MUKADIMAH BUKU FATWA ULAMA TENTANG FITNAH ISIS YANG SEDANG MEMBARA

Sesungguhnya bahaya gerakan Khawarij (pemberontak) Da’isy (ISIS) yang menamakan diri mereka dengan Daulah Islamiyyah (Negara Islam) adalah sangat besar. Bahaya mereka terhadap dunia Islam adalah amat besar. Oleh itu, umat ini hendaklah sentiasa diperingatkan –terutamanya para pemuda– agar tidak terpedaya dengan mereka.

Dahulu, saya –dengan taufik daripada Allah c semata– telah menjelaskan kebatilan-kebatilan ISIS ini dan bersihnya dakwah Salafiyyah daripada mereka di dalam risalah:

Dakwah Salafiyyah Berlepas Diri Daripada Kesesatan ISIS Pemberontak”

sambil menyebutkan beberapa ucapan para ulama.

Berikut ini adalah risalah kedua yang berisi himpunan fatwa sebahagian ulama muslimin tentang kesesatan gerakan Khawarij ISIS yang menamakan diri mereka dengan Daulah Islamiyyah.

Semoga Allah memberikan ganjaran kepada para ulama kita dengan pahala yang terbaik disebabkan usaha mereka dalam menerangkan kebenaran dan petunjuk serta memperingatkan umat daripada kebatilan dan kesesatan.

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “Semoga Allah memberikan ganjaran dengan pahala yang terbaik bagi orang yang membantu Islam meskipun hanya dengan setengah perkataan.” (“I’lam Al-Muwaqqi’in”/4/217).

Sebelum masuk ke dalam inti kitab ini, kami akan menyebutkan sedikit pembahasan yang menunjukkan akan pentingnya menolong kebenaran dan membongkar kebatilan demi menjaga Islam dan kaum muslimin. Saya berikan juga beberapa nota kaki yang sangat penting di sela-sela fatwa sebahagian ulama.

Saya bersyukur kepada Allah c atas taufik dan rahmat-Nya ke atas diri saya dalam segala urusan dan amalan meskipun di dalam urusan dan amalan saya tersebut terdapat banyak kesalahan dan kekurangan.

Kemudian, saya juga bersyukur kepada Fadilatu Al-Syaikh Abu Abdillah Thariq Ibnu Muhammad Al-Khayyath Al-Ba’dani –hafizahullah– atas kesungguhan beliau dalam memberikan pertolongan dan semakan. Saya memohon kepada Allah agar meninggikan darjat beliau di dunia dan akhirat serta memberikan ganjaran kepada beliau dengan pahala yang terbaik.

Abu Fairuz Abdul Rahman Al-Indunisi Al-Qudsi

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist