FATWA MUFTI KERAJAAN ARAB SAUDI, SYEIKH ‘ABD AL-‘AZIZ BIN ‘ABD ALLAH AAL AL-SYAIKH TENTANG JEMAAH ISIS

Berikut ini adalah himpunan fatwa daripada sebahagian ulama muslimin tentang kesesatan gerakan pemberontak ISIS yang menamakan diri mereka sebagai Daulah Islamiyyah.

Fasal 1: Fatwa Al-Syaikh Al-‘Allamah Mufti Kerajaan Arab Saudi, Abdul Aziz Ibnu Abdillah Aalu Al-Syaikh -hafizahullah-

Al-Syaikh Al-‘Allamah Mufti Kerajaan Arab Saudi Abdul Aziz Ibnu Abdillah Aalu Al-Syaikh -hafizahullah- berkata tentang ISIS di dalam penerangan beliau yang disebarkan di dalam akhbar dengan tajuk: “Tabshirah Wa Dzikra”:

Saudara dan saudariku sekalian, saya memberikan penghormatan kepada anda semua dengan penghormatan Islam yang kekal, yang memiliki jaminan yang mulia dan tujuan yang tinggi. Semoga keselamatan daripada Allah, rahmat dan keberkatan-Nya dilimpahkan ke atas anda semua.

Saya mewasiatkan kepada anda semua dan kepada diri saya sendiri untuk bertakwa kepada Allah c. Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan bertakwa kepada Allah, nescaya Allah mencukupinya.

Bersamaan dengan keadaan yang umat Islam hidup di dalamnya ini, telah banyak tempat yang mengalami kerosakan, disertai pula dengan rosaknya pemikiran. Dan tidak diragukan lagi bahawa pemikiran yang paling besar bahayanya adalah pemikiran yang menggunakan nama agama. Yang demikian itu adalah kerana agama mendatangkan nilai kesucian yang mana jiwa itu dianggap tidak berharga apabila dikorbankan di jalannya. Pada ketika itu, orang ramai akan berpindah daripada perpecahan yang mana agama ini terjaga daripadanya kepada perpecahan di dalam agama itu sendiri. Inilah perkara yang telah diperingatkan kepada kita oleh Allah U di dalam firman-Nya:

Maksudnya: (Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agama mereka dan mereka berkelompok-kelompok, tidak ada sedikitpun tanggungjawab kamu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah dikembalikan kepada Allah kemudian Dia akan mengkhabarkan kepada mereka tentang apa yang telah mereka perbuat.) [Al-An’am: 159]

Maka Allah c di dalam ayat ini telah memperingatkan umat Islam agar jangan sampai mereka menjadi –di dalam agama mereka ini– seperti yang terjadi ke atas kaum musyrikin di dalam agama mereka. memecah belahkan agama Islam bermaksud memecah belahkan prinsip-prinsip setelah sebelumnya ia bersatu. Yang demikian itu adalah setiap perbuatan memecah belah yang menjadikan pelakunya saling menghukum kafir di antara satu dengan yang lain dan saling berperang di antara mereka di dalam agama ini.

Tidak ada di dalam agama Islam jenayah yang lebih besar –di sisi Allah c– setelah jenayah kufur kepada Allah, berbanding jenayah memecah belahkan Al-Jama’ah yang mana dengan Al-Jama’ah tersebutlah hati-hati saling bersatu dan kalimah-kalimah saling berkumpul sebagaimana di dalam firman Allah c:

Maksudnya: (Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu saling bercerai berai. Ingatlah akan kenikmatan Allah yang diberikan kepada kamu  setelah sebelum ini kamu saling bermusuhan lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu sehingga jadilah kamu semua -dengan nikmat-Nya- saling bersaudara. (Ingatlah) dahulu kamu semua berada di atas jurang lembah neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada kamu agar kamu mendapatkan petunjuk.) [Ali Imran: 103].

