save
RM2KAEDAH MEMAHAMI TAUHID (SYARAH RISALAH AL-QAWAID AL-ARBA’)
RM17RM19
Judul: Kaedah Memahami Ilmu Tauhid (Syarah Kitab Al-Qawa’id al-Arba’)
Pengarang: Ustaz Zulhizam bin Mohd Hashim
Terbitan: Maktabah Al-Bahanji
Size: 9.2″ x 6.5″
Muka surat: 121
Tentang Buku:
Tauhid merupakan perkara paling utama berkaitan tanggungjawab orang yang mengaku beragama Islam. Ia adalah maksud yang terkandung di dalam rukun Islam pertama: Penyaksian bahawa tiada yang berhak disembah dan dilakukan ibadat kepadanya melainkan ALLAH. Kesemua amalan ibadat dilakukan manusia -seperti solat, zakat, puasa, haji, sedekah dan lain-lain- tidak diterima ALLAH melainkan ianya dibina di atas tauhid. Amalan yang bercampur dengan syirik, ianya terbatal dan tidak diterima ALLAH. Oleh itu, mempelajari tauhid dan perkara yang bertentangan dengan tauhid -iaitu syirik- merupakan perkara yang paling penting. Ianya asas mencapai redha ALLAH dan kejayaan meraih ganjaran syurga. Kaedah-kaedah memahami tauhid dan apa itu syirik telah disusun oleh Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab di dalam risalah beliau “Al-Qawaid Al-Arba’”. Ianya merupakan risalah yang menjelaskan tentang hakikat tauhid dan perbezaannya dengan amalan syirik berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis. Umat Islam yang membacanya dapat memahami -dengan izin ALLAH- apakah bentuk kesyirikkan yang dilakukan musyrikin terdahulu. Semoga syarahan ditulis penulis bagi kaedah-kaedah tersebut membantu pembaca memahaminya dengan betul, seterusnya dapat beramal dengannya demi mencapai redha ALLAH dan ganjaran syurga di hari kiamat.
Isi Kandungan:
1) Mukadimah Pensyarah
2) Mukadimah Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab
3) Kaedah Pertama
4) Kaedah Kedua
5) Kaedah Ketiga
6) Kaedah Keempat
Weight | 0.227 kg |
---|---|
Dimensions | 24 × 17 × 1 cm |
Customer Reviews
There are no reviews yet.
Be the first to review “KAEDAH MEMAHAMI TAUHID (SYARAH RISALAH AL-QAWAID AL-ARBA’)”