SYARAHAN BAGI HADITH “ALLAH MELAKNAT 10 GOLONGAN KERANA ARAK”

Berkata Syaikh kami Al-‘Allamah Al-Nasih Al-Amin ketika mensyarahkan hadith Anas bin Malik daripada kitab Al-Jami’ Al-Sahih karangan Al-Imam Al-Wadi’i –semoga Allah merahmatinya-, beliau –semoga Allah menjaganya– berkata: “Berkata Al-Imam Al-Tirmidzi (5/244): “Telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah bin Munir, dia berkata: Saya mendengar Abu ‘Asim daripada Syabib bin Bisyr daripada Anas bin Malik –radhiallahu ‘anhu– bahawa […]

BAHANA PERBUATAN MEMINUM ARAK DAN MEMBIARKANNYA TERSEBAR

Sesungguhnya perbuatan meminum arak dan tersebarnya ia (di tengah-tengah masyarakat) merupakan pemberi peringatan akan kehancuran umat dan kebinasaannya. Telah sabit daripada Abdullah bin Amru bin ‘Aas –radhiallahu ‘anhu– dia berkata: Rasulullah r telah bersabda: Maksudnya: «Tidak akan terjadi kiamat melainkan ke atas makhluk-makhluk yang paling jahat, mereka lebih jahat daripada orang-orang (yang hidup di masa) […]

KENAJISAN ARAK DAN KESANNYA KE ATAS PEMINUM

Di dalam Al-Sahihain daripada Anas –radhiallahu ‘anhu– dia berkata: “Dahulu saya pernah menjadi penghidang minuman di rumah Abu Talhah dan arak mereka pada ketika itu ialah Al-Fadhikh (iaitu arak yang terbuat daripada kurma). Maka Rasulullah r memerintahkan seorang penyeru untuk melaungkan bahawa arak telah diharamkan. Anas berkata: “lalu Abu Talhah berkata kepadaku: “Keluarlah dan tumpahkanlah […]

BAGAIMANA ARAK DIHARAMKAN?

Maka Allah –‘azza wajalla– menjelaskan di dalam kitab-Nya bahawa seorang insan itu diperintahkan untuk beribadat kepada Allah dengan menaati-Nya. (Allah juga menjelaskan) bahawa tidak boleh bagi seorang insan itu untuk makan apa sahaja yang dia inginkan atau minum apa sahaja yang dia inginkan tanpa mengira itu daripada yang halal ataukah yang haram. Sikap yang seperti […]

MUKADIMAH BUKU ARAK IBU SEGALA KEJAHATAN

Segala puji dan syukur hanyalah milik Allah –subhanahu wata’ala– yang telah memudahkan penterjemahan risalah yang membahas tentang hukum dan bahaya arak dan minuman keras ini. Risalah ini pada asalnya adalah khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Fadhilatu Al-Syaikh Al-‘Allamah Yahya bin Ali Al-Hajuri –semoga Allah menjaganya– di Dar Al-Hadith Dammaj, Yaman. Kemudian khutbah tersebut ditranskrip dan […]