HUKUM MEROKOK DAN 5 SOALAN PENTING UNTUK PARA PEROKOK

Sesungguhnya segala pujian hanyalah milik Allah, kita memuji-Nya, meminta pertolongan kepada-Nya, dan memohon ampunan kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah daripada keburukan jiwa-jiwa kita dan daripada kejahatan amalan-amalan kita. Barangsiapa yang Allah berikan kepadanya petunjuk, nescaya tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Allah sesatkannya, nescaya tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Saya bersaksi bahawa tiada sesembahan yang berhak disembah melainkan Allah semata tiada sekutu bagi-Nya dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

[Aal ‘Imran: 102]
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا

“Wahai sekalian man kumnya] haram di dalam Al-Quran, sunnah dan ijmak para ulama muktabar. Adapun daripada Al-Quran maka berdasarkan firman Allah kepada Nabi-Nya yang mulia dalam mensifatkan diri baginda:

وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَٰٓئِثَ

“Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang keji.”

[Al-A’raf: 157]

Rokok adalah benda yang keji berdasarkan kesepakatan orang-orang yang memiliki tabiat yang selamat dan tidak ada yang menentang hal itu kecuali orang yang degil atau sombong.

Termasuk daripada dalil-dalil keharaman merokok adalah firman Rabb semesta alam:

وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

[Al-Baqarah: 195]

Dan firman Allah:

وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمٗا

“Dan janganlah membunuh diri-diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”

[Al-Nisa’: 29]
Merokok dikira perbuatan melemparkan diri ke dalam jurang kebinasaan, usaha untuk membunuh diri dan secara pasti membahayakan kesihatan. Ini berdasarkan kesepakatan para doktor yang muktabar.

Termasuk daripada dalil-dalil keharaman merokok adalah firman Rabb semesta alam:

وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ

“Dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.”

[Al-An’am: 141]

Dan firman Allah:

وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِيرًا ٢٦ إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورٗا

“Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. [26] Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

[Al-Isra’: 26-27]

Membeli rokok dikira perbuatan yang melampau dan membazir.

Termasuk daripada dalil-dalil keharamannya adalah firman Allah:

وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱكۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَٰنٗا وَإِثۡمٗا مُّبِينٗا

“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.”

[Al-Ahzab: 58]

Orang yang merokok terutamanya di tempat-tempat awam atau di sarana-sarana pengangkutan dikira sebagai orang yang mengganggu kaum mukminin.

Adapun daripada sunnah maka berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad beliau, Ibn Majah di dalam Sunan beliau daripada hadith ‘Abdullah bin ‘Abbas dan daripada hadith ‘Aisyah dan datang juga daripada selain mereka berdua bahawa Nabi bersabda:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

“Tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain.”

Orang yang merokok telah memudaratkan dirinya dan memudaratkan orang lain padahal Nabi telah melarang daripada itu di dalam hadith ini.

Telah datang di dalam Al-Sahihain daripada hadith Al-Mughirah bin Syu’bah bahawa Nabi bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُم ثَلَاثًا وَذَكَرَ مِنهَا إِضَاعَةُ المَالِ

“Sesungguhnya Allah membenci untuk kamu 3 perkara…” (Dan baginda menyebutkan antaranya:) “Mensia-mensiakan harta.”

Membeli rokok dikira perbuatan mensia-siakan harta yang sebenarnya. Para ulama yang muktabar di zaman ini telah ijmak akan keharaman merokok. Al-Lajnah al-Daimah li al-Ifta’ dan Majma’ al-Fiqh al-Islami telah memfatwakan yang demikian.

Sahut Panggilan Allah Dan Rasul-Nya

Maka wahai para perokok!

Setelah kalian mendengar dalil-dalil daripada kitab Allah dan sunnah yang sahih ini, tidak ada jalan bagi kalian melainkan berserah diri dan menyahut panggilan Allah dan Rasul-Nya lalu kalian berazam untuk meninggalkan rokok dalam rangka mentaati Allah dan Rasul-Nya dan menyahut panggilan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَجِيبُواْ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا يُحۡيِيكُمۡۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَحُولُ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَقَلۡبِهِۦ وَأَنَّهُۥٓ إِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.”

[Al-Anfal: 24]

Kehidupan yang sebenarnya adalah dengan kalian meninggalkan benda yang keji ini, meninggalkan rokok yang keji ini sungguh padanya ada kehidupan kerana kalian telah menyahut penggilan Allah dan Rasul yang menjadikan kalian hidup sempurna.

Para Sahabat Suri Tauladan Terbaik

Wahai para perokok!

Hendaklah para sahabat Rasulullah menjadi suri tauladan untuk kalian. Tatkala turun pengharaman arak pada firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ ٩٠ إلى أن قال فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَهُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” [90] (sampai kepada firman-Nya:) “Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu)?”

[Al-Maidah: 90-91]

Maka apakah yang diucapkan oleh para sahabat kecuali: “Kami berhenti, kami berhenti.” Maka ucapkanlah yang demikian, amalkanlah yang demikian necaya kalian akan berbahagia di dunia dan akhirat, kalian akan beruntung di dunia dan akhirat.
Para sahabat dahulu, tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang mengatakan bahawa arak telah mengalir di dalam urat saya, di dalam darah saya sebagaimana itu alasan sebahagian perokok: “Saya tidak mampu meninggalkan rokok kerana ia telah mengalir di dalam urat saya.” Tidak! Bahkan mereka (para sahabat) mengucapkan: “Kami berhenti, kami berhenti.” Maka barangsiapa yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagungkan dalil-dalil syarak nescaya dia akan berhenti daripada apa yang ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya.

Merokok Termasuk Menzahirkan Maksiat

Wahai para perokok!

Sesungguhnya termasuk daripada kesan-kesan yang buruk daripada merokok ialah bahawa ia dikira perbuatan menzahirkan maksiat secara terang-terangan. Maka orang yang merokok terlebih lagi di hadapan manusia, sungguh dia telah menzahirkan maksiat. Telah datang di dalam Al-Sahihain daripada hadith Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda:

كُلُّ أُمَّتِيي مُعَافًى إِلَّا المُجَاهِرِينَ

“Seluruh umatku dimaafkan kecuali orang-orang yang menzahirkan maksiat.”

Dimaafkan daripada disebut dengan keburukan, dimaafkan daripada dihina, dimaafkan daripada direndahkan, dimaafkan daripada ditinggalkan dan diboikot kecuali orang-orang yang menzahirkan maksiat, mereka tidak termasuk daripada golongan yang mendapatkan kemaafan.

Sesungguhnya merokok adalah pemandangan yang menjijikkan dan baunya busuk lagi memualkan, tiada siapa yang sanggup mendekat ke mulut perokok walaupun sesaat. Jika Nabi telah melarang orang yang memakan bawang putih atau bawang mereka atau daun bawang daripada memasuki masjid dan baginda melarangnya kerana bau busuk yang keluar daripadanya disebabkan tumbuh-tumbuhan yang halal dan makanan-makanan yang halal yang dia makan, lalu bagaimana dengan orang yang merokok lalu mendatangi masjid. Sungguh bau busuk pasti akan keluar daripada mulutnya lalu mengganggu hamba-hamba Allah, mengganggu para malaikat Allah kerana sesungguhnya para malaikat terganggu dengan apa yang mengganggu anak-anak Adam.

Merokok Termasuk Pembaziran Harta

Wahai para perokok!

Sesungguhnya merokok adalah perbuatan mensia-siakan harta yang sebenar. Berapa banyak wang telah dihabiskan demi membeli rokok, barangkali sebahagian manusia menghabiskan suku daripada pendapatan bulanannya untuk membeli rokok. Barangkali kamu dapati sebahagian manusia membeli rokok sehingga menghabiskan suku atau lebih atau kurang daripada gajinya atau pendapatan bulanannya. Berapakah harga sekotak rokok? Katakanlah sekotak rokok berharga 300 Riyal Yamani (sekitar RM5.50), kalikannya dengan 30 hari, jumlahnya: 9000 Riyal Yamani (sekitar RM160.00) habis untuk yang haram. 9000 Riyal habis untuk menghancurkan kesihatan! 9000 Riyal -atau lebih- habis untuk perkara yang sia-sia, dosa dan maksiat, wal’iyadzu billah.

Merokok Membahayakan Kesihatan

Wahai sekalian manusia, wahai para perokok!

Sesungguhnya merokok sangat membahayakan kesihatan. Saya memohon kepada kalian wahai para perokok, tinggalkanlah rokok walaupun demi kesihatan kalian kerana sesungguhnya kesihatan kalian sangat mahal. Kesihatan kalian adalah nikmat daripada Allah selayaknya kalian menjaganya. Sabda Nabi:

نِعمَتَانِ مَغبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالفَرَاغُ

“Dua kenikmatan yang ramai manusia tertipu dengannya: Kesihatan dan masa lapang.”
Merokok mensia-siakan kesihatan dan menghancurkannya. Merokok ialah pembunuh secara perlahan-lahan.

Di sana ada data statistik yang menunjukkan bahawa 80 juta manusia dalam setahun mati kerana merokok. 80 juta manusia mati dari kalangan lelaki dan wanita, besar dan kecil, pemuda dan orang tua [mati] disebabkan merokok. Merokok adalah sebab kanser paru-paru. Inilah dia keputusan daripada penyelidikan antarabangsa yang dilaksanakan oleh para pakar.

Kemudian syarikat pembuat rokok telah dipaksa untuk menulis di atas paketnya, di atas kotaknya:

“Amaran Kerajaan: Sesungguhnya merokok ialah punca utama penyakit paru-paru, aterosklerosis dan kanser”,

Bukankah begitu? Bukankah begitu wahai para perokok? Ya, ia ditulis di atas setiap kotak rokok, adakah kalian membacanya? Adakah kalian memerhatikannya? Barangsiapa yang tidak memerhatikan, barangsiapa yang tidak membaca, barangsiapa yang lalai atau pura-pura lalai daripada amaran kerajaan ini, maka hendaklah dia lihat semula.

Syarikat pembuat rokok sendiri telah memperingatkan kamu daripada rokok-rokok ini dan menjelaskan kepada kamu bahawa rokok itu boleh menyebabkan kanser paru-paru dan boleh menyebabkan sakit aterosklerosis. Apakah yang ada setelah amaran ini? Apakah yang ada setelah amaran ini?

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكۡرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُۥ قَلۡبٌ أَوۡ أَلۡقَى ٱلسَّمۡعَ وَهُوَ شَهِيدٞ

“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.”

[Qaf: 37]

Merokok juga dikira punca kepada kanser tekak, kanser buah pinggang dan kanser pundi kencing. Itu semua telah terbukti secara perubatan. Merokok juga dikira sebab kepada sakit strok dan sakit dada. Merokok -wahai sekalian manusia- dikira sebab kepada sakit jiwa, kemurungan dan lemah ingatan.

Sesungguhnya pertama kali seorang pesakit jiwa pergi ke doktor sakit jiwa apakah yang dikatakan oleh doktor itu kepadanya? Dia akan kata: “Tinggalkan rokok.” Saranan pertama yang akan dia berikan kepada pesakit tersebut ialah tinggalkan rokok. Berapa banyak manusia yang tertimpa kegilaan dan kemurungan disebabkan ketagihan rokok.

Bahaya Nikotin

Wahai perokok, wahai perokok, wahai orang yang telah hitam bibirnya, kuning giginya, cekung matanya, menggigil jari jemarinya!

Sesungguhnya merokok awalnya kesedapan, akhirnya ketagihan kemudian ia akan mengheret kamu kepada penyakit. Awalnya kesedapan, kamu berasa sedap dengannya kemudian ketagihan, kamu menjadi ketagih kepadanya dan akhirnya penyakit, wal’iyadzu billah.

Sesungguhnya bahan nikotin, tahukah kalian apakah bahan ini? Bahan beracun yang dengannya dibuat rokok-rokok itu. Nikotin ini, hanya 50 mililigram sahaja sudah cukup; jika seorang yang sihat disuntik [ke dalam badannya] sebanyak 50 mililigram nikotin sahaja, itu sudah cukup untuk memindahkannya ke alam akhirat, iaitu mematikannya. Mematikan orang yang disuntik dengannya. Ya, bahan ini yang merupakan bahan utama untuk membuat rokok rela ditelan oleh para perokok, rela untuk diri mereka menelan racun padahal telah datang di dalam hadith daripada Nabi:
مَن قَتَلَ نَفسَهُ بِالسُّمِّ فَإِنَّهُ يَتَحَسَّاهُ يَومَ القِيَامَةِ فِي جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا

“Barangsiapa yang membunuh dirinya dengan racun maka sungguh dia akan menelannya pada hari kiamat di dalam neraka Jahannam kekal selama-lamanya di dalam neraka itu.”

Barangsiapa yang menelan racun lalu dia mati maka sesungguhnya dia tetap akan menelannya di dalam neraka Jahannam kekal selama-lamanya di dalam neraka itu, demikianlah yang disabdakan oleh Nabi.

Kasihanilah Diri Dan Keluarga Kalian

Wahai para perokok!

Kasihanilah diri-diri kalian. Kesihatan kalian adalah benda yang paling mahal yang kalian miliki, janganlah mensia-siakannya dengan racun yang membunuh ini.

Wahai para perokok!

Kasihanilah anak-anak lelaki dan perempuan kalian kerana sesungguhnya perbuatan kalian menghisap rokok di sisi mereka bermakna kalian sedang menyuapkan kepada mereka racun secara paksa. Kasihanilah anak-anak lelaki dan perempuan kalian, berapa ramai anak-anak lelaki dan perempuan ditimpa sakit dada yang kronik disebabkan oleh perbuatan ayah-ayah dan saudara-saudara mereka yang menghisap rokok.

Ya Allah! Apakah dosa anak lelaki kamu? Apakah dosa anak perempuan kamu? Apakah dosa bayi yang tidak bersalah? Apakah dosa mereka semua tatkala kamu menyuapkan racun kepada mereka? Ya Allah! Apakah dosa anak-anak yang masih menyusu itu meminum racun bersama susu?

Bertakwalah kalian kepada Allah pada anak-anak kalian, bertakwalah kalian kepada Allah di rumah-rumah kalian di mana asap rokok keluar dari tepi rumah lalu sampai ke dada-dada orang-orang yang taat berbakti.

Sabda Nabi:

كلُّكُم رَاعٍ وَكُلُّكُم مَسئُولٌ عَن رَعِيَّتِهِ

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya tentang rakyatnya.”

Kamu akan ditanya tentang mereka di hadapan Allah, tentang setiap penyakit yang kamu sebabkan menimpa mereka,

وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُۥدَةُ سُئِلَتۡ ٨ بِأَيِّ ذَنۢبٖ قُتِلَتۡ

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, – [8] Dengan dosa apakah ia dibunuh?”

[Al-Takwir: 8-9]

Sekiranya Allah akan bertanya kepada anak perempuan yang ditanam hidup-hidup, yang dibunuh secara zalim, maka lebih layak lagi untuk Allah bertanya kepada orang yang menanam dan membunuhnya atas dosa apakah ia dibunuh.

5 Soalan Penting Untuk Perokok

Wahai para perokok!

Bertakwalah kepada Allah, bertakwalah kepada Allah dengan kalian memelihara diri kalian, memelihara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kalian, memelihara ahli keluarga kalian daripada pembunuh secara perlahan-lahan ini, juga dengan kalian berazam dan membulatkan tekad untuk meninggalkan benda keji ini nescaya kalian akan mendapatkan ganjaran dan pahala kerana barangsiapa yang meninggalkan keharaman demi mengharapkan keredaan Allah nescaya dia akan diberikan ganjaran atas perbuatannya meninggalkan keharaman itu.

أَلَمۡ يَأۡنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخۡشَعَ قُلُوبُهُمۡ لِذِكۡرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلۡحَقِّ

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?”

[Al-Hadid: 16]

Sekiranya saya bertanya kepada kamu -wahai perokok- beberapa soalan, saya mahu kamu menjawabnya dengan terus terang, supaya kamu merenungi kejahatan merokok ini, supaya kamu merenungi dengan diri kamu sendiri dan berasa puas dengan diri kamu tentang kejahatan rokok dan keharamannya:

Soalan Pertama:

Apabila kamu menyalakan rokok dengan tujuan menghisapnya, adakah kamu akan mengucapkan: “Bismillah”? Jawapannya: Tidak, kenapa? Kerana rokok adalah benda yang keji dan tidak boleh diucapkan nama Allah untuk menghisapnya.

Soalan Kedua:

Apabila kamu selesai daripada menghisap rokok, adakah kamu akan mengucapkan: “Alhamdulillah”? Jawapannya: Tidak, kenapa? Kerana rokok adalah benda yang keji dan tidak boleh dipuji Allah setelah menghisapnya.

Soalan Ketiga:

Apabila kamu memakan sesuatu yang halal atau kamu meminumnya, lalu masih ada tersisa sedikit daripadanya, adakah kamu akan memijaknya dengan kaki kamu? Jawapannya: Tidak, kerana ia benda yang baik, bahkan kamu akan menjaganya dan melindunginya. Ini adalah nikmat yang mesti dijaga dan dilindungi, lalu kenapa kamu tidak melakukan hal itu kepada rokok? Kenapa kamu tidak mengangkatnya di suatu tempat lalu melindungi dan menjaganya tetapi kamu malah memijaknya dengan kaki kamu bukankah begitu? Kamu akan memijaknya dengan kaki kamu dan berjalan -pada kebiasaannya-. Kalau seandainya ia benda yang baik nescaya kamu tidak akan memijaknya dengan kaki kamu. Ya, ini dalil akan kekejian rokok.

Soalan Keempat:

Adakah kamu akan berasa bahagia jika melihat anak lelaki atau anak perempuan kamu merokok? Jawapannya: Tidak.

Soalan Kelima:

Kenapa kamu tidak merokok di hadapan orang-orang yang kamu hormati? Kenapa kamu tidak merokok di hadapan orang-orang yang kamu hormati? Kerana rokok adalah benda yang keji dan mereka akan terganggu dengannya.

Maka inilah soalan-soalan yang saya ingin agar perokok menjawabnya dengan berterus terang agar dia merenung dengan dirinya tentang kekejian rokok, melepaskannya dan meninggalkannya dengan berasa puas disertai pengagungannya kepada nas-nas Al-Quran, sunnah dan ucapan ahli ilmu yang telah menghukum haram rokok dan menjelaskan kerosakan-kerosakannya di dunia dan akhirat, kita memohon kepada Allah agar memberikan taufik kepada apa yang Dia cinta dan reda.

Saya katakan apa yang kamu semua dengar dan saya memohon ampunan kepada Allah.