Item: 2 Sold

طلوع البدرين على معتقد الإمامين أبي زرعة وأبي حاتم الرازيين

RM22RM27

8 in stock

Judul: طلوع البدرين على معتقد الإمامين أبي زرعة وأبي حاتم الرازيين
Pengarang: Syeikh Abu Fairuz Abdul Rahman Al-Jawi
Terbitan: Maktabah Fairuz Ad-Dailamy Publishing
Size: B5
Muka surat: 173

[BUKU INI MENGGUNAKAN BAHASA ARAB]


Tentang Buku:

Kitab yang ada di hadapan para pembaca yang mulia ini adalah risalah yang ringkas dalam [menerangkan] akidah-akidah para imam Islam yang terdahulu, Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dikarang oleh al-Muhaddith al-Kabir al-Mufassir al-‘Allamah Bahr al-‘Ilal, Abu Muhammad ‘Abdul Rahman bin Muhammad bin Idris al-Razi rahimahullah menukilkan dari ayah dan syeikh beliau, Abu Hatim al-Razi, dan [menukilkan juga] dari syeikh beliau, Abu Zur’ah al-Razi rahimahumallah dan kedua-duanya menukilkan dari para imam muslimin yang mereka temui di negara-negara Islam.

Di dalam kitab ini dan yang semisalnya terdapat bantahan ke atas golongan yang mendakwa bahawa Salafiyyun di zaman ini -yang mereka gelar sebagai Wahhabi secara dusta dan palsu- hanyalah mengambil akidah-akidah mereka dari Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab al-Najdi rahimahullah (W: 1602H) yang mana beliau [hanyalah] mengambilnya dari Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah al-Harrani (W: 728H). Maka [kata mereka:] puak Wahhabi adalah golongan yang terkemudian sementara yang menyelisihi Wahhabi, merekalah yang sebenarnya mengikuti Salaf.

Ini adalah tohmahan yang terang-terangan dusta dan telah dibantah dari sejumlah sisi yang mana para pembaca akan mendapatkannya di dalam risalah ini. Pemberi taklik iaitu Syaikhuna Abu Fairuz Abdul Rahman al-Jawi hafizahullah telah menghiasi risalah ini dengan memberikan nota-nota kaki daripada Al-Quran, sunnah dan ucapan para ulama bukan hanya daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim rahimahumallah bahkan daripada para ulama yang sebelum mereka berdua dalam rangka menolak penipuan dan menetapkan bahawa akidah ini diambil dari Al-Quran dan sunnah berdasarkan pemahaman para imam salaf yang datang sebelum Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, Ibn al-Qayyim dan bahkan sebelum Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimumullah.


Isi Kandungan:

1. Biografi ringkas al-Hafiz Abu Zur’ah al-Razi

-Nama dan kelahiran beliau

-Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu

-Kesabaran beliau dalam mendapatkan hadith sehingga berjaya memperolehi ilmu-ilmu yang banyak

-Hafalah-hafalan beliau

-Pengetahuan beliau tentang ‘ilal hadith, tentang kesahihan hadith dan hadith-hadith yang memiliki ‘illah

-Keteguhan beliau di atas kebenaran

-Sebahagian pujian para ulama ke atas beliau dan besarnya kedudukan beliau di sisi mereka

-Kewafatan beliau

-Rujukan biorgrafi

2. Biografi ringkas al-Hafiz abu Hatim al-Razi

-Nama dan kelahiran beliau

-Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu
-Banyaknya hafalan beliau

-Pengetahuan beliau tentang kesahihan hadith dan hadith-hadith yang memiliki ‘illah

-Pujian para ulama terhadap beliau dan pemuliaan mereka kepada beliau

-Kewafatan beliau

-Rujukan biografi

3. Biografi ringkas al-Hafiz Ibn Abi Hatim al-Razi

-Nama dan kelahiran beliau

-Pencarian beliau terhadap ilmu

-Guru-guru beliau

-Murid-murid beliau

-Akhlak beliau

-Ibadah beliau

-Ucapan beliau

-Pujian para ulama terhadap beliau

-Kewafatan beliau

-Rujukan biografi

4. Matan kitab

-Iman bertambah dan berkurang

-Al-Quran kalam Allah bukan makhluk

-Beriman dengan takdir, yang baik dan yang buruk

-Mengetahui keutamaan para sahabat radhiallahu ‘anhum

-Mengetahui keberadaan Allah beristiwa’ di atas arasy-Nya, terpisah dari makhluk-Nya

-Seluruh sifat Allah ta’ala maka ia sebagaimana yang Dia sifatkan untuk diri-Nya sendiri di dalam kitab-Nya atau melalui lisan Rasul di dalam sunnah tanpa menyerupai makhluk

-Kaum mukminin akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dan Dia memiliki kalam yang dapat didengar

-Syurga dan neraka telah diciptakan secara hakiki dan tidak akan fana selama-lamanya untuk memberikan ganjaran kepada para hamba dengan sebab amalan-amalan mereka

-Mengisbatkan titian sirath yang dipanjangkan di atas neraka Jahannam secara hakiki

-Mengisbatkan mizan secara hakiki pada hari kiamat

-Mengisbatkan haudh secara hakiki pada hari kiamat

-Mengisbatkan syafaat secara hakiki pada hari kiamat

-Mengisbatkan kebangkitan setelah mati secara hakiki pada hari kiamat

-Akidah yang benar terhadap pelaku dosa besar dari kalangan muslimin

-Pendirian Ahli Sunnah terhadap para penguasa dari kalangan muslimin

-Teguh di atas sunnah dan jamaah

-Penyempurnaan kalam tentang pendirian Ahli Sunnah terhadap para pemimpin kaum muslimin

-Memperjalankan hukum sesuai dengan zahir sementara Allah-lah yang mengurus apa yang disembunyikan

-Ucapan tentang al-jazm bi al-iman

-Penyempuranaan kalam tentang orang yang mengatakan bahawa Al-Quran makhluk

-Sebahagian tanda-tanda ahli bidaah

-Kewajipan hajr ahli bidaah

Weight0.3 kg

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “طلوع البدرين على معتقد الإمامين أبي زرعة وأبي حاتم الرازيين”

Your email address will not be published. Required fields are marked *