Item: 76 Sold

MEMBANTAH SUFI, UMAR BIN HAFIZ & ALI AL-JUFRI

RM30RM35

25 in stock

Judul Asal: Al-Sail Al-‘Aridh Al-Jarif Li Ba’dh Dhalalat Al-Sufi ‘Umar Ibn Hafizh & Al-Adillah Al-Zakiyyah Fi Bayan Aqwal Al-Jufri Al-Syirkiyyah
Judul Terjemahan: Membantah Sufi Umar Bin Hafiz & Ali Al-Jufri
Pengarang: Syeikh Yahya bin Ali Al-Hajuri
Terjemahan: Wan Shahir bin Wan Perwira
Terbitan: Maktabah Ahmad Publisher
Size: B5
Muka surat: 310


Tentang Buku:

Ini adalah buku bantahan. Segala poin yang dibantah oleh penulis di dalam buku ini adalah diambil daripada tulisan dan rakaman dua individu itu sendiri. Tidak ada isu fitnah di sini. Dua individu tersebut telah mengeluarkan ucapan yang bersalahan dengan syarak dari sudut akidah lalu ia dibantah oleh alim ulama. Bantahan itu pula sarat dengan dukungan daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi serta perkataan para ulama muktabar.

Sebagai contoh ucapan Ali Al-Jufri yang mendakwa bahawa tidak ada halangan bagi seorang wali untuk menciptakan anak. Ini bukan fitnah. Ia memang diucapkan sendiri oleh Ali Al-Jufri dan telah disebar luaskan. Ahli sunnah dan para ulama di Yaman sudah lama mengetahui hakikat ini.

Contoh lain, ucapan Umar bin Hafiz yang menyanggah mereka yang mengatakan bahawa Nabi adalah seorang manusia dan telah wafat. Ini juga bukan fitnah. Ia memang diucapkan sendiri oleh Umar bin Hafiz di dalam salah satu rakaman kuliahnya. Sumbernya telah disebutkan oleh penulis.

Contoh lain, dakwaan Ali Al-Jufri bahawa boleh bagi seorang wali untuk bertemu dengan Nabi secara yaqazah iaitu secara sedar, bukan dalam mimpi atau khayalan. Ini juga bukan fitnah bahkan ia sememangnya satu akidah yang diyakini oleh para pengikut ajaran ini.

Demikian juga qasidah kufur yang dibacakan tentang Umar bin Hafiz di dalam satu majlis sufi di Hadramaut, yang di antara ucapannya:

“Umar bin Hafiz telah bertawaf di atas arasy”, “Umar bin Hafiz yang mengangkat Nabi Isa bin Maryam” dll.

Ini juga bukan fitnah, bahkan qasidahnya pun telah disebar luaskan sejak lama di laman web rasmi Sufiyyah Hadramaut dan telah dibantah secara terperinci oleh ulama salafi, ahli hadith Yaman di zamannya iaitu Syeikh Muqbil al-Wadi’i rahimahullah. Masyarakat kita sahaja yang belum tahu. Ahli sunnah dan para ulama di Yaman sudah lama maklum akan hal ini.

Jadi dakwaan para penentang bahawa ini adalah buku fitnah hanyalah tuduhan kosong dan upaya untuk menutup pekong kesesatan para masyaikh sanjungan mereka itu.

Kami tidak pernah ikut serta dalam usaha melakukan “troll” kepada dua individu tersebut dengan mengambil gambar-gambar mereka lalu diedit dan diletakkan caption lucu dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang kerana kami percaya itu bukan kaedah yang baik dalam membantah dan bukan cara ulama salaf dalam membantah.

Yang kami lakukan hanyalah menterjemahkan karya ulama salafi Yaman tentang hakikat dua individu tersebut yang juga berasal dari Yaman. Bantahan yang ilmiah, sarat dengan dalil dan jauh daripada hawa nafsu dan sikap curang.

Kami nasihatkan kepada para penentang, bacalah dahulu buku ini sebelum anda mengeluarkan komen, tuduhan, makian, cacian dan sebagainya kepada kami. Jauhilah sikap taksub membuta tuli dan nilailah permasalahan dengan adil.

Wallahul mustaan.


Isi Kandungan:

1) Mukadimah Syeikh Abu Fairuz Abdul Rahman Al-Jawi.

2) Mukadimah Penterjemah.

3) Biografi Ringkas Syeikh Yahya Bin ‘Ali Al-Hajuri.

4) Karya Tulisan Syeikh Yahya Bin ‘Ali Al-Hajuri.

5) Risalah Pertama [Membantah Umar bin Hafiz].

-Mukadimah Penulis

-Kebatilan Pertama (1): Cubaan Untuk Memutar Belit Kebenaran Dan Mengingkari Ilmu Jarh Wa Ta’dil.

-Kebatilan Kedua (2): Sanggahannya Kepada Yang Mengatakan Bahawa Nabi Adalah Seorang Manusia Dan Telah Wafat.

-Kebatilan Ketiga (3): Sanggahannya Kepada Yang Mengatakan Bahawa Nabi Tidak Dapat Mendengar Setelah Wafat.

-Kebatilan Keempat (4): Sanggahannya Kepada Yang Mengatakan Bahawa Allah Tinggi Di Atas Langit.

-Kebatilan Kelima (5): Tuduhan Ke Atas Ahli Sunnah Dengan Istilah Musyabbihah Dan Penafian Sifat Wajah Bagi Allah.

-Kebatilan Keenam (6): Menafikan Sifat Tangan Bagi Allah Sesuai Dengan Kebesaran Dan Keagungan-Nya.

– Kebatilan Ketujuh (7): Tuduhan Bahawa Ahli Sunnah Ragu-Ragu Dalam Akidah Mereka Dan Telah Membuat Kecelaruan Terhadap Akidah Islam Dan Akal Kaum Muslimin.

-Kebatilan Kelapan (8): Tuduhannya Kepada Ahli Sunnah Bahawa Mereka Menetapkan Tempat Bagi Allah Sementara Puak Sufi Yang Sebenarnya Berkeyakinan Demikian.

-Kebatilan Kesembilan (9): Penggunaan Istilah Yang Bidaah Dalam Menjelaskan Sifat-Sifat Allah Dan Cara Yang Salah Dalam Menafikan Sifat Kekurangan Daripada Allah.

-Kebatilan Kesepuluh (10): Gagal Memahami Makna Tauhid Yang Sebenar.

-Kebatilan Kesebelas (11): Penggunaan Istilah Yang Sembarangan Untuk Allah Dan Sikap Mendahulukan Akal Melebihi Dalil.

-Kebatilan Kedua Belas (12): Sanggahannya Terhadap Mereka Yang Menegah Daripada Berfikir Tentang Zat Allah.

-Kebatilan Ketiga Belas (13): Pengingkaran Kepada Soalan “Di Mana Allah” Serta Anggapan Bahawa Ahli Sunnah Adalah Anak-Anak Kecil.

-Kebatilan Keempat Belas (14): Dakwaan Bahawa Para Sahabat, Para Tabiin, Para Pengikut Tabiin Dan Para Imam Islam Tidak Menetapkan Ketinggian Allah Di Atas Langit.

-Fasal Dalam Menyebutkan Riwayat Yang Telah Dihafal Daripada Para Sahabat Rasulullah, Para Tabiin Para Imam Yang Empat Dan Selain Mereka Tentang Ketinggian Allah Di Atas Langit.

-Kebatilan Kelima Belas (15): Dakwaan Bahawa Penetapan Allah Di Atas Langit Dengan Zat-Nya Adalah Bidaah Dan Bertentangan Dengan Ayat-Ayat Yang Lain.

-Kebatilan Keenam Belas (16): Membantah Dirinya Dengan Dirinya Sendiri Dan Bait Syair Yang Mengandungi Kekufuran.

-Kebatilan Ketujuh Belas (17): Membatasi Sifat Allah Hanya Pada 20 Sifat.

-Kebatilan Kelapan Belas (18): Keyakinan Yang Batil Tentang Al-Quran.

-Kebatilan Kesembilan Belas (19): Pemberian Nama-Nama Yang Sembarangan Untuk Allah Tanpa Terikat Dengan Dalil.

-Kebatilan Kedua Puluh (20): Kesesatan Dalam Hal Selawat Dan Seruan Kepada Bidaah.

-Kebatilan Kedua Puluh Satu (21): Qasidah Yang Mengandungi Kebatilan Dan Kesesatan Dalam Hal Tawassul.

-Kebatilan Kedua Puluh Dua (22): Seruan Untuk Meneladani Selain Baginda Rasul Dan Kesombongan Dengan Gelaran.

-Kebatilan Kedua Puluh Tiga (23): Sikap Tidak Beradab Terhadap Allah Dengan Menyeru-Nya Dengan Nama-Nama Yang Sembarangan.

-Kebatilan Kedua Puluh Empat (24): Membolehkan Sambutan Maulid Nabawi.

-Kebatilan Kedua Puluh Lima (25): Tuduhan Bahawa Ahli Sunnah Menghalang Manusia Daripada Memuji Baginda Nabi.

6) Risalah Kedua [Membantah Ali Al-Jufri].

-Mukadimah Penulis

-Kebatilan Pertama (1): Keyakinan Bahawa Boleh Bagi Orang Yang Telah Mati Untuk Memperkenankan Hajat Orang Yang Berdoa Memohon Kepadanya.

-Kebatilan Kedua (2): Keyakinan Bahawa Boleh Bagi Orang Yang Telah Mati Untuk Keluar Dari Kuburnya Demi Memberikan Pertolongan Kepada Orang Yang Memohon Kepadanya.

-Kebatilan Ketiga (3): Keyakinan Bahawa Ada Di Kalangan Para Wali Yang Memiliki Sebahagian Daripada Urusan Pentadbiran Alam Semesta.

-Kebatilan Keempat (4): Keyakinan Bahawa Karamat Para Wali Tidak Ada Batasannya.

-Kebatilan Kelima (5): Keyakinan Bahawa Boleh Bagi Wali Untuk Menciptakan Anak Dan Ia Adalah Permasalahan Yang Diperselisihkan Oleh Para Ulama.

-Kebatilan Keenam (6): Keyakinan Bahawa Boleh Bagi Sebahagian Wali Untuk Berkumpul Bersama Rasulullah Secara Yaqazah Iaitu Secara Sedar.

7) Penutup

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MEMBANTAH SUFI, UMAR BIN HAFIZ & ALI AL-JUFRI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *