Item: 50 Sold

MAULID NABI, SOAL JAWAB & PERINGATAN DARIPADA BIDAAH BULAN RAJAB

RM9RM10

23 in stock

Judul Asal: Al-Ihtifal Bi Al-Maulid Al-Nabawi, Su’al Wa Jawab & Al-Qaul Al-‘Ajab Fi Al-Tahdzir Min Bid’ah Syahr Rajab
Judul Terjemahan: Maulid Nabi, Soal Jawab & Peringatan Daripada Bidaah Bulan Rajab
Pengarang: Syeikh Fath Al-Qadasi & Syeikh Husain Al-Hatibi
Terjemahan: Wan Shahir Bin Wan Perwira
Terbitan: Maktabah Ahmad Publisher
Size: A5
Muka surat: 60


Tentang Buku:

“Segala puji bagi Allah, semoga selawat dan salam dilimpahkan ke atas Rasulullah. Ini adalah himpunan dua buah risalah yang ditulis oleh Syeikh Abu Abdil Rahman Fath al-Qadasi al-Yamani hafizahullah dan Syeikh Abu Mu’adz Husain bin Mahmud al-Hatibi al-Yamani hafizahullah.

Risalah pertama berjudul:

الاِحْتِفَالُ بِالمَوْلِدِ النَّبَوِيِّ سُؤَالٌ وَجَوَابٌ

“Sambutan Maulid Nabi, Soal Jawab”

manakala risalah kedua pula berjudul:

القَوْلُ العَجَبُ فِيْ التَّحْذِيْرِ مِنْ بِدَعِ شَهْرِ رَجَبٍ

“Peringatan Daripada Bidaah Bulan Rajab”

Dua risalah terjemahan ini pada asalnya adalah e-book keluaran kami yang diedarkan secara percuma. Setelah menerima banyak cadangan supaya e-book tersebut dibuat dalam bentuk cetakan, maka kami sahut permintaan tersebut dengan menggabungkan kedua-dua risalah ini dalam satu buku. Semoga usaha ini diberkati Allah dan ikhlas kerana mengharapkan wajah-Nya subhanahu wata’ala. Walhamdulillah Rabb al-’alamin.”

-Mukadimah Penterjemah


Isi Kandungan:

1) Isi Kandungan

2) Mukadimah Penterjemah

3) Risalah Pertama: Sambutan Maulid Nabi Soal Jawab
-Mukadimah
-Pada Hari Apakah Kelahiran Nabi?
-Adakah Tarikh Kelahiran Baginda Disepakati Ahli Sirah?
-Adakah Nabi Pernah Menyambut Maulid Baginda Sendiri?
-Adakah Para Salaf Menyambut Maulid Baginda?
-Adakah Ia Pernah Disambut Sebelum Pertengahan Kurun Ke-4 Hijrah
-Siapakah Yang Pertama Sekali Menyambutnya?
-Siapakah Salaf Mereka?
-Apakah Matlamat Mereka?
-Adakah Sambutan Maulid Nabi Tanda Cinta Baginda?
-Apakah Dalil Bagi Sambutan Maulid?
-Salahkah Bergembira Dengan Maulid Nabi?
-Tetapi Ramai Yang Menyambutnya?
-Sambutan Maulid Nabi Tanda Syukur?
-Apakah Mafsadah Pada Sambutan Ini?
-Penutup

4) Risalah Kedua: Peringatan Daripada Bidaah Bulan Rajab
-Mukadimah
-Beberapa Hadith Tentang Bulan Rajab
-Bidaah Yang Berlaku Pada Bulan Rajab
-Penutup

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MAULID NABI, SOAL JAWAB & PERINGATAN DARIPADA BIDAAH BULAN RAJAB”

Your email address will not be published. Required fields are marked *