Mengambil Pelajaran Daripada Kejadian Kumpulan Qadariyyah Ma’bad al-Juhani
Kata Imam Muslim bin Hajjaj Al-Naisaburi rahimahullah di dalam kitab Sahih beliau (1/37):
Faedah:
1) Di dalamnya terdapat dalil bahawa yang pertama sekali berbicara tentang pengingkaran kepada takdir di Basrah ialah Ma’bad Al-Juhani.
2) Di dalamnya terdapat dalil akan disyariatkan untuk bertanya tentang perkara yang musykil atau bertanya dengan tujuan mengajarkan [ilmu] kepada manusia.
3) Di dalamnya terdapat dalil bahawa selayaknya bagi orang yang bertanya untuk bersikap lemah-lembut dengan pertanyaannya.
4) Di dalamnya terdapat dalil bahawa seseorang yang membaca Al-Quran terkadang merupakan orang yang jahil sekiranya dia tidak ditarbiyah di sisi para ulama sunnah.
5) Di dalamnya terdapat dalil akan disyariatkan untuk mengumumkan hajr (boikot) ke atas ahli bidaah.
6) Di dalamnya terdapat dalil bahawa semata-mata menuntut ilmu tanpa [berpegang teguh dengan] sunnah tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada pemiliknya bahkan ia mendatangkan kemudaratan ke atasnya pada urusan agamanya.
7) Di dalamnya terdapat dalil akan pentingnya kembali kepada para ulama dalam perkara mu’dhalat (hal-hal yang samar lagi membingungkan).
8) Di dalamnya terdapat dalil akan keutamaan para ulama dan bahawasanya mereka melihat kepada dalil (iaitu: menilai sesuatu berdasarkan dalil-dalilnya).
9) Di dalamnya terdapat dalil bahawa golongan Qadariyyah tersebut merupakan orang-orang kafir kerana mereka mengingkari ilmu Allah. Dan telah pupus mazhab mereka ini.
10) Di dalamnya terdapat dalil akan pentingnya memberikan perhatian kepada mempelajari agama yang Allah telah ciptakan kita untuk itu.
11) Di dalamnya terdapat dalil akan kewajipan berlepas diri daripada perkara-perkara bidaah dan para pelakunya.
12) Di dalamya terdapat dalil bahawa Ibn ‘Umar dahulunya berpandangan akan kufurnya puak Qadariyyah tersebut.
13) Di dalamnya terdapat dalil bahawa puak Qadariyyah yang disebutkan di dalam hadith ini, mereka adalah para penuntut ilmu, bukan para ulama.
14) Di dalamnya terdapat dalil untuk tidak terburu-buru mengingkari suatu perkara sebelum ia terjadi selama para ulama masih ada sehinggalah mereka (para ulama) yang mengeluarkan hukum terhadap perkara tersebut meskipun telah nyata bagi seorang penutut ilmu akan pengingkarannya. Yang semisal dengan ini juga adalah kisah orang-orang di masjid Bani Hanifah dan apa yang berlaku di antara mereka dengan Abu Musa dan Ibn Mas’ud.
15) Di dalamnya terdapat dalil akan keutamaan para sahabat dan keutamaan ilmu mereka.
Faedah-faedah ini dinukil daripada Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah (h. 55-61) karya Syeikh Yahya bin ‘Ali al-Hajuri hafizahullah.
Baca versi panjang di sini: https://t.me/maktabahahmad_publisher/731
Terjemahan oleh: Wan Shahir bin Wan Perwira
Ikuti Channel Telegram kami: https://t.me/maktabahahmad_publisher
Comments (0)