Ibnu Mas’ud t berkata:

Maksudnya: «Wahai sekalian manusia, hendaklah kamu semua berpegang dengan ketaatan dan Al-Jama’ah([1]), kerana sesungguhnya Al-Jama’ah itu adalah tali Allah U yang telah Dia perintahkan untuk berpegang teguh dengannya. Dan perkara yang kamu benci di dalam Al-Jama’ah adalah lebih baik daripada perkara yang kamu cintai di dalam perpecahan.»

Perpecahan dan perselisihan itu tidaklah terjadi melainkan berpunca daripada kejahilan dan hawa nafsu, sebagaimana kesatuan dan kedekatan hati tidak akan terjadi melainkan berpunca daripada ilmu dan takwa.

Sesungguhnya umat Islam pada hari ini –keadaannya adalah seperti yang telah kita ketahui bersama– sangat perlu untuk memperdalam ilmu dan pengetahuan tentang agama yang lurus ini sebelum mengajarkannya kepada selain mereka. Bukanlah hal yang demikian itu khusus pada permasalahan fiqh semata-mata, tetapi juga tentang tujuan-tujuan yang sangat besar dan luas di dalam Islam, yang untuknya Islam disyariatkan dan di atasnya Islam diturunkan kerana sesungguhnya tidaklah Allah c mengutuskan para Rasul dan menetapkan syariat-syariat ini melainkan untuk menegakkan keteraturan manusia sebagaimana firman Allah c:

Maksudnya: (Sungguh Kami telah mengutuskan para utusan Kami dengan keterangan-keterangan (bayyinah) dan Kami turunkan bersamanya Al-Kitab dan timbangan agar manusia menegakkan keadilan.) [Al-Hadid: 25].

Syariat Islam adalah syariat yang paling agung lagi lurus sebagaimana yang ditunjukkan oleh firman Allah c:

Maksudnya: (Sesungguhnya agama yang diredai oleh Allah adalah Islam.) [Ali Imran: 19].

Islam telah datang dengan membawa kemaslahatan bagi manusia di dunia dan akhirat.

Tujuan umum bagi syariat Islam adalah memakmurkan muka bumi, menjaga keteraturan hidup kebersamaan di dalamnya dan meneruskan perbaikan muka bumi ini dengan memperbaiki mereka yang datang silih berganti untuk menguruskannya.

Termasuk di antara landasan Al-Quran yang paling luas adalah bahawa hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus. Allah berfirman:

Maksudnya: (Dialah yang telah menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di muka bumi ini.) [Al-Baqarah: 29].

Dan hukum asal bagi manusia adalah bebas (daripada tuntutan). Allah berfirman:

Maksudnya: (Itu adalah fitrah Allah yang telah Dia ciptakan manusia di atasnya.) [Al-Rum: 30].

Kedua-dua tuntutan ini adalah asas bagi segala pensyariatan dan kebebasan.

Setiap asas ini tidak akan sempurna dan tidak akan kuat untuk berdiri tegak melainkan dengan pengetahuan bahawa kelapangan Islam adalah sifat yang pertama bagi syariat Islamiyyah dan merupakan tujuannya yang terbesar sebagaimana di dalam firman Allah c:

Maksudnya: (Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu.) [Al-Baqarah: 185].

Dan firman-Nya:

Maksudnya: (Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu di dalam agama ini suatu kesempitan.) [Al-Hajj: 78].

Dan firman-Nya:

Maksudnya: (Wahai Rabb kami, janganlah Engkau menghukum kami sekiranya kami lupa atau tersalah. Wahai Rabb kami, janganlah Engkau bebankan ke atas kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan ke atas orang-orang yang sebelum kami. Wahai Rabb kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.) [Al-Baqarah: 286].

Dan di dalam hadith Nabi g:

Maksudnya: «Agama yang paling dicintai oleh Allah adalah Hanifiyyah([2]) yang lapang.»

Hanifiyyah adalah lawan bagi kesyirikan sementara kelapangan pula adalah lawan bagi kesempitan dan sikap keras (tasyaddud).

Di dalam hadith, daripada Nabi g bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: «Sesungguhnya agama ini mudah. Tidak ada sesiapa yang memberat-beratkan dirinya di dalam agama ini kecuali agama ini akan mengalahkannya.» [HR. Al-Bukhari (39)].

