Nasihat, petunjuk dan penjelasan, masih lagi kita berikan kepada para perokok dengan hati yang berbelas kasihan, lisan yang merahmati, perasaan semangat mengingingkan kebaikan untuk bapa-bapa kita, saudara-mara kita dan anak-anak kita. Ya, sehingga kita dapat membantu mereka. Sehingga kita dapat menyelamatkan mereka daripada apa yang mereka berada di dalamnya. Sehingga kita dapat menghulurkan kepada mereka tangan pertolongan.

اَلمُؤمِنُ أَخُو الُمؤمِنِ لَا يَظلِمُهُ وَلَا يُسلِمُهُ وَلَا يَخذُلُهُ وَمَن كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ

“Seorang mukmin adalah saudara kepada seorang mukmin yang lain, tidak boleh menzaliminya, tidak boleh menyerahkannya [kepada musuh], tidak boleh menelantarkannya, barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah akan menunaikan hajatnya.”

Perkara Yang Membantu Meninggalkan Rokok

Wahai para perokok!

Sesungguhnya meninggalkan rokok memerlukan kepada keazaman yang kuat dan keputusan yang tegas. Janganlah kamu wahai perokok kalah di hadapan bisikan-bisikan jiwa yang mewariskan kegagalan. Janganlah kalah dan di hadapan kata-kata hati dan waswas syaitan kerana ia akan berkata kepada kamu: “Kamu tak akan mampu meninggalkan rokok, ia telah mengalir di dalam urat kamu dan di dalam darah kamu. Bagaimana kamu boleh meninggalkannya? Bagaimana hari kamu akan berlalu tanpa rokok? Bagaimana kehidupan kamu tanpa rokok?” Ini semua bisikan-bisikan jiwa yang memerintahkan kepada kejahatan dan kata-kata syaitan yang direjam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membahayakan seorang muslim pada diri dan agamanya. Jadilah kamu seorang yang kuat keazaman, besar harga diri dalam meninggalkan dan menjauhi perbuatan merokok ini dan hendaklah kamu mengagungkan dalil-dalil Al-Quran dan sunnah, beramallah dengannya dan ucapkanlah: “Kami berhenti, kami berhenti.”

Juga termasuk daripada perkara yang dapat saya bantu untuk kamu meninggalkan rokok: Berdoalah kepada Allah pada ketenangan malam, berdoalah kepada Allah pada waktu-waktu dikabulkan doa agar Allah memberikan kepada kamu kesanggupan untuk meninggalkan rokok,

أَمَّن يُجِيبُ ٱلۡمُضۡطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكۡشِفُ ٱلسُّوٓءَ وَيَجۡعَلُكُمۡ خُلَفَآءَ ٱلۡأَرۡضِ

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?”

[Al-Naml: 62]

Termasuk daripada apa yang dapat saya bantu untuk kamu meninggalkan rokok: Usahalah untuk mengambil tanaman-tanaman herba yang dapat membantu kamu berhenti daripada merokok, antaranya dengan kamu minum jus lemon, satu gelas jus lemon atau jus halia atau jus gargir atau air kayu manis pada awal pagi kerana ia dapat membantu membersihkan darah daripada bahan nikotin. Kerana bahan ini jika ia masih ada di dalam darah maka ia akan sentiasa meminta tambahan rokok. Maka dengan kamu meminum minuman dan jus yang seperti ini dapat membantu kamu untuk bebas daripada bahan beracun ini.

Sesungguhnya orang yang berjaya melepaskan dirinya daripada rokok, badannya akan segera memulakan proses pembersihan darah daripada bahan beracun ini maka ketika itu dia akan berasa sakit urat, buruk emosi, sakit kepala yang berulang dan akan keluar bahan ini dalam bentuk kahak disertai batuk yang berpanjangan.

