Item: 4 Sold

التعاليق السنية على الأمثال في القرآن لابن قيم الجوزية

RM20RM25

Out of stock

Judul: التعاليق السنية على الأمثال في القرآن لابن قيم الجوزية
Pengarang: Syeikh Abu Fairuz Abdul Rahman Al-Jawi
Terbitan: Maktabah Fairuz Ad-Dailamy Publishing
Size: B5
Muka surat: 128
[BUKU INI MENGGUNAKAN BAHASA ARAB]


Tentang Buku:

Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla telah menurunkan Al-Quran ke atas para hamba-Nya untuk mereka membaca, mengambil pelajaran dan beramal dengannya sementara tidak mungkin seseorang itu dapat mengambil pelajaran daripada Al-Quran ini melainkan setelah dia menghayatinya (tadabbur). Termasuk di antara perkara yang wajib dihayati adalah perumpamaan-perumpamaan di dalam Al-Quran yang Allah letakkan untuk membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil sebagai isyarat kepada tingginya kedudukan para ulama.

Sungguh Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah telah menyebutkan sejumlah perumpamaan yang diletakkan di dalam Al-Quran lalu beliau mentafsirkannya dan menerangkannya dengan sebaik-baik penerangan di dalam kitab beliau “I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin” kemudian diasingkan perbahasan ini secara khusus di dalam satu risalah oleh sebahagian murid beliau kemudian dicetak dengan judul: “Al-Amthal fi al-Qur’an” (Perumpamaan-Perumpamaan Di Dalam Al-Quran).

Kemudian, risalah ini diberikan tambahan perkhidmatan lagi oleh Syaikhuna Abu Fairuz Abdul Rahman al-Jawi hafizahullah dengan memberikan taklik kepada sebahagian perenggannya dan menyebutkan takhrij bagi hadith-hadithnya. Beliau juga menyebutkan perbahasan ringkas tentang biografi Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah. Semoga orang ramai dapat mengambil faedah daripada kitab ini dan semoga Allah membalas dengan kebaikan kepada Imam Ibn al-Qayyim dan seluruh mereka yang berkhidmat kepada kitab ini.


Isi Kandungan:

1) Takdim Syeikh Abu Abdillah Zayed al-Wusabi al-Yamani hafizahullah

2) Ijazah Periwayatan Karya-Karya Ibn al-Qayyim daripada Syeikh ‘Adil bin Ahmad bin Ali Syaikh hafizahullah

3) Mukadimah Syeikh Abu Fairuz hafizahullah

4) Bab 1: Biografi Ringkas Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah

5) Bab 2: Nukilan Kalam Ibn al-Qayyim Tentang Perumpamaan Di Dalam Al-Quran

-Perumpamaan Orang Munafik

-Perumpamaan Orang Mukmin

-Perumpamaan Kehidupan Dunia

-Perbandingan Di Antara Orang Kafir Dengan Mukmin

-Perumpamaan Orang Yang Bertawakkal Kepada Selain Allah

-Perumpamaan Amalan Orang-Orang Kafir

-Perumpamaan Keadaan Orang-Orang Kafir Di Dalam Kegelapan

-Perumpamaan Kebanyakan Manusia Seperti Binatang Ternakan

-Perumpamaan Buruknya Perbuatan Syirik Kepada Allah

-Qiyas al-Thard dan Qiyas al-‘Aks

-Perumpamaan Sesembahan Yang Benar dengan Sesembahan-Sesembahan Yang Batil

-Pendapat Kedua Dalam Masalah Ini

-Perumpamaan Orang Yang Berpaling Daripada Kalam Allah Dan Daripada Menghayatinya

-Perumpamaan Orang Yang Mengetahui Kebenaran Namun Tidak Beramal Dengannya

-Perumpamaan Orang Alim Yang Menuruti Hawa Nafsu

-Perumpamaan Ghibbah Tanpa Hak

-Perumpamaan Lain Amalan Orang Kafir

-Kalimah Tauhid Dan Kesannya Di Dalam Jiwa Seorang Mukmin

-Hikmah Perumpamaan Mukmin Dengan Pokok

-Membuat Perumpamaan Untuk Orang Kafir

-Soalan Di Dalam Kubur

-Malangnya Keadaan Orang Musyrik

-Perumpamaan Lemahnya Berhala

-Perumpamaan Orang Kafir Yang Tidak Mengambil Manfaat Daripada Dakwah [Nabi]

-Perumpamaan Infak Di Jalan Allah

-Perkara Yang Membatalkan Amalan

-Perumpamaan Infak Orang Kafir Dan Kerugian Mereka

-Perumpamaan Musyrik Dengan Muwahhid

-Yang Dinilai Adalah Amalan Bukan Sekadar Hubungan Kekerabatan

-Perumpamaan Mukmin Dalam Wujud Atau Tidak Wujudnya Hubungan Kekerabatan

-Isi Kandungan


Kitab ini akan dibacakan oleh Syaikhuna Abu Fairuz pada malam besok insyaAllah -secara atas talian- sebagai ganti daripada kitab Talkhis al-Hamawiyyah.

Weight0.25 kg

Customer Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “التعاليق السنية على الأمثال في القرآن لابن قيم الجوزية”

Your email address will not be published. Required fields are marked *