RISALAH SUJUD SAHWI

Mukadimah: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Semoga selawat dan salam dilimpahkan ke atas Nabi kita Muhammad yang telah menyampaikan risalah dengan penyampaian yang jelas, ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sehinggalah ke hari pembalasan. Adapun setelah itu; Maka sesungguhnya ramai dari kalangan manusia yang […]

PERKARA YANG MEMBANTU MENINGGALKAN ROKOK

Nasihat, petunjuk dan penjelasan, masih lagi kita berikan kepada para perokok dengan hati yang berbelas kasihan, lisan yang merahmati, perasaan semangat mengingingkan kebaikan untuk bapa-bapa kita, saudara-mara kita dan anak-anak kita. Ya, sehingga kita dapat membantu mereka. Sehingga kita dapat menyelamatkan mereka daripada apa yang mereka berada di dalamnya. Sehingga kita dapat menghulurkan kepada mereka […]

HUKUM MEROKOK DAN 5 SOALAN PENTING UNTUK PARA PEROKOK

Sesungguhnya segala pujian hanyalah milik Allah, kita memuji-Nya, meminta pertolongan kepada-Nya, dan memohon ampunan kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah daripada keburukan jiwa-jiwa kita dan daripada kejahatan amalan-amalan kita. Barangsiapa yang Allah berikan kepadanya petunjuk, nescaya tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Allah sesatkannya, nescaya tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Saya bersaksi bahawa […]

MUKADIMAH BUKU NASIHAT UNTUK PARA PEROKOK

Kata Pengantar Syeikh Abu Fairuz ‘Abdul Rahman bin Soekojo Al-Jawi (terhadap risalah terjemahan ini) Segala puji hanyalah milik Allah Rabb semesta alam, saya bersaksi bahawa tiada sesembahan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu hamba dan Rasul-Nya, semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda dan ahli keluarga baginda. Amma ba’d, Sesungguhnya […]

JALAN YANG BENAR DALAM MENOLONG AGAMA ALLAH

Sesungguhnya kecemburuan terhadap agama dan kemarahan kerana Allah adalah sesuatu yang terpuji, wajib ke atas setiap orang yang beriman namun hendaklah ia melalui jalan-jalan yang menepati syarak kerana kita semua telah reda Allah sebagai Rabb kita, Islam sebagai agama kita dan Muhammad sebagai Rasul kita. Maka agama ini telah sempurna di atas sebaik-baik gambaran, tidak […]

BESARNYA KECINTAAN KAUM MUKMININ KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH SERTA PENGORBANAN MEREKA DEMI ALLAH DAN RASUL-NYA

Disebabkan kebaikan-kebaikan Nabi, banyaknya pemberian baginda untuk umat ini dan sebab-sebab yang lain, maka para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik mencintai Rasulullah dengan kadar yang lebih besar daripada kecintaan mereka kepada diri mereka sendiri, ahli keluarga mereka dan harta kekayaan mereka. Termasuk antara yang menunjukkan kepada besarnya kecintaan para sahabat kepada Rasulullah […]

APABILA ORANG KAFIR MENCELA NABI

Sesungguhnya orang-orang kafir apabila mereka mencela Nabi maka tidak ada lagi perjanjian untuk mereka dan hendaklah mereka dihukum bunuh. Firman Allah تَعَالَى: “Dan jika mereka mencabuli sumpah mereka sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya […]

BURUKNYA KEADAAN ORANG-ORANG KAFIR

Sesungguhnya orang-orang kafir, hati mereka telah diliputi oleh kekotoran disebabkan kekufuran mereka maka mereka tidak mahu menerima kebenaran. Firman Allah تَعَالَى: “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. ۞ (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas […]

BURUKNYA KEADAAN ORANG-ORANG MUNAFIK

Firman Allah تَعَالَى tentang orang-orang munafik: “Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ‘Kami telah beriman’, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: ‘Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)’. ۞ Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui […]

SURAT IMAM IBN BAZ TENTANG SURAT KHABAR AL-MASAA, MESIR TERKAIT CELAAN KEPADA NABI

Imam ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz r berkata: Saya telah melihat apa yang disebarkan oleh akhbar ‘Saut al-Islam’ di Cairo menukilkan daripada surat khabar ‘Al-Masaa’, Mesir yang dikeluarkan pada 29 Januari lepas berupa kelancangan terhadap sisi yang tinggi dan kedudukan yang agung iaitulah kedudukan sayid dan imam kita: Muhammad bin ‘Abdillah -semoga selawat dan […]

HUKUM SEORANG MUSLIM APABILA MENCELA RASULULLAH

Apabila kita telah mengetahui betapa besarnya kedudukan Rasulullah s di dalam hati orang-orang yang beriman dan betapa besarnya kewajipan menghormati baginda ke atas mereka, maka barangsiapa yang mencela atau mempersendakan baginda dari kalangan muslimin, maka sungguh dia telah kafir murtad. Bagaimana boleh dia bersaksi bahawa Muhammad merupakan utusan Allah, kepercayaan Allah dalam menyampaikan risalah, kemudian […]

BEBERAPA HAK RASULULLAH KE ATAS ORANG-ORANG YANG BERIMAN (BAHAGIAN 4)

YANG KELAPAN: Menghormati Ahli Keluarga Baginda Sesungguhnya Allah telah memuliakan ahli keluarga Nabi s di dalam sejumlah ayat daripada Al-Quran, antaranya: “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan […]

BEBERAPA HAK RASULULLAH KE ATAS ORANG-ORANG YANG BERIMAN (BAHAGIAN 3)

YANG KELIMA: Mengikuti Jalan Baginda Dan Meneladani Baginda Firman Allah تَعَالَى: “Katakanlah: ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (QS: Ali Imran, 3 : 31) Syaikh al-Islam r berkata: “Kesempurnaan rasa cinta dan pengagungan kepada baginda hanyalah pada […]

BEBERAPA HAK RASULULLAH KE ATAS ORANG-ORANG YANG BERIMAN (BAHAGIAN 2)

YANG KETIGA: Menolong Baginda Dan Agama Baginda Firman Allah تَعَالَى: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: ‘Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah’, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di […]

BEBERAPA HAK RASULULLAH KE ATAS ORANG-ORANG YANG BERIMAN (BAHAGIAN 1)

Apabila kita telah mengetahui betapa besarnya kebaikan Rasulullah s kepada kita, jasa baginda ke atas kita dan pengorbanan baginda demi maslahat kita, maka menjadi kewajipan kita untuk berusaha berterima kasih kepada baginda dengan menjalankan hak-hak baginda yang telah diwajibkan ke atas kita semua. Ketahuilah bahawa hak-hak Rasulullah s ke atas kita adalah banyak sekali, antaranya: […]

BESARNYA NIKMAT ALLAH KE ATAS PARA HAMBA DENGAN DIUTUSKAN NABI MUHAMMAD

Sesungguhnya Rasulullah s telah diutuskan dengan [membawa] petunjuk dan agama yang benar bertujuan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya. Allah menjadikan baginda s sebagai rahmat bagi alam semesta. Firman Allah تَعَالَى: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (QS: Al-Anbiya’, 21 : 107) Keperluan manusia kepada risalah […]

MUKADIMAH BUKU MEMBELA NABI MUHAMMAD DARIPADA EJEKAN ORANG-ORANG KAFIR DAN MURTAD

Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam yang telah memudahkan penterjemahan sebuah kitab yang sangat bermanfaat karangan Syeikh dan guru kami; Abu Fairuz ‘Abdul Rahman bin Soekojo Al-Jawi -semoga Allah menjaga dan memelihara beliau- iaitulah kitab yang berjudul: ‘Herdikan Ke Atas Orang-Orang Kafir Dan Munafik Yang Mempersendakan Penghulu Para Rasul’ Kemudian diberikan judul bebas: ‘Membela […]

FATWA SYEIKH HASAN BA SYU’AIB, SYEIKH IBRAHIM ZHAFRANI, SYEIKH MAJID AL-MUDARRIS, SYEIKH WALID AL-SUDANI DAN SYEIKH JAMIL AL-SILWI TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 28: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Hamzah Hasan Ba Syu’aib Al-Hadhrami –hafizahullah– Fadhilatu Al-Syaikh Abu Hamzah Hasan Ba Syu’aib Al-Hadhrami –hafizahullah– berkata tentang ISIS: “…Bahkan mereka lebih keras daripada Khawarij. Mereka tidak berada di atas akidah yang benar. Oleh sebab itu mereka bertindak dengan kekerasan ke atas setiap orang yang menyelisihi mereka. Di Iraq, mereka bertindak […]

FATWA SYEIKH ABU ‘ABD AL-RAHMAN AL-IRAQI, SYEIKH ABU ISHAK AL-QAISI DAN SYEIKH MANSUR AL-TA’IZZI TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 24: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdil Rahman Ibnu Hasan Al-‘Iraqi Al-Zindi –hafizahullah– Saya bertanya kepada Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdil Rahman Ibnu Hasan Al-‘Iraqi Al-Zindi –hafizahullah– tentang ISIS. Beliau menjawab: “Da’isy (ISIS). Sekiranya Al-Qa’idah –yang mana ia sememangnya dari kalangan Khawarij berdasarkan fatwa para ulama sunnah– yang mana gerakan ISIS ini keluar daripada pakaian mereka […]

FATWA SYEIKH ‘ABD AL-RAZZAQ AL-NAHMI DAN SYEIKH SA’AD AL-SYATHRI TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 21: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Bakr Abdul Razzaq Ibnu Soleh Al-Dzammari Al-Nahmi –hafizahullah– Fadhilatu Al-Syaikh Abu Bakr Abdul Razzaq Al-Dzammari Al-Nahmi –hafizahullah– menulis tentang ISIS: Allah c berfirman: Maksudnya: (Seperti itulah kami menerangkan ayat-ayat dan agar menjadi jelaslah jalan orang-orang yang jahat.) [Al-An’am: 55] Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata: “Iaitu agar menjadi jelaslah jalan orang-orang yang […]

FATWA SYEIKH ABU BILAL AL-HADRAMI, SYEIKH ‘ABD AL-RAQIB AL-KAUKABANI DAN SYEIKH YASIR AL-DUBA’I TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 18: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Bilal Khalid Ibnu ‘Abud Al-Hadhrami Al-Nahawi –hafizahullah– Fadhilatu Al-Syaikh Abu Bilal Khalid Ibnu ‘Abud Al-Hadhrami An-Nahawi –hafizahullah– berkata setelah beliau menyatakan bahawa gerakan ISIS adalah fitnah dan memburukkan gambaran Islam: “Perkara yang meragukan adalah sangat jelas keberadaannya pada gerakan ISIS ini, barangkali mereka berpura-pura.” (sampai kepada ucapan beliau) “… […]

FATWA SYEIKH ‘ADNAN AL-MASQARI, SYEIKH ZAYID AL-WUSABI, DAN SYEIKH ‘ABD AL-RAHMAN MUHYIDDIN TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 14: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Al-Yaman Adnan Ibnu Al-Husain Al-Dzammari Al-Misqari-hafizahullah– Fadhilatu Al-Syaikh Abu Al-Yaman Adnan Ibnu Al-Husain Al-Dzammari Al-Misqari –hafizahullah– berkata: “Sesungguhnya jamaah ISIS ini adalah Khawarij yang telah disifatkan oleh Nabi g bahawasanya mereka durhaka terhadap pemerintah muslimin dan memberontak ke atas mereka dengan pedang. Telah sabit di dalam “Al-Sahihain” daripada Abu […]

FATWA SYEIKH MUHAMMAD AL-MISRI, SYEIKH SA’AD KHATHLAN DAN SYEIKH ‘ABD ALLAH AL-GHUNAIMAN TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 11: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Muhammad Ibnu Ibrahim Al-Misri-hafizahullah– Fadhilatu Al-Syaikh Muhammad Ibnu Ibrahim Al-Misri –hafizahullah– berkata: Allah c berfirman: Maksudnya: (Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menuruti hawa nafsunya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.) [Al-Qasas: 50]. Sungguh telah disebutkan kepada saya ucapan beberapa orang jahil […]