Hendaklah dia bersabar dan teguh menghadapi gejala-gejala ini, menghadapi batuk, menghadapi perubahan emosi dan sakit urat, hendaklah dia bersabar dan teguh. Tidaklah ia melainkan satu bulan, ternyata segala gejala itu lenyap secara bertahap kerana bahan itu mula lenyap dan habis. Tidaklah ia melainkan empat bulan, ternyata darah telah dibersihkan daripada bahan beracun ini. Wajib ke atas perokok untuk berazam dan membulatkan tekad untuk meninggalkan benda yang membahayakan dirinya, benda yang membahayakan agamanya, benda yang membahayakan akhlaknya dan benda yang membahayakan perhubungannya ini.

Penutup

Wahai kaum muslimin, para hamba Allah!

Ini adalah nasihat-nasihat daripada saudara yang mengasihani. Kalau bukan kerana kita bimbang terhadap saudara-saudara kita daripada penyakit-penyakit dan gejala-gejala ini, nescaya kita tidak akan menasihati dengan nasihat yang seperti ini dan nescaya kita tidak akan keras [dalam menasihati] dengan kekerasan yang seperti ini.

Ingatkah kalian hari-hari wabak Corona? Siapakah mangsa yang diburu oleh wabak ini, maksud saya yang paling ramai [diburu]? Kebanyakan mereka adalah para perokok yang mengadu kesakitan di dada-dada mereka. Wabak ini menjadi berat ke atas mereka dan ada di kalangan mereka yang dibunuh disebabkan oleh rokok, shisha, ganja dan selain itu berupa bahan-bahan tembakau yang memenuhi dada-dada mereka, wal’iyadzu billah. Kalau bukan kerana belas kasihan, kalau bukan kerana nasihat, kalau bukan kerana perjanjian yang telah Allah ambil ke atas para pemberi peringatan dan ke atas para pendakwah dan orang-orang yang membuat perbaikan; maka sesungguhnya kami menasihati dan mengeraskan nasihat kerana itu, agar “kapal tidak tenggelam”, kerana barangkali Allah menghukum seluruh mujtamak disebabkan kemaksiatan yang tersebar di tengah-tengah mereka dan tidak ada pengingkaran ke atasnya,

إِنۡ أُرِيدُ إِلَّا ٱلۡإِصۡلَٰحَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُۚ وَمَا تَوۡفِيقِيٓ إِلَّا بِٱللَّهِۚ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.”

[Hud: 88]

Maka hendaklah kita semua berhenti daripada merokok wahai perokok agar kamu dapat hidup dengan kehidupan yang bahagia, alangkah indahnya kehidupan ini! kehidupan tanpa rokok, kehidupan tanpa bau busuk, kehidupan tanpa benda yang keji, kehidupan tanpa penyakit dengan izin Allah.

Ya Allah, Ya Hayy Ya Qayyum, Ya Dza al-Jalal wa al-Ikram, ya Allah bantulah para perokok untuk meninggalkan rokok. Ya Allah bantulah mereka untuk itu. Ya Allah, berikanlah taufik kepada mereka untuk itu. Ya Allah jadilah Pembantu dan Penolong mereka. Ya Allah jadilah Penolong untuk mereka dan janganlah menjadi musuh kepada mereka. Ya Allah, Ya Hayy Ya Qayyum, Ya Dza al-Jalal wa al-Ikram, kami memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, bersih dari melakukan yang haram dan kecukupan.

Ya Allah ampunilah mereka yang menghadiri Jumaat ini dan ampunilah ibu bapa mereka dan datuk nenek mereka. Bukakanlah -Ya Allah- hati dan kedua-dua telinga mereka untuk mendengarkan peringatan. Ya Allah perlihatkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya. Ya Allah jadikanlah kami orang yang memberikan petunjuk lagi mendapatkan petunjuk, bukan orang yang tersesat dan bukan juga orang yang menyesatkan.

سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى المُرسَلِينَ وَالحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