Penelitian yang telah dilakukan terhadap syariat ini menunjukkan bahawasanya kelapangan dan kemudahan sememangnya merupakan di antara tujuan bagi agama ini. Telah nyata bahawa kelapangan memiliki kesan yang besar dalam tersebar dan berterusannya Islam sehingga dapat diketahui bahawa kemudahan sememangnya merupakan sebahagian dari fitrah kerana fitrah manusia mencintai sifat lemah lembut.

Hakikat bagi kelapangan ini adalah sikap pertengahan di antara dua sisi iaitu “Ifrath” (berlebih-lebihan) dan “Tafrith” (meremehkan). Sikap pertengahan dengan makna ini merupakan sumber bagi pelbagai jenis kesempurnaan. Sungguh Allah c telah berfirman dalam menyifatkan umat ini:

Maksudnya: (Demikianlah Kami menjadikan kamu umat yang pertengahan.) [Al-Baqarah: 143].

Di atas cahaya tujuan yang agung inilah, akan menjadi nyata hakikat bagi “Wasatiyyah” (pertengahan) dan “I’tidal” (kestabilan) dan bahawasanya ia merupakan kesempurnaan dan keindahan bagi agama Islam ini. Begitu juga nyata bahawasanya pemikiran-pemikiran yang radikal, keras dan ganas yang telah merosakkan bumi, membinasakan tanaman dan keturunan itu sama sekali bukan sebahagian daripada Islam bahkan mereka adalah musuh pertama bagi Islam. Umat Islam adalah korban mereka yang pertama sebagaimana yang demikian itu dapat disaksikan di dalam kejahatan kelompok-kelompok yang dinamakan dengan ISIS, Al-Qa’idah dan jamaah-jamaah lain yang bercabang dari mereka ini. Pada merekalah berlakunya ketepatan sabda Nabi g:

Maksudnya: «Akan keluar pada akhir zaman, suatu kaum yang muda umurnya lagi pendek akalnya. Mereka berbicara dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka membaca Al-Quran akan tetapi bacaannya tersebut tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka lepas daripada agama ini sebagaimana lepasnya anak panah menembus sasarannya. Apabila kamu berjumpa dengan mereka, maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya dalam pembunuhan mereka itu memiliki ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat kelak bagi sesiapa yang membunuh mereka.» [HR. Al-Bukhari (3611) dan Muslim (1066)].

Jamaah-jamaah pemberontak ini tidak boleh dinisbahkan kepada Islam dan tidak boleh juga dinisbahkan kepada para pemeluk Islam yang berpegang teguh dengan jalannya. Bahkan mereka ini adalah kesinambungan daripada golongan Khawarij yang merupakan kelompok pertama yang terkeluar dari agama ini kerana mereka menghukum kafir orang-orang Islam disebabkan dosa-dosa yang dilakukan lalu mereka menghalalkan darah dan harta orang-orang Islam tersebut.

Maka pada kesempatan ini, kami menyeru untuk menyatukan dan mengatur segala usaha dalam pendidikan, pengajaran, dakwah dan pengembangan bagi mengukuhkan pegangan “Wasatiyyah” (pertengahan) dan “I’tidal” (kestabilan) yang bersumber daripada syariat Islamiyyah kita yang suci ini dengan menyusun langkah yang sempurna yang memiliki matlamat yang jelas lagi didukung dengan susunan langkah perlaksanaan dalam merealisasikan matlamat yang ingin dicapai tersebut dengan hasil yang jelas lagi nyata.

Demikianlah, dunia di sekeliling kita pada hari ini sedang bergolak. Kewajipan kita yang berada di Kerajaan Arab Saudi, yang mana Allah telah memberikan kepada kita kenikmatan dengan muafakatnya kalimah dan bersatu padunya barisan kita di bawah para pemimpin kita, yang diwakili oleh “Khadim Al-Haramain” (Pelayan Dua Kota Suci) yang mulia iaitu: Raja Abdullah Ibnu Abdil Aziz Alu Su’ud dan Putera Mahkotanya yang terpercaya serta Putera Mahkota Kedua –semoga Allah menjaga mereka semua-, kewajipan kita semua adalah untuk memelihara pemerintahan yang tersusun rapi ini yang mana sebahagiannya mengukuhkan sebahagian yang lain dan janganlah kita menjadikan kewujudan sebab-sebab perpecahan di luar batasan wilayah kita sebagai sebab perpecahan di antara kita. Seluruh kita –segala puji bagi Allah– yang berada di Kerajaan Arab Saudi merupakan orang-orang yang mentauhidkan Allah, orang-orang Islam, kita menjaga Al-Jama’ah([3]), kita memberikan ketaatan dalam perkara yang baik (ma’ruf), kita memikul amanah ilmu, pemikiran, pandangan dan pena. Kita saling mencintai dan saling bantu membantu sesama kita secara umum …”

(selesai nukilan daripada “Sahifatu Al-Bayan”).


([1]) Al-Jama’ah di sini ialah: mengikuti jamaah para sahabat, kerana para sahabat berkumpul di atas kebenaran dan jalan mereka itulah jalan yang benar. Setiap orang yang mengikuti kebenaran dengan dalil-dalil yang jelas, maka dia dikatakan telah mengikuti Al-Jama’ah meskipun pada ketika itu, dia bersendirian.

Di dalam hadith Mu’awiyah Ibnu Abi Sufyan k, beliau berkata bahawa Rasulullah g bersabda:

Maksudnya: «Sesungguhnya Ahli Kitabain (Taurat dan Injil) telah berpecah belah di dalam agama mereka menjadi tujuh puluh dua agama. Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga agama (iaitu: hawa nafsu). Semuanya di dalam neraka kecuali satu iaitu Al-Jama’ah. Sesungguhnya akan keluar dari kalangan umatku, orang-orang yang dijalari oleh hawa nafsu sebagaimana penyakit anjing gila (Rabies) menjalari korbannya. Tidak ada satu urat atau sendipun melainkan pasti ia akan memasukinya.» (HR. Al-Imam Ahmad (16937/Al-Risalah/hadith hasan).

Al-Imam Al-Thibi r berkata: “Yang dimaksudkan dengan Al-Jama’ah di sini ialah para sahabat dan orang-orang yang datang setelah mereka dari kalangan para Tabi’in, Tabi’ Al-Tabi’in dan para Salaf Al-Soleh. Iaitu: Saya perintahkan kamu semua untuk berpegang teguh dengan jalan dan landasan mereka serta masuk ke dalam rombongan mereka.” (sebagaimana di dalam “Tuhfah Al-Ahwadzi”/Al-Amthal/Bab Ma Ja’a Fi Mathal Al-Solah Wa Al-Siyam/7/281/Dar Al-Hadith).

Tidak ada keraguan bahawa seseorang itu tidaklah berada di atas kebenaran melainkan apabila dia memiliki ilmu yang menunjukkan bahawa pendapat yang dia pegang itu bertepatan dengan Al-Quran, Al-Sunnah dan pemahaman Salaf Al-Ummah. Oleh sebab itu, sebahagian ulama menafsirkan Al-Jama’ah dengan: Orang yang berilmu, sama sahaja baik dia bersendirian atau ada bersama dengan yang lain.

Al-Imam Al-Bukhari r berkata di dalam “Sahih” beliau: “Bab Firman Allah c:

Maksudnya: (Demikianlah Kami jadikan kamu sebagai umat yang pertengahan) [Al-Baqarah: 143]

Dan Perintah Nabi g Untuk Setia Kepada Al-Jama’ah Dan Mereka Itulah Para Ulama.

Lalu beliau menyebutkan hadith (7349).

Al-Imam Al-Tirmidzi r berkata: “Tafsiran bagi “Al-Jama’ah” menurut para ulama adalah: ahli fiqh, ilmu dan hadith.

Beliau juga berkata: “Dan saya mendengar Al-Jarud Ibnu Mu’adz berkata: “Saya mendengar Ali Ibnu Al-Husain berkata: “Saya bertanya kepada Abdullah Ibnu Al-Mubarak: “Siapakah Al-Jama’ah itu?” Beliau menjawab: “Abu Bakr dan Umar”. Lalu dikatakan kepada beliau: “Abu Bakr dan Umar telah meninggal dunia”. Beliau menjawab: “Fulan dan Fulan”. Lalu dikatakan kepada beliau: “Fulan dan Fulan telah meninggal dunia”. Kemudian Abdullah Ibnu Al-Mubarak berkata: “Abu Hamzah Al-Sukkari itulah Al-Jama’ah”. (Sunan Al-Tirmidzi/2167).

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “Orang alim yang jujur tidak akan merasa asing disebabkan sedikitnya teman seiring, dan tidak akan merasa sepi disebabkan hilangnya teman seiring tatkala hatinya telah merasakan adanya kebersamaan dengan golongan pertama yang telah diberikan nikmat oleh Allah dari kalangan para Nabi, para Siddiqin, para Shuhada, dan para Salihin, mereka itulah sebaik-baik teman seiring. Oleh itu, bersendiriannya seorang hamba itu di dalam pencariannya merupakan dalil akan kejujurannya dalam mencari.

Ishak Ibnu Rahawaih r telah ditanya tentang suatu permasalahan dan beliau menjawabnya.  Lalu dikatakan kepada beliau: Sesungguhnya saudara kamu Ahmad Ibnu Hanbal juga berkata tentang permasalahan ini sebagaimana yang anda katakan”. Kemudian beliau berkata: “Saya tidak menyangka ada orang yang menepatiku di dalam permasalahan ini.”

Kerana sesungguhnya Al-Haq itu apabila telah berkibar dan nyata, maka ia tidak lagi memerlukan kepada saksi bagi mendukung kebenarannya dan hati akan dapat melihat Al-Haq sebagaimana mata dapat melihat matahari. Apabila seseorang itu telah melihat matahari, maka dia -pada pengetahuan dan keyakinannya tentang hal itu- tidak memerlukan kepada saksi bagi mendukung dirinya dan menepati dirinya bahawa matahari sememangnya telah terbit.” (“Ighathah Al-Lahfan”/1/69-70).

Al-Imam Abu Syamah r berkata: “Di mana sahaja datang perintah untuk berpegang teguh dengan Al-Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya adalah berpegang teguh dengan Al-Haq dan mengikutinya meskipun orang yang berpegang teguh dengannya sedikit sementara yang menyelisihinya ramai, kerana Al-Haq itu adalah apa yang dipegang oleh Al-Jama’ah yang berada pada generasi pertama iaitu Nabi g dan para sahabat baginda j. Tidak perlu dilihat kepada ramainya Ahlul Batil sepeninggal mereka.

Amru Ibnu Maimun Al-Audi r berkata: “Saya telah ikut serta dengan Mu’adz Ibnu Jabal di Yaman dan tidaklah saya meninggalkan beliau sehinggalah saya mengebumikan beliau di Syam. Saya ikut serta pula setelah itu dengan orang yang paling faqih iaitu Abdullah Ibnu Mas’ud maka saya mendengar beliau berkata:

Maksudnya: «Hendaklah kamu semua setia dengan Al-Jama’ah kerana sesungguhnya tangan Allah bersama Al-Jama’ah.»

Kemudian beliau berkata pada suatu hari: “Akan datang pada masa kamu, para penguasa yang melewatkan solat daripada waktunya. Maka tegakkanlah solat pada waktunya kerana itu adalah kewajipan dan hendaklah kamu solat bersama mereka kerana yang demikian itu akan menjadi tambahan amalan soleh untuk kamu.”

Lalu saya katakan kepada beliau: “Wahai sahabat Muhammad, saya tidak faham apa yang kamu perkatakan ini.” Beliau berkata: “Apakah itu?” Saya berkata: “Kamu memerintahkan  dan menganjurkan saya untuk setia bersama Al-Jama’ah, lalu kamu katakan kepada saya untuk “Solatlah bersendirian kerana hal itu wajib dan solatlah bersama jamaah kerana hal itu menjadi tambahan amalan soleh untuk kamu?” Lalu beliau berkata: “Wahai Amru Ibnu Maimun, dahulu saya menyangka bahawa kamu adalah orang yang paling faqih di negeri ini. Tahukah kamu apa itu Al-Jama’ah?” Saya mengatakan: “Tidak.” Beliau berkata:

Maksudnya: «Sesungguhnya kebanyakan manusia telah berpisah daripada Al-Jama’ah. Sesungguhnya Al-Jama’ah itu adalah apa yang menepati kebenaran meskipun kamu bersendirian.»

Di dalam riwayat yang lain:

Maksudnya: «Sesungguhnya kebanyakan manusia telah berpisah daripada Al-Jama’ah. Sesungguhnya Al-Jama’ah itu adalah apa yang menepati ketaatan kepada Allah ta’ala.»

Nu’aim Ibnu Hammad r berkata: “Yang beliau maksudkan adalah: Sekiranya Al-Jama’ah telah rosak, maka wajib ke atas kamu untuk berpegang teguh dengan keadaan Al-Jama’ah tersebut sebelum kerosakannya. Walaupun diandaikan kamu dalam keadaan bersendirian, maka pada ketika itu, kamulah Al-Jama’ah.”

Athar ini dilampirkan oleh Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi r di dalam kitab Al-Madkhal.” (selesai nukilan daripada “Al-Ba’ith ‘Ala Inkar Al-Bida’ Wa Al-Hawadith”/1/22).

([2]) Al-Raghib Al-Asfahani r berkata: “Hanaf ialah: kecondongan daripada kesesatan menuju kepada kelurusan.” (“Mufradat Alfazh Al-Quran”/362).

Hanifiyyah adalah agama Nabi Ibrahim, iaitulah Islam. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Bukanlah Ibrahim merupakan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani. Akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi muslim dan dia pula bukan di kalangan orang-orang musyrik.) [Ali Imran: 67].

Dan Allah memerintahkan kita untuk mengikuti agama yang hanif tersebut. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Katakanlah: “Maha Benar Allah.” Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus itu dan bukanlah dia di kalangan orang-orang musyrik.) [Ali Imran: 95].

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah r berkata: “Maka agama yang hanif itu adalah (agama yang) memberikan tumpuan hanya kepada Allah semata dan berpaling daripada yang selain-Nya. Itulah keikhlasan yang diungkapkan oleh Kalimah Al-Haq dan Kalimah Tayyibah iaitu: La Ilaha Illallah (Tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah).” (“Majmu’ Al-Fatawa”/9/319).

([3]) Termasuk di antara makna Al-Jama’ah dari segi syarak ialah: berkumpulnya kaum muslimin bersama pemimpin mereka. Iaitu: negara bagi umat Islam.

Daripada Ibnu Abbas k, daripada Nabi g bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang melihat daripada pemimpinnya sesuatu yang dia benci, maka hendaklah dia bersabar terhadap pemimpinnya tersebut kerana sesungguhnya barangsiapa yang berpisah daripada Al-Jama’ah walaupun sejengkal, lalu dia mati maka dia mati dengan kematian Jahiliyyah.» [HR. Al-Bukhari (7054) dan Muslim (1849)].

Ibnu Hajar r berkata: “Ia adalah kinayah bagi kedurhakaan dan peperangan terhadap pemerintah. Ibnu Abi Jamrah berkata: “Yang dimaksudkan dengan berpisah daripada Al-Jama’ah di dalam hadith ini adalah usaha untuk melepaskan ikatan baiat (pengakuan taat setia) yang telah berlaku untuk pemerintah tersebut, walaupun dengan sekecil-kecil usaha. Oleh itu Nabi g mengungkapkan dengan kadar “sejengkal” kerana melakukan yang demikian itu akan menyebabkan pertumpahan darah tanpa alasan yang benar.” (“Fathu Al-Bari”/13/7).

Ibnu Hajar r juga berkata: “Seperti kematian orang-orang jahiliyyah yang berada di atas kesesatan dan tidak memiliki pemimpin yang ditaati kerana mereka dahulunya tidak mengetahui hal itu (meskipun mereka memiliki ketua kabilah). Dan bukanlah yang dimaksudkan dengan lafaz tersebut bahawa orang yang melakukan hal itu, mati sebagai seorang kafir akan tetapi dia mati sebagai seorang yang melakukan maksiat.” (“Fathu Al-Bari”/13/7).

Ibnu Batthal r berkata: “Di dalam hadith ini terdapat hujah untuk meninggalkan pemberotakan ke atas pemerintah meskipun pemerintah tersebut zalim. Para fuqaha’ telah bersepakat tentang wajibnya memberikan ketaatan kepada pemerintah yang berjaya mengalahkan yang lain, begitu juga wajib berjihad bersamanya dan bahawasanya memberikan ketaatan kepadanya adalah lebih baik daripada memberontak kerana padanya terdapat pemeliharaan terhadap darah-darah manusia dan dapat menghentikan malapetaka yang menimpa. Dalil mereka adalah hadith ini dan selainnya.” (“Fathu Al-Bari”/13/7).

Penjelasan ini tidak tepat untuk diterapkan kepada orang yang keluar daripada ketaatan ke atas pemimpin bagi suatu perkumpulan atau yayasan kerana mereka bukanlah sebuah negara.

Dalil lain: daripada Abu Hurairah t, daripada Nabi g bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang keluar daripada ketaatan dan memisahkan dirinya daripada Al-Jama’ah lalu dia mati, maka dia mati dengan kematian Jahiliyyah. Barangsiapa yang berperang di bawah panji fanatisme, dia marah kerana fanatik kebangsaan atau menyeru kepada fanatik kebangsaan atau menolong fanatik kebangsaan lalu dia mati, maka dia mati dengan kematian Jahiliyyah. Barangsiapa yang memberontak ke atas umatku, dia menyerang orang yang baik dan orang yang jahat serta tidak menghindari orang yang beriman dan tidak memenuhi perjanjian yang telah dia tetapkan, maka dia bukanlah termasuk daripada golonganku dan aku bukan daripada golongannya.» [HR. Muslim (1848)].

Al-‘Allamah Al-Qurthubi r berkata: “Sabda baginda: «Barangsiapa yang keluar daripada ketaatan dan memisahkan dirinya daripada Al-Jama’ah lalu dia mati, maka dia mati dengan kematian Jahiliyyah». Yang dimaksudkan dengan ketaatan adalah ketaatan kepada pemerintah dan yang dimaksudkan dengan Al-Jama’ah adalah: kesepakatan umat Islam atas seorang pemimpin atau suatu urusan yang telah dipersetujui sebulat suara. Di dalam hadith ini terdapat dalil akan wajibnya mengangkat seorang pemimpin, haramnya menyelisihi kesepakatan kaum muslimin dan wajibnya mengikuti sunnah Nabi.

Zahir hadith ini menjadi dalil bagi mereka yang mengkafirkan sesiapa yang menentang ijma’ (kesepakatan kaum muslimin) secara mutlak. Akan tetapi yang benar hendaklah ia dirinci: sekiranya ijma’ tersebut merupakan ijma’ yang pasti, maka menyelisihinya dan mengingkarinya merupakan suatu kekufuran. Dan sekiranya ijma’ tersebut hanyalah persangkaan (belum sampai kepada tingkatan pasti) maka mengingkarinya dan menyelisihinya merupakan suatu kemaksiatan dan kefasikan.

Yang dimaksudkan dengan kematian jahiliyyah adalah bahawa orang-orang jahiliyyah dahulunya tidak membaiat seorang pemimpin dan tidak masuk ke dalam ketaatan kepada pemimpin. Oleh itu, sesiapa sahaja dari kalangan kaum muslimin yang tidak masuk di bawah ketaatan kepada pemimpin maka dia telah menyerupai orang-orang Jahiliyyah. Sekiranya dia mati dalam keadaan tersebut, maka dia mati di atas kematian yang sama seperti mereka iaitu dalam keadaan melakukan salah satu daripada dosa-dosa besar. Dibimbangi dengan sebab itu, dia tidak mati di atas Islam. (selesai nukilan daripada “Al-Mufhim”/12/105).

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist