Mengembalikan Urusan Jarh Wa Ta’dil Kepada Yang Bukan Ahlinya Akan Menyebabkan Huru-Hara Dan Kerugian Umat
Ditanyakan kepada Fadhilat al-Syaikh al-Nasih al-Amin Yahya bin ‘Ali al-Hajuri hafizahullah:
Soalan: Adakah urusan tabdi’ dan takfir hanya khas untuk para ulama sahaja?
Beliau menjawab:
“Urusan ini (Jarh wa Ta’dil) bukanlah urusan anarki (huru-hara).
Ramai orang gagal kerana kekurangan kemahiran [atau kepakarannya], kerana ketergesa-gesaannya dan kerana kelemahannya mengetahui hal-hal penting yang dia perlukan. Ini sebenarnya salah satu jenis sifat tidak tawaduk. Dia bukanlah seseorang yang memiliki ikatan dengan ilmu dan ahli ilmu sehingga dia dapat mengambil faedah dan manfaat serta dapat disempurnakan kekurangannya dan dapat dipelihara sikap berlebih-lebihan dan kesalahan yang keluar daripadanya sebatas kemampuan supaya dia dapat menerima kebaikan dan menolak kejahatan; dan bukan juga dia seorang yang dapat meneliti permasalahan dengan penelitian yang tepat berdasarkan ucapan-ucapan para ulama supaya menjadi kuat hujahnya sehingga tidak dapat dipatahkan.
Maka dari sini, barangkali caranya itu akan menyebabkan berlakunya kebimbangan pada dakwah baik dalam dirinya, keluarganya, orang-orang yang di bawahnya dan juga dalam didikannya (tarbiyah). Caranya itu akan menyebabkan kebimbangan pada dakwah. Kebimbangan pada apa yang berkaitan dengan sikap tidak teguh dan tidak istiqamah keadaannya atau seumpamanya. Oleh sebab itu,
Demikianlah apa yang Allah firmankan sebagaimana yang kamu lihat. Firman Allah jalla wa’ala:
Seandainya urusan-urusan ini dikembalikan kepada ukuran yang sepatutnya, nescaya kaum muslimin dapat menghindarkan diri mereka daripada banyak masalah, akan tetapi syaitan memiliki banyak cara [untuk menyesatkan manusia]. Antaranya dengan menjadikan manusia tidak tahu untuk mengembalikan urusan kepada mereka yang diwasiatkan dan diperintahkan oleh Allah subhanahu wataala. Wajib mengembalikan urusan kepada ahlinya.
Tatkala puak Khawarij membina pemikiran mereka tanpa merujuk kepada ahli ilmu, apa yang berlaku daripada mereka? Mereka tidak memiliki ilmu, akan tetapi mereka reda terhadap jalan yang mereka tempuhi berupa ibadah, mengaji Al-Quran, kezuhudan dan selain itu dalam keadaan mereka menyangka bahawa merekalah yang meneliti dan mengawal permasalahan lalu mereka menjatuhkan manusia ke dalam kerancuan, kebingungan, kegelisahan dan kesusahan. Mereka membunuh orang yang tidak boleh dibunuh. Mereka mengkafirkan orang yang tidak boleh dikafirkan. Mereka meninggalkan kebaikan dan jatuh ke dalam kejahatan. Mereka menyimpang dari agama sebagaimana anak panah meleset dari sasarannya.
Demikian juga kamu dapati bahawa bidaah tidak akan tersebar kecuali apabila ia dimulakan oleh orang-orang yang tidak memiliki urusan dan kemampanan yang mana dia menyebarkan apa saja yang dia inginkan, lalu dia menyelisihi kebenaran dan jatuh ke dalam apa yang murid-murid Al-Hasan [al-Basri] jatuh ke dalamnya. Al-Hasan seorang imam, pelajar-pelajarnya juga para imam.
Kemudian bangkit beberapa orang meneliti beberapa perkara yang mana mereka tidak reti melakukannya dengan baik. Mereka mencupliknya daripada ahli bidaah atau terkesan dengan ahli bidaah dalam beberapa pemikiran. Oleh sebab itu, bidaah tersebar melalui jalan mereka. Bidaah muncul dan keluar dengan diketuai oleh ‘Amr bin ‘Ubaid, Wasil bin ‘Atha’ al-Ghazzal, murid-murid Al-Hasan. Maka demikianlah, barakallahu fiikum.
Ini perintah untuk bersatu, “hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah” Ini perintah untuk berada di dalam Al-Jama’ah. Barangsiapa yang berpisah daripada Al-Jama’ah walau sejengkal, nescaya dia mati dengan kematian jahiliah. Al-Jama’ah ialah Kitab Allah, sunnah Rasul-Nya, apa yang berada di atas kedua-duanya dan apa yang menepati kebenaran. Maka inilah yang dituntut.
Merujuk perkara-perkara ini kepada mereka yang tidak mempunyai kepakaran atau kecekapan membawa kepada huru-hara dan akan menyebabkan kerugian umat. Di dalam Al-Sahihain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maka yang wajib hendaklah ada di dalam diri manusia sifat qana’ah (keyakinan) dengan ilmu, qana’ah dengan kebaikan dan janganlah dia sibuk memberikan perhatian kepada mendengarkan ucapan-ucapan baik melalui whatsapp atau melalui telefon-telefon. Kerana sesungguhnya kebaikan itu ada, dakwah juga ada, ilmu juga ada, dan huru-hara juga ada, kita memohon kepada Allah agar menolak fitnah-fitnah itu daripada diri kita.
Tak usah kamu terpengaruh dengan kekecohan yang berlaku di lapangan disebabkan orang itu atau orang ini. Kalau seandainya manusia terpengaruh dengannya nescaya kebaikan akan luput dan melemah manakala kebatilan akan kuat dan meluas. Ilmu adalah apa yang digunakan untuk mengawal dan mengembalikan sesuatu kepada susunan yang sepatutnya,
Walaupun penuntut ilmu, barangkali seseorang itu cintakan ilmu, barangkali juga seseorang itu cintakan agama dan menolongnya namun dia tidak mampu membuat penelitian kerana dia tidak memiliki kemampuan. Dia tidak memiliki kemampuan untuk memahami dalil-dalil dan meletakkannya pada tempatnya, lalu bagaimana orang ramai dihalakan kepada dia? Di dalamnya ada permasalahan takfir, permasalahan yang berbahaya,
Di dalamnya juga ada permasalahan tabdi’.
Permasalahan yang berbahaya, mengeluarkan seseorang daripada sunnah kepada bidaah dan menghukum seseorang dengan bidaah yang mana dengan itu orang tersebut berhak dihajr (boikot), apabila dia mati jenazahnya berhak untuk tidak ditemani ke tempat pemakaman, apabila dia sakit dia berhak untuk tidak diziarahi, dan tidak boleh memberi salam kepadanya. Demikianlah, ini bahaya iaitu untuk dihalakan masalah ini kepada orang yang tidak melakukannya dengan baik. Bahkan yang wajib adalah untuk dihalakan kepada orang yang reti melakukannya dengan baik iaitu kepada ahli ilmu dan mereka yang memiliki kemampanan kerana sesungguhnya ia seperti yang Allah firmankan:
Inilah yang diperintahkan oleh Allah subhanahu wataala. Selain daripada ini merupakan perbuatan mensia-siakan manusia. Kita memohon kepada Allah keselamatan.”
__
Disampaikan oleh Fadhilat al-Syaikh Yahya bin ‘Ali al-Hajuri hafizahullah di Masjid Ibrahim, Syahuh, Seyun, Yaman pada Khamis 9 Rabi’ al-Thani 1444
Terjemahan dengan olahan yang tidak mengubah makna: Wan Shahir bin Wan Perwira
Ikuti Channel Telegram kami: https://t.me/maktabahahmad_publisher
Comments (0)