FATWA SYEIKH TARIQ AL-BA’DANI, SYEIKH ‘ADIL ALI SYAIKH, SYEIKH ABU ‘AMRU AL-‘UMARI DAN SYEIKH ‘ABD AL-HAMID AL-ZU’KURI TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 7: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdillah Thariq Ibnu Muhammad Al-Khayyath Al-Ba’dani –hafizahullah– Saya bertanya kepada Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdillah Thariq Ibnu Muhammad Al-Ba’dani Al-Khayyath –hafizahullah-: Adakah ISIS Khawarij? Maka beliau menjawab: ”Ya. ISIS adalah Khawarij. Mereka berpandangan akan kafirnya umat Islam dan para pemerintah muslimin. Mereka juga berpandangan bahawa para pemerintah muslimin adalah orang-orang […]

FATWA SYEIKH YAHYA BIN ‘ALI AL-HAJURI TENTANG JEMAAH ISIS

Saya mendengar Fadhilatu Al-Syaikh Al-‘Allamah Abu Abdil Rahman Yahya Ibnu Ali Al-Hajuri –hafizahullah– ditanya tentang kelompok ISIS, maka beliau menjawab: “Yang saya sangka sesuai dengan berita-berita yang sampai kepada kami adalah bahawasanya ISIS ini adalah daripada jamaah yang dinamakan Al-Qa’idah. Bahkan mereka (ISIS) adalah Al-Qai’dah yang melampaui batas (ghuluw). Berita yang sampai kepada kami adalah […]

FATWA SYEIKH SOLEH AL-FAUZAN, SYEIKH SOLEH AL-LUHAIDAN DAN SYEIKH ‘ABD AL-MUHSIN AL-‘ABBAD TENTANG JEMAAH ISIS

Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Al-‘Allamah Soleh Al-Fauzan –hafizahullah– Saya telah mendengar Fadhilatu Al-Syaikh Soleh Al-Fauzan –hafizahullah– ditanya tentang gerakan Da’isy (ISIS) maka beliau menjawab: “Mereka yang begini sifatnya, sungguh Rasulullah g telah memperingatkan tentang mereka. Imam-imam Islam juga telah memperingatkan tentang mereka. Yang seharusnya dilakukan adalah memberikan nasihat kepada yang mahu menerima nasihat dari kalangan mereka. […]

FATWA HAIAH KIBAR AL-ULAMA AL-SU’UDIYYAH TENTANG JEMAAH ISIS

Ini adalah penerangan bagi Fatwa Haiah Kibar Al-Ulama’ (Badan Ulama Senior) di Arab Saudi yang memberikan peringatan akan bahayanya gerakan Al-Qa’idah, ISIS dan selain itu dari kalangan organisasi-organisasi pengganas: Sesungguhnya, fatwa Haiah Kibar Al-Ulama’ pada majlis yang ke-20 yang diadakan di kota Riyadh bertarikh 25/4/1431 H telah mengisyaratkan kepada keputusan dan penjelasan yang telah lalu […]

FATWA MUFTI KERAJAAN ARAB SAUDI, SYEIKH ‘ABD AL-‘AZIZ BIN ‘ABD ALLAH AAL AL-SYAIKH TENTANG JEMAAH ISIS

Berikut ini adalah himpunan fatwa daripada sebahagian ulama muslimin tentang kesesatan gerakan pemberontak ISIS yang menamakan diri mereka sebagai Daulah Islamiyyah. Fasal 1: Fatwa Al-Syaikh Al-‘Allamah Mufti Kerajaan Arab Saudi, Abdul Aziz Ibnu Abdillah Aalu Al-Syaikh -hafizahullah- Al-Syaikh Al-‘Allamah Mufti Kerajaan Arab Saudi Abdul Aziz Ibnu Abdillah Aalu Al-Syaikh -hafizahullah- berkata tentang ISIS di dalam […]

KEPENTINGAN BERTAUBAT DARIPADA DOSA UNTUK MENGUBAH KEADAAN BUKAN DENGAN CARA MENGGULINGKAN KUASA ATAU DEMONSTRASI

Sesungguhnya kecurangan penguasa dan kezaliman pemerintah adalah salah satu daripada hukuman Allah disebabkan oleh dosa-dosa para hamba. Oleh itu, jalan untuk memperbaikinya adalah dengan taubat yang jujur, bukan dengan melakukan pemberontakan ke atas pemerintah. Allah c berfirman: Maksudnya: (Apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh tangan-tangan kamu sendiri […]

KEPENTINGAN MENOLONG KEBENARAN DAN MEMBONGKAR KEBATILAN

Sesungguhnya termasuk di antara keistimewaan Islam adalah menjaga kesucian dengan cara menyaring agama ini daripada perkara-perkara batil. Allah c berfirman: Maksudnya: (Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu dan dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.) [Al-An’am: 55] Allah Yang Maha Agung Penyebutan-Nya telah berfirman menukilan ucapan orang yang telah Dia selamatkan daripada […]

MUKADIMAH BUKU FATWA ULAMA TENTANG FITNAH ISIS YANG SEDANG MEMBARA

Sesungguhnya bahaya gerakan Khawarij (pemberontak) Da’isy (ISIS) yang menamakan diri mereka dengan Daulah Islamiyyah (Negara Islam) adalah sangat besar. Bahaya mereka terhadap dunia Islam adalah amat besar. Oleh itu, umat ini hendaklah sentiasa diperingatkan –terutamanya para pemuda– agar tidak terpedaya dengan mereka. Dahulu, saya –dengan taufik daripada Allah c semata– telah menjelaskan kebatilan-kebatilan ISIS ini […]

SYARAHAN BAGI HADITH “ALLAH MELAKNAT 10 GOLONGAN KERANA ARAK”

Berkata Syaikh kami Al-‘Allamah Al-Nasih Al-Amin ketika mensyarahkan hadith Anas bin Malik daripada kitab Al-Jami’ Al-Sahih karangan Al-Imam Al-Wadi’i –semoga Allah merahmatinya-, beliau –semoga Allah menjaganya– berkata: “Berkata Al-Imam Al-Tirmidzi (5/244): “Telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah bin Munir, dia berkata: Saya mendengar Abu ‘Asim daripada Syabib bin Bisyr daripada Anas bin Malik –radhiallahu ‘anhu– bahawa […]

BAHANA PERBUATAN MEMINUM ARAK DAN MEMBIARKANNYA TERSEBAR

Sesungguhnya perbuatan meminum arak dan tersebarnya ia (di tengah-tengah masyarakat) merupakan pemberi peringatan akan kehancuran umat dan kebinasaannya. Telah sabit daripada Abdullah bin Amru bin ‘Aas –radhiallahu ‘anhu– dia berkata: Rasulullah r telah bersabda: Maksudnya: «Tidak akan terjadi kiamat melainkan ke atas makhluk-makhluk yang paling jahat, mereka lebih jahat daripada orang-orang (yang hidup di masa) […]

KENAJISAN ARAK DAN KESANNYA KE ATAS PEMINUM

Di dalam Al-Sahihain daripada Anas –radhiallahu ‘anhu– dia berkata: “Dahulu saya pernah menjadi penghidang minuman di rumah Abu Talhah dan arak mereka pada ketika itu ialah Al-Fadhikh (iaitu arak yang terbuat daripada kurma). Maka Rasulullah r memerintahkan seorang penyeru untuk melaungkan bahawa arak telah diharamkan. Anas berkata: “lalu Abu Talhah berkata kepadaku: “Keluarlah dan tumpahkanlah […]

BAGAIMANA ARAK DIHARAMKAN?

Maka Allah –‘azza wajalla– menjelaskan di dalam kitab-Nya bahawa seorang insan itu diperintahkan untuk beribadat kepada Allah dengan menaati-Nya. (Allah juga menjelaskan) bahawa tidak boleh bagi seorang insan itu untuk makan apa sahaja yang dia inginkan atau minum apa sahaja yang dia inginkan tanpa mengira itu daripada yang halal ataukah yang haram. Sikap yang seperti […]

MUKADIMAH BUKU ARAK IBU SEGALA KEJAHATAN

Segala puji dan syukur hanyalah milik Allah –subhanahu wata’ala– yang telah memudahkan penterjemahan risalah yang membahas tentang hukum dan bahaya arak dan minuman keras ini. Risalah ini pada asalnya adalah khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Fadhilatu Al-Syaikh Al-‘Allamah Yahya bin Ali Al-Hajuri –semoga Allah menjaganya– di Dar Al-Hadith Dammaj, Yaman. Kemudian khutbah tersebut ditranskrip dan […]