KEPENTINGAN BERTAUBAT DARIPADA DOSA UNTUK MENGUBAH KEADAAN BUKAN DENGAN CARA MENGGULINGKAN KUASA ATAU DEMONSTRASI

Sesungguhnya kecurangan penguasa dan kezaliman pemerintah adalah salah satu daripada hukuman Allah disebabkan oleh dosa-dosa para hamba. Oleh itu, jalan untuk memperbaikinya adalah dengan taubat yang jujur, bukan dengan melakukan pemberontakan ke atas pemerintah. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh tangan-tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada dosa-dosa kamu)) [Al-Syura: 30].

Al-Imam Ibnu Kathir r berkata: “Firman-Nya: (Apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh tangan-tangan kamu sendiri) iaitu: apa sahaja musibah yang menimpa kamu wahai manusia, maka itu adalah disebabkan oleh kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh kamu sendiri. (dan Allah memaafkan sebahagian besar) iaitu: daripada kejahatan-kejahatan kamu maka Allah tidak menghukum kamu disebabkan kejahatan-kejahatan tersebut bahkan Dia memaafkannya.

Maksudnya: (Seandainya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang telah mereka lakukan, nescaya Dia tidak akan meninggalkan satu binatang melatapun di atas muka bumi.)([1])

(selesai nukilan daripada “Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim”/7/207)

Allah f berfirman:

Maksudnya: (Disebabkan oleh kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke dalam neraka maka mereka tidak mendapatkan sebarang penolong selain Allah.) [Nuh: 25].

Syaikh Al-Islam r berkata: “Barangsiapa yang menyangka bahawa dosa-dosa itu tidak membahayakannya, yang mana Allah akan selalu mencintai dirinya dalam keadaan dia masih terus melakukan dosa, maka dia adalah bagaikan seseorang yang menyangka bahawa meminum racun adalah tidak membahayakan dalam keadaan dia meminumnya secara rutin tanpa berubat, dengan alasan badannya masih sihat. Seandainya orang yang sangat dungu ini merenungkan apa yang Allah ceritakan di dalam Kitab-Nya, berupa kisah-kisah para Nabi dan apa yang mereka lakukan berupa taubat dan istighfar, serta pelbagai bencana yang menimpa mereka yang mana di dalamnya terdapat tapisan dan penyucian untuk diri mereka sesuai dengan keadaan mereka, nescaya dia akan mengetahui sebahagian daripada bahaya dosa ke atas pelakunya meskipun dirinya berada pada martabat yang paling tinggi.” (“Majmu’ Al-Fatawa”/10/208).

Dengan penjelasan ini, tahulah kita bahawa kecurangan penguasa adalah disebabkan oleh kezaliman yang dilakukan oleh ramai manusia di kalangan masyarakat kita sendiri –walaupun masih tersisa orang-orang yang baik dan soleh-, maka Allah c menurunkan hukuman tersebut sebagai bentuk peringatan, ujian, penghapusan dosa untuk mereka dan peningkatan darjat bagi mereka yang layak untuk ditinggikan darjatnya. Oleh itu, tidak selayaknya hukuman Allah ini dihadapi dengan cara menggulingkan kuasa, membuat letupan dan melakukan demonstrasi. Akan tetapi, wajib ke atas kita semua untuk kembali kepada syariat Allah.

Bertaubat itulah jalan keberuntungan. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang paling jujur. Semoga Rabb kamu menghapuskan kesalahan-kesalahan daripada diri kamu dan memasukkan kamu semua ke dalam syurga-syurga.) [Al-Tahrim: 8].

Allah c berfirman:

Maksudnya: (Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu mendapatkan keberuntungan.) [Al-Nur: 31].

Allah c berfirman:

Maksudnya: (Dan tidaklah Allah menyeksa mereka dalam keadaan mereka memohon ampunan.) [Al-Anfal: 33].

Al-Imam Al-Muzani Al-Syafi’i r berkata tentang pentingnya mendengar dan taat kepada para pemerintah: “Dan bertaubat kepada Allah U  agar Dia menjadikan hati-hati mereka cenderung kepada rakyat mereka.” (“Syarhu Al-Sunnah”/Al-Muzani/9).

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “Istighfar inilah yang menghalang daripada datangnya seksaan di dalam firman Allah:

Maksudnya: (Dan tidaklah Allah menyeksa mereka dalam keadaan mereka memohon ampunan.) [Al-Anfal: 33].

Kerana sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa orang yang memohon ampunan. Adapun orang yang terus-menerus melakukan dosa sambil memohon kepada Allah ampunan-Nya, maka ini bukanlah istighfar yang mutlak. Oleh itu, ia tidak menghalang daripada datangnya seksaan.” (selesai nukilan daripada “Madarij Al-Salikin”/1/252/Dar Al-Hadith).

Inilah dia jalan perubahan dan perbaikan wahai hamba-hamba Allah: perbaikan masyarakat. Apabila mereka baik, pemerintah juga akan menjadi baik. Adapun untuk terus selalu berada di dalam kemaksiatan, maka sesungguhnya hukuman Allah itu amat mengerikan.

Daripada Ibnu Umar k, Rasulullah g bersabda:

Maksudnya: «Wahai orang-orang Muhajirin, ada lima perkara yang sekiranya kamu diuji dengannya dan ia turun di tengah-tengah kamu, aku berlindung kepada Allah dari kamu berjumpa dengan lima perkara tersebut:

Tidaklah suatu dosa yang keji itu nyata kelihatan pada suatu kaum sehingga mereka melakukannya kecuali pasti akan muncul pada mereka wabak penyakit ta’un dan penyakit-penyakit lain yang tidak pernah datang pada orang-orang yang terdahulu daripada mereka.

Tidaklah mereka bersikap curang dalam takaran dan timbangan kecuali pasti mereka akan dihukum dengan tahun-tahun kemarau, beratnya tanggungan dan kezaliman penguasa ke atas mereka.

Tidaklah mereka menahan diri daripada mengeluarkan zakat kecuali pasti mereka akan dihalangi daripada turunnya hujan. Seandainya bukan kerana binatang ternakan, nescaya mereka tidak akan diberikan hujan.

Tidaklah mereka membatalkan perjanjian dengan Allah dan perjanjian dengan Rasul-Nya kecuali pasti akan dikuasakan ke atas mereka musuh-musuh yang bukan dari kalangan mereka. Musuh-musuh tersebut akan mengambil sebahagian kekuasaan yang dahulunya berada di tangan mereka.

Selama para pemimpin mereka tidak berhukum dengan Kitab Allah, pasti Allah akan menjadikan keganasan mereka terjadi sesama mereka sendiri.»

(HR. Al-Hakim di dalam “Al-Mustadrak” (8688) dan selain beliau. Al-Imam Al-Albani r berkata di dalam “Al-Sahihah” (1384): “Hadith ini hasan dengan himpunan jalur-jalurnya.” Ia dihasankan juga oleh Al-Imam Al-Wadi’i r di dalam “Al-Jami’ Al-Sahih Fi Al-Qadar”/431/Maktabah San’a Al-Athariyyah).

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “Renungkanlah hikmah Allah c dalam menjadikan musuh berkuasa ke atas para hamba (masyarakat) tatkala orang yang kuat di kalangan mereka sendiri telah melakukan kezaliman ke atas orang-orang yang lemah, tidak ditegakkan keadilan ke atas orang yang zalim bagi pihak yang telah dia zalimi. Bagaimana Allah menguasakan ke atas mereka orang-orang yang melakukan seperti itu juga ke atas diri mereka sebagaimana yang mereka lakukan ke atas rakyat dan orang-orang yang lemah di kalangan mereka, betul-betul sama. Ini adalah sunnah Allah c sejak kewujudan dunia sehinggalah bumi ini dilipat dan dikembalikan seperti permulaannya.

Renungkanlah hikmah Allah c dalam menjadikan raja-raja, para pemerintah dan penguasa di kalangan para hamba, sesuai dengan jenis amalan yang dilakukan oleh para hamba itu sendiri. Bahkan, seakan-akan apa yang dilakukan oleh para hamba tersebut nyata kelihatannya pada gambaran raja dan pemerintah mereka. Sekiranya mereka istiqamah, raja-raja mereka juga akan turut sama istiqamah. Sekiranya mereka adil, raja-raja mereka juga akan turut sama adil kepada mereka. Sekiranya mereka bersikap curang, raja dan pemerintah mereka juga akan turut sama bersikap curang. Sekiranya muncul daripada mereka makar dan tipu daya, maka pemerintah mereka juga demikian. Sekiranya mereka menghalang hak-hak Allah yang ada pada mereka dan mereka bersikap kedekut dengan hak tersebut, maka raja dan pemerintah mereka juga akan turut sama menghalang hak para hamba yang ada pada mereka serta bersikap kedekut ke atas diri mereka.([2])

Sekiranya mereka mengambil sesuatu yang tidak berhak diambil daripada orang-orang yang lemah dalam muamalah mereka, nescaya raja-raja mereka juga akan mengambil daripada diri mereka sesuatu yang tidak berhak diambil dan mengenakan ke atas pelbagai jenis cukai dan tugasan. Setiap kali masyarakat mengeluarkan sesuatu daripada orang-orang yang lemah, raja-raja mereka juga akan mengeluarkan sesuatu secara paksa daripada diri mereka. Maka nyata kelihatan pada pemerintah mereka dalam gambaran amalan yang mereka sendiri perbuat.Bukanlah termasuk di antara hikmah ilahiyyah untuk Allah kuasakan orang-orang yang buruk dan jahat kecuali ke atas orang-orang yang sejenis dengan mereka. Tatkala generasi terawal umat ini adalah generasi yang terbaik dan paling banyak melakukan kebajikan, para pemerintah mereka juga demikian. Tatkala umat ini melakukan percampuran (yang baik dan yang buruk) maka pemerintah juga melakukan percampuran (yang baik dan yang buruk) ke atas diri mereka. Maka, hikmah Allah enggan untuk kuasakan ke atas kita pada zaman seperti zaman kita ini para pemerintah semisal Mu’awiyah dan Umar Ibnu Abdil Aziz apatah lagi seperti Abu Bakr dan Umar. Bahkan, pemerintah kita adalah berdasarkan kadar kedudukan kita, sebagaimana para pemerintah orang-orang yang sebelum kita adalah berdasarkan kadar kedudukan masyarakat mereka. Yang demikian itu semuanya adalah suatu kemestian dan tuntutan daripada hikmah.” (selesai nukilan daripada “Miftah Dar Al-Sa’adah”/Ibnu Al-Qayyim/253-254).


([1]) Surah Fathir: 45

([2]) Nota kaki: Hak Allah c yang terbesar ialah mentauhidkan-Nya dalam peribadatan. Sungguh kebanyakan manusia telah menyombongkan diri terhadap tauhid dan mengabaikan hak-hak Allah. Tatkala mereka mengabaikannya, maka hak mereka juga akan turut sama diabaikan.

Daripada Mu’adz Ibnu Jabal t, beliau berkata:

Maksudnya: “Dahulu saya pernah dibonceng oleh Nabi g di atas seekor keldai yang dipanggil: “’Ufair” lalu baginda bersabda: «Wahai Mu’adz, tahukah kamu apakah hak Allah ke atas para hambanya dan apakah hak para hamba ke atas Allah?» Saya menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: «Sesungguhnya hak Allah ke atas para hamba adalah dengan mereka beribadat hanya kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun sementara hak para hamba ke atas Allah adalah dengan Dia tidak menyeksa orang yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun». Lalu saya bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah boleh saya menyampaikan berita gembira ini kepada orang ramai?” Baginda bersabda: «Janganlah engkau sampaikan berita gembira ini kepada mereka kerana nanti mereka hanya akan bergantung kepadanya.» [HR. Al-Bukhari (2856) dan Muslim (30)].

Hadith ini menunjukkan bahawa mentauhidkan Allah adalah sebab mendapatkan keselamatan sementara mensyirikkan Allah adalah sebab mendapatkan seksaan. Hal ini umum meliputi seksaan di dunia dan di akhirat.

Ingatlah apa yang berlaku kepada kaum Nuh, ‘Ad, Thamud dan umat musyirikin yang lain tatkala mereka menentang dakwah Tauhid yang disampaikan oleh para Rasul mereka.

Maksudnya: (Mereka semua mendustakan para Rasul, maka mereka berhak mendapatkan ancaman.) [Qaf: 14].

Allah c berfirman:

Maksudnya: (Sungguh Kami telah menghukum mereka dengan seksaan, tetapi mereka tidak mahu berserah diri kepada Rabb mereka dan tidak mahu menundukkan diri.) [Al-Mukminun: 74].

Umat ini telah melahirkan rasa dukacita tentang banyaknya kecurangan dan penghinaan, akan tetapi ramai di kalangan mereka yang tidak tahu bahawa sebabnya adalah kerana jauhnya mereka daripada menunaikan hak-hak Allah terutamanya hak yang terbesar iaitu Tauhid. Tatkala mereka mengabaikan hak Allah c ke atas diri mereka, maka hak mereka juga turut sama diabaikan.

Allah c berfirman:

Maksudnya: (Telah timbul kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia, agar Allah menjadikan mereka rasa akan sebahagian apa yang telah mereka perbuat supaya mereka kembali (kepada syariat Allah).) [Al-Rum: 41].

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist