allah membalas anda dengan kebaikan.

Jawapan:

Suami kepada saudara perempuan (kakak/adik perempuan) tidak termasuk mahram bagi seorang wanita dan ia dikira lelaki ajnabi baginya. Tidak halal dia untuk membuka wajahnya kepada lelaki tersebut, tidak halal bersalaman dengannya, tidak halal bersendiri dengannya dan tidak halal bermusafir dengannya. Urusannya adalah seperti urusan lelaki-lelaki ajanib (asing) akan tetapi sekiranya seorang wanita itu duduk bersamanya disertai kehadiran salah seorang daripada mahramnya dengan menghijab, menutup dan memelihara dirinya, maka tidak mengapa.


Isi Kandungan:

1) MUKADIMAH PENTERJEMAH

2) MUKADIMAH PENULIS

3) FADILAT-FADILAT HIJAB

4) SYARAT-SYARAT HIJAB YANG SYAR’I

5) AKIBAT-AKIBAT IKHTILAT

6) AKIBAT-AKIBAT KHALWAT YANG HARAM

7) BEBERAPA UCAPAN ULAMA

8) AGAMA ITU NASIHAT

Weight0.240 kg
Dimensions25 × 18 × 1 cm

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “FADILAT-FADILAT HIJAB DAN AKIBAT TABARUJ & IKHTILAT”

Your email address will not be published. Required fields are marked *