Orang Yang Bukan Ahli Dalam Jarh Wa Ta’dil Akan Menimbulkan Kerosakan Dan Kemudaratan

Berkata Syeikh kami Yahya semoga Allah menjaga dan memeliharanya:

“Kalau seandainya yang menguruskan hal ini (jarh wa ta’dil) adalah seseorang yang bukan ahlinya atau seseorang yang tidak melakukannya dengan baik, nescaya ia akan menimbulkan kerosakan.

Barangkali dia memberikan perakuan (ta’dil) kepada pengikut hawa nafsu atau dia memberikan ta’dil kepada orang jahil atau dia memberikan pujian kepada orang yang tidak layak mendapatkan pujian atau barangkali pujian tersebut akan memudaratkan dirinya dan “mematahkan belakang badannya” atau barangkali dia menambahkan dan melampau (dalam pujian); dia berlebih-lebihan dan memanjangkan (pujian tersebut) sehingga terdapat pada ucapannya itu sanjungan yang keterlaluan kerana sesungguhnya (pujian) yang berlebih-lebihan, sanjungan yang keterlaluan dan melampau dalam hal itu, kemudaratannya akan kembali kepada orang yang memuji dan orang yang dipuji. Akan berlaku kerosakan disebabkan (pujian) yang melampau tadi. Dia tidak meletakkan manusia sesuai pada kadarnya dan tidak meletakkan setiap urusan itu sesuai pada tempatnya.

Atau (barangkali) dia mengecam (jarh) seseorang yang tidak layak mendapatkan jarh dari kalangan mereka yang mendapatkan petunjuk, yang memiliki kesalihan. Barangkali dia menjarh orang tersebut dengan tanpa ilmu atau dia memiliki hawa nafsu yang tersimpan lalu dia menjarh orang tersebut agar orang ramai menjauh daripada kebaikan yang ada padanya kerana hasad dengki, kezaliman dan bidaah yang ada pada orang yang menjarh.”

Catatan: Abu al-Majd bin Muhammad
Khamis, 10 Ramadan 1442H
Terjemahan: Wan Shahir Wan Perwira


Terjemahan dengan olahan yang tidak mengubah makna: Wan Shahir bin Wan Perwira

Ikuti Channel Telegram kamihttps://t.me/maktabahahmad_publisher

Comments (0)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *