Apabila kita telah mengetahui betapa besarnya kedudukan Rasulullah s di dalam hati orang-orang yang beriman dan betapa besarnya kewajipan menghormati baginda ke atas mereka, maka barangsiapa yang mencela atau mempersendakan baginda dari kalangan muslimin, maka sungguh dia telah kafir murtad.

Bagaimana boleh dia bersaksi bahawa Muhammad merupakan utusan Allah, kepercayaan Allah dalam menyampaikan risalah, kemudian mencela baginda? Hal ini tidak mungkin keluar daripada seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah.

Celaan (الشَّتمُ) ialah: Ucapan yang buruk dan tidak ada di dalamnya tuduhan zina (القَذفُ). Perkataan (الشَّتمُ) semakna dengan perkataan (السَّبُّ) iaitu: Celaan, cacian, cercaan dan sebagainya. Rujuk Lisan al-‘Arab, j. 12, h. 318

Al-Hafiz Ibn Hajar r menyebutkan:

“Orang yang mencela ialah yang menampilkan kekurangan orang yang dicela.”

(Fath al-Bari, j. 1, h. 49)

Firman Allah تَعَالَى:

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: ‘Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main.’ Katakanlah: ‘Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.’ Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.”

(QS: Al-Taubah, 9 : 65-66)

Syaikh al-Islam r berkata:

“Ini adalah nas bahawa perbuatan mempersendakan Allah atau ayat-ayat-Nya atau Rasul-Nya merupakan kekufuran.”

(Al-Sarim al-Maslul, j. 1, h. 37)

Beliau r juga berkata:

“Ayat ini menunjukkan bahawa setiap orang yang mencela Rasulullah s baik secara sungguh-sungguh atau main-main maka dia telah melakukan kekufuran.”

(Al-Sarim al-Maslul, j. 1, h. 37)

Barangsiapa yang mencela Allah atau ayat-ayat-Nya atau Rasul-Nya, atau dia mempersendakan Allah atau ayat-ayat-Nya atau Rasul-Nya maka sungguh dia telah mengganggu Allah dan Rasul-Nya. Syaikh al-Islam telah menukilkan ijmak tentang hal ini,

Beliau r berkata:

“Dan telah diketahui bahawa perbuatan mencela Allah atau mencela Rasul-Nya merupakan gangguan kepada Allah dan kepada Rasul-Nya.”

-sampai kepada ucapan beliau-:

“Dan celaan (السَّبُّ) termasuk di antara perbuatan mengganggu Allah dan Rasul-Nya berdasarkan kesepakatan kaum muslimin bahkan ia adalah jenis gangguan yang paling khusus.”

(Al-Sarim al-Maslul, j. 1, h. 77)

Barangsiapa yang mengganggu Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah dilaknat sebagaimana firman Allah تَعَالَى:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengganggu Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang hina.”

(QS: Al-Ahzab, 33 : 57)

Al-Qadhi ‘Iyadh r berkata:

“Tidak ada khilaf tentang hukuman bunuh ke atas orang yang mencela Allah. Laknat hanyalah dikenakan ke atas orang yang sememangnya kafir sementara hukum orang yang kafir ialah dihukum bunuh. Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya …” al-ayat

(Al-Syifa Bi Ta’rif Huquq al-Musthafa, j. 2, h. 219)

Syaikh al-Islam r berkata:

“Laknat bermaksud dijauhkan daripada rahmat Allah. Barangsiapa yang Allah jauhkan daripada rahmat-Nya di dunia dan akhirat maka tidaklah ia melainkan seorang yang kafir.”

(Al-Sarim al-Maslul, j. 1, h. 46)

Perbuatan mempersendakan Allah atau ayat-ayat Allah, mendustakannya, mencelanya dan mencercanya dikira sebagai perbuatan menentang Allah dan Rasul-Nya. Yang demikian itu adalah kekufuran. Firman Allah تَعَالَى:

“Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”. Katakanlah: “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang yang beriman.

Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar”

(QS: Al-Taubah, 9 : 61-63)

Syaikh al-Islam r berkata:

“Maka telah diketahui bahawa perbuatan mengganggu Rasulullah s merupakan penentangan kepada Allah dan Rasul-Nya kerana penyebutan gangguan [di dalam ayat ini] adalah sesuatu yang menuntut untuk disebutkan juga penentangan…”

-sampai kepada ucapan beliau-:

“Maka ini menunjukkan bahawa gangguan dan penentangan [kepada Allah dan Rasul-Nya] adalah kekufuran kerana Allah mengkhabarkan bahawa orang yang melakukan hal tersebut, baginya neraka Jahannam, kekal di dalamnya.”

-sampai kepada ucapan beliau-:

“Bahkan penentangan [kepada Allah dan Rasul] adalah permusuhan dan pembangkangan [kepada kedua-duanya] dan hal tersebut merupakan kekufuran dan penyerangan dan ia lebih berat daripada semata-mata kufur. Maka orang yang mengganggu Rasulullah s adalah orang yang kafir, musuh bagi Allah dan Rasul-Nya, memerangi Allah dan Rasul-Nya.”

(Al-Sarim al-Maslul, j. 1, h. 32)

Imam al-Nawawi r berkata:

“Umat Islam telah ijmak bahawa satu perkataan [dengan bait syair] yang merupakan celaan kepada Nabi s mengharuskan kekufuran [pelakunya].”

(Syarh Sahih Muslim, j. 7, h. 443)

Imam Ibn al-Munzir r berkata:

“Mereka [para ulama] telah ijmak bahawa barangsiapa yang mencela Nabi s, maka baginya hukuman bunuh.”

(Al-Ijma’, j. 1, h. 44)

Ibn Hazm r berkata:

“Maka benarlah apa yang kami katakan bahawa barangsiapa yang mencela Allah تَعَالَى atau mempersendakan Allah, mencela salah seorang daripada para malaikat atau mempersendakannya, mencela salah seorang daripada para Nabi atau mempersendakannya, mencela salah satu daripada ayat-ayat Allah تَعَالَى, maka dia -dengan hal tersebut- telah menjadi kafir lagi murtad, baginya hukum murtad. Dengan inilah kami berpendapat. وَبِاللَّهِ التَّوفِيقُ”

(Al-Muhalla, j. 11, h. 854)

Ibn Qudamah r berkata:

“Barangsiapa yang murtad keluar daripada Islam dalam keadaan dirinya mukalaf, memiliki kebebasan memilih, sama ada lelaki atau wanita, maka [hendaklah] dia dipanggil selama tiga hari untuk kembali masuk ke dalam agama Islam, dan [hendaklah] pergerakannya dibatasi. Sekiranya dia enggan memeluk agama Islam semula, maka [hendaklah] dia dihukum bunuh dengan pedang.

Demikian juga tidak diterima taubat orang yang mencela Allah atau Rasul-Nya. Tidak juga orang yang telah banyak mengulangi kemurtadan bahkan [hendaklah] dia dihukum bunuh dalam segala keadaan. Taubat orang yang murtad dan seluruh orang kafir adalah [dengan] Islamnya iaitu dengan bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad merupakan Rasul Allah.”

(Zad al-Mustaqni’, j. 1, h. 108)

Syihab al-Din al-Qarafi r berkata:

“Adapun seorang muslim, sekiranya dia berdusta atas nama Rasulullah s, maka hendaklah dia dihukum pukul atau sekiranya dia mendustakan baginda maka dia telah murtad.

Sekiranya dia mencela Allah تَعَالَى atau Rasul-Nya atau selain baginda dari kalangan para Nabi s, maka hendaklah dia dibunuh sebagai hukuman had dan hal itu tidaklah gugur dengan taubat kerana sesungguhnya perbuatannya menzahirkan hal tersebut menunjukkan kepada kejahatan batinnya maka dia adalah seperti martabat zindik yang tidak diketahui taubatnya.”

(Al-Dzakhirah Fi al-Fiqh al-Maliki, j. 3, h. 302)

Imam Ibn Abi Zaid al-Qairawani r berkata:

“Barangsiapa yang mencela Rasulullah s, hendaklah dihukum bunuh dan tidak diterima taubatnya.”

(Risalah al-Qairawani, j. 1, h. 588)

Al-Mardawi r berkata:

“Ada [ulama] yang berpendapat bahawa seseorang yang mencela Nabi s hendaklah dihukum bunuh. Saya katakan: [Pendapat] inilah yang benar.”

(Al-Inshaf, j. 7, h. 224)

Imam Ibn al-‘Uthaimin r berkata:

“Barangsiapa yang mencela Rasul s, maka wajib dihukum bunuh meskipun dia bertaubat kerana hal itu (iaitu: celaan yang dilemparkan kepada baginda) merupakan hak sesama manusia maka wajib dibalas demi baginda s.”

(Al-Syarh al-Mumti’ ‘Ala Zad al-Mustaqni’, j. 2, h. 38)

Beliau r juga berkata:

“Sekiranya ada yang berkata:

‘Bukankah telah sabit bahawa ada di kalangan manusia yang mencela Rasul s lalu baginda menerima taubatnya dan membebaskannya?’

Jawapannya:

Ya benar, akan tetapi hal itu terjadi ketika baginda masih hidup s dan baginda sendiri yang telah menggugurkan hak baginda. Adapun setelah baginda wafat, maka kita tidak tahu. Oleh itu kita menjalankan apa yang kita pandang ia merupakan kewajipan ke atas hak orang yang mencela baginda s.

Sekiranya ada yang berkata:

‘Adakah wujudnya kebarangkalian baginda memaafkan atau tidak memaafkan [orang yang mencela baginda] mengharuskan tawaqquf (menahan diri daripada mengeluarkan hukum)?’
Jawapannya:

Hal itu tidak mengharuskan tawaqquf kerana mafsadah telah terhasil dengan celaan [yang dilemparkan kepada baginda] sementara terangkatnya kesan [dan pengaruh] daripada celaan itu adalah sesuatu yang tidak diketahui dan hukum asalnya ialah: Kesan dan pengaruh [daripada celaan tersebut] tetap ada.

Sekiranya ada yang berkata:

‘Bukankah kebiasaannya baginda s memaafkan orang yang mencela baginda?’

Jawapannya:

Benar, dan ada kebarangkalian ketika baginda masih hidup, apabila baginda memaafkan, terkadang akan wujud kemaslahatan serta dapat melunakkan hati [orang-orang kafir] sebagaimana baginda s memiliki pengetahuan tentang individu-individu tertentu dari kalangan kaum munafik namun baginda tidak menghukum bunuh mereka agar manusia tidak mengatakan bahawa Muhammad telah membunuh para sahabatnya.

Akan tetapi sekarang, kalau seandainya kita tahu ada individu tertentu dari kalangan kaum munafik, nescaya kita akan menghukum bunuhnya.
Ibn al-Qayyim r berkata:

‘Sesungguhnya tidak ditegakkan hukum bunuh ke atas orang munafik yang telah diketahui, hanyalah berlaku ketika baginda Rasul s masih hidup’.”

(Majmu’ Fatawa Wa Rasail Ibn ‘Uthaimin, j. 66, h. 49)

Soleh al-Fauzan حَفِظَهُ اللَّهُ berkata:

“Celaan kepada agama, celaan kepada Allah atau Rasul-Nya, ini semua merupakan kekufuran yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam. وَالعِيَاذُ بِاللَّهِ”

(Majmu’ Fatawa al-Syaikh Soleh al-Fauzan, j. 1, h. 14)

Google trends: india hina nabi muhammad, kisah pendek nabi muhammad, hari lahir nabi muhammad 2022, kurniakanlah dapat melihat wajah mulia nabi muhammad, hari kelahiran nabi muhammad 2022, keturunan nabi muhammad, doa nabi muhammad kepada ibnu abbas, tema maulidur rasul 2022, keturunan nabi muhammadd ke-40, maulidur rasul 2022, pakcik nabi muhammad, cicit nabi muhammad, hina nabi muhammad, selawat maulidur rasul