FATWA SYEIKH YAHYA BIN ‘ALI AL-HAJURI TENTANG JEMAAH ISIS

Saya mendengar Fadhilatu Al-Syaikh Al-‘Allamah Abu Abdil Rahman Yahya Ibnu Ali Al-Hajuri –hafizahullah– ditanya tentang kelompok ISIS, maka beliau menjawab:

“Yang saya sangka sesuai dengan berita-berita yang sampai kepada kami adalah bahawasanya ISIS ini adalah daripada jamaah yang dinamakan Al-Qa’idah. Bahkan mereka (ISIS) adalah Al-Qai’dah yang melampaui batas (ghuluw). Berita yang sampai kepada kami adalah bahawasanya mereka (ISIS) mengkritik Al-Qa’idah yang berada di luar negara itu dan mengganggap mereka sebagai orang-orang yang lembik. Mereka mengganggap Al-Qa’idah adalah golongan yang lembik. Iaitu: (menurut mereka) Al-Qa’idah bukanlah Khawarij sejati seperti ISIS. Mereka (ISIS) adalah Khawarij sejati. Pemikiran sebegini adalah pemikiran Khawarij yang mana dalil-dalil Al-Sunnah telah menunjukkan akan tercelanya pemikiran tersebut.

Telah datang daripada hadith Abu Umamah, daripada Abu Ghalib r, beliau berkata:

Maksudnya: «Tatkala didatangkan kepala puak “Azariqah” kemudian ditancapkan di tangga-tangga Damsyik, datanglah Abu Umamah t. Tatkala beliau melihat mereka, mengalirlah air mata beliau seraya berkata:

«Anjing-anjing neraka (sebanyak tiga kali). Mereka adalah seburuk-buruk orang yang dibunuh di bawah kolong langit dan sebaik-baik orang yang dibunuh di bawah kolong langit adalah orang-orang yang dibunuh oleh mereka ini.».

Maka saya bertanya: “Lalu kenapa air mata anda mengalir?”.

Beliau menjawab: “Kerana belas kasihan kepada mereka. Mereka ini dahulunya adalah orang-orang Islam”.

Kemudian kami katakan: “Adakah anda mengucapkan bahawa mereka ini anjing-anjing neraka berdasarkan pendapat anda sendiri ataukah perkataan yang anda dengar daripada Rasulullah g?”

Beliau berkata: “Sekiranya saya mengatakan hal tersebut berdasarkan pendapat sendiri, alangkah beraninya saya. Bahkan saya mendengarnya daripada Rasulullah g, bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali.” Beliau menghitungnya berkali-kali.»

[HR. Ahmad (22314) dan disahihkan oleh Al-Imam Al-Wadi’i r di dalam “Al-Sahih Al-Musnad”/482/Dar Al-Athar].

Hadith ini datang juga daripada Ibnu Abi Aufa.

Yang diinginkan adalah bahawasanya mereka ini telah terlepas daripada agama ini sebagaimana lepasnya anak panah menembusi binatang buruannya. Beginilah sikap orang-orang Khawarij. Kamu melihat pada dirinya kesungguhan dalam beribadah dan membaca Al-Quran. Mereka membaca Al-Quran dan menegakkan huruf-hurufnya. Salah seorang dari kamu memandang remeh solatnya dibandingkan dengan solat mereka, puasanya dengan puasa mereka. Mereka lepas daripada agama ini sebagaimana lepasnya anak panah menembusi binatang buruannya.

Dahulu mereka berkata kepada Ali t: “Di antara kami dengan kamu adalah Al-Kitab”, dalam keadaan mereka melemparkan Al-Kitab tersebut. Sehinggakan Syabib, ada seorang yang dipanggil Syabib, memerangi kaum muslimin dan merupakan seorang pemberani. Dia berkata: “Aku adalah Syabib Abu Al-Mudlah, tidak ada hukum melainkan milik Allah”. Dia memerangi kaum muslimin sambil meyakini kafirnya kaum muslimin tersebut.

Seperti itu juga puak Rafidhah yang memerangi kaum muslimin sambil melaungkan: “Kematian ke atas Amerika!” tetapi menghentam kaum muslimin. Mereka datang ke “Dammaj” sambil melaungkan: “Amerika!”. Mereka datang ke “’Amran” sambil melaungkan: “Amerika!”. Orang-orang Islam menurut mereka adalah Amerika. Padahal merekalah golongan yang paling menyokong Amerika.

Yang diinginkan di sini: janganlah sekali-kali kamu terpedaya dengan usaha gerakan mereka di negeri-negeri.

Maksudnya: (Kesenangan yang sedikit lalu tempat kembali mereka adalah ke dalam neraka Jahannam dan ia adalah seburuk-buruk tempat pembaringan.) [Ali Imran: 197].

Kita memohon kepada Allah agar menjauhkan diri kita daripada fitnah-fitnah yang nampak mahupun yang tidak nampak. Tidak selayaknya bagi seorang muslim yang menginginkan keselamatan buat dirinya untuk mengelak daripada Al-Kitab dan Al-Sunnah.

Maksudnya: (Jika mereka tidak menyahut panggilanmu, maka ketahuilah bahawasanya mereka hanyalah menuruti hawa nafsu.) [Al-Qasas: 50].

Hawa nafsu akan menjalari orang yang mengikutinya, bermula dengan yang kecil dan kembali menjadi besar.

Telah sabit di dalam “Al-Sunnah” karangan Ibnu Abi ‘Asim, daripada Mu’awiyyah Ibnu Abi Sufyan k, beliau berkata bahawa Rasulullah g bersabda:

Maksudnya:«Akan ada kaum-kaum yang dijalari oleh hawa nafsu sebagaimana penyakit anjing gila (Rabies) menjalari korbannya. Tidak ada satu sendipun melainkan pasti ia akan memasukinya.».

Penyakit anjing gila bermula secara perlahan, penyakit yang ringan kemudian menjadi suatu penyakit yang memakan manusia.

Begitu juga telah sabit daripada Ibnu Mas’ud t di dalam mukadimah “Sunan Al-Darimi”:

Maksudnya: «Daripada ‘Amru Ibnu Yahya, beliau berkata: “Saya mendengar ayah saya menceritakan daripada ayahnya, beliau berkata:

“Dahulunya kami selalu duduk di hadapan pintu rumah Abdullah Ibnu Mas’ud sebelum solat subuh, apabila beliau keluar, kami akan berjalan bersama beliau menuju ke masjid. Lalu datang Abu Musa Al-Asy’ari kepada kami seraya bertanya:

“Adakah Abu Abdil Rahman sudah keluar bertemu dengan kamu?”

Kami mengatakan: “Belum lagi”.

Beliau pun duduk bersama kami sehinggalah Ibnu Mas’ud keluar. Setelah beliau keluar, kami semua bangkit kepada beliau. Lalu Abu Musa berkata:

“Wahai Abu Abdil Rahman, sesungguhnya saya ada melihat sebentar tadi suatu perkara di masjid yang saya ingkari sementara saya tidak melihat –segala puji bagi Allah– melainkan perkara yang baik.”

Beliau berkata: “Apakah itu?”

Abu Musa berkata: “Sekiranya umur anda panjang, nescaya anda akan melihatnya. Saya melihat di dalam masjid tersebut sekelompok orang yang duduk secara berhalakah sambil menunggu solat. Pada setiap halakah ada seorang yang memimpin dan di tangan mereka ada batu-batu kerikil. Dia berkata: “Bertakbirlah seratus kali!”, lalu mereka semua pun bertakbir seratus kali.” Dia berkata: “Bertahlillah seratus kali!”, lalu mereka pun bertahlil seratus kali. Dia berkata: “Bertasbihlah seratus kali!”, lalu mereka pun bertasbih seratus kali.”

Ibnu Mas’ud mengatakan: “Lalu apakah yang kamu katakan kepada mereka?”

Abu Musa menjawab: “Saya tidak mengatakan apa-apa kepada mereka kerana menunggu pandangan anda atau menunggu arahan anda.”

Ibnu Mas’ud berkata: “Kenapa kamu tidak memerintahkan mereka untuk menghitung sahaja keburukan-keburukan mereka sendiri dan kamu memberikan kepada mereka jaminan bahawa tidak ada kebaikan mereka yang akan disia-siakan?”

Kemudian beliau berlalu pergi dan kami pergi bersama beliau sehinggalah beliau mendatangi salah satu daripada halakah tersebut lalu berdiri di hadapan mereka seraya berkata:

“Perkara apakah ini yang aku lihat kamu semua melakukannya?”

Mereka menjawab: “Wahai Abu Abdil Rahman, ini hanyalah batu-batu kerikil yang kami gunakan untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih.”

Beliau berkata: “Hitunglah keburukan-keburukan kamu sendiri dan aku memberi jaminan bahawa tidak ada sedikitpun amalan kebaikan kamu yang akan disia-siakan. Alangkah kasihannya kamu ini wahai umat Muhammad, betapa cepatnya kebinasaan kamu. Mereka para sahabat Nabi kamu g masih ramai, pakaian-pakaian baginda belum lagi usang dan perkakas baginda belum lagi pecah. Demi Dzat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, sama ada kamu semua ini benar-benar sedang berada di atas suatu agama yang lebih mendapatkan bimbingan berbanding agama Muhammad, ataupun kamu semua adalah kaum yang membuka pintu kesesatan.

Mereka mengatakan: “Demi Allah wahai Abu Abdil Rahman, tidaklah yang kami inginkan kecuali kebaikan.”

Beliau berkata: “Dan berapa ramai orang yang inginkan kebaikan tetapi tidak mendapatkannya. Sesungguhnya Rasulullah g telah menceritakan kepada kami bahawa akan ada suatu kaum yang membaca Al-Quran tetapi tidak melampaui kerongkongnya. Demi Allah, aku tidak tahu barangkali kebanyakannya adalah dari kamu semua.

Kemudian beliau pun berlalu pergi meninggalkan mereka. ‘Amru Ibnu Salamah berkata: “Kami melihat hampir seluruh mereka yang berada di halakah-halakah tersebut ikut serta dengan Khawarij menyerang kami pada hari Nahrawan.”

[HR. Al-Darimi di dalam “Al-Sunan” (1/234/ disahihkan oleh Al-Imam Al-Albani r di dalam “Al-Sahihah” (2005)].

Tasbih ini siapa yang mengingkarinya? Ia adalah ibadah, akan tetapi dilakukan bukan di atas jalan Rasulullah g dan para sahabat baginda. Oleh itu beliau –iaitu Abu Musa– mengingkarinya dari satu sudut meskipun dengan cara yang lembut.

Di dalam riwayat yang lain -iaitu di dalam “Al-Mu’jam Al-Kabir” karangan Al-Thabrani (8629)- Ibnu Mas’ud berkata kepada mereka:

Maksudnya: «Barangsiapa yang mengenaliku, maka dia telah mengenaliku, dan barangsiapa yang tidak mengenaliku, maka aku adalah Abdullah Ibnu Mas’ud.»

Beliau menyatakan nama beliau agar mereka tahu bahawa beliau adalah di antara pembesar para sahabat, pembesar para ulama.

Dan ucapan beliau: «pakaian-pakaian baginda belum lagi usang dan perkakas beliau belum lagi pecah», maksudnya: Baginda g belum terlalu lama wafat.

Perkataan perawi: “Kami melihat hampir seluruh mereka yang berada di halakah-halakah tersebut ikut serta dengan Khawarij menyerang kami pada hari Nahrawan”, daripada tasbih dan tahmid sehinggalah menjadi para pelaku bid’ah yang besar, Khawarij. Perkara bid’ah ini bermula daripada sesuatu yang kecil kemudian menjadi besar dan meluas. Oleh itu, kunci keselamatan yang hakiki adalah mengikuti jalan Rasulullah g.

Daripada Al-‘Irbadh Ibnu Sariyah t, beliau berkata:

Maksudnya: «Rasulullah g pernah solat mengimamkan kami pada suatu hari, kemudian baginda menghadap kepada kami lalu menyampaikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang sangat mendalam sehingga menyebabkan air mata mengalir dan menjadikan hati merasa takut. Maka berkatalah seseorang:

“Wahai Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat orang yang hendak berpisah, apakah perjanjian teguh yang anda ambil daripada kami?”

Baginda bersabda: “Aku mewasiatkan kamu semua untuk bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat kepada pemerintah meskipun dia adalah seorang hamba abdi dari Habasyah kerana sesungguhnya barangsiapa di antara kamu yang hidup sepeninggalku, maka dia pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib ke atas kamu semua untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Al-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham kamu serta hindarilah seluruh perkara yang muhdath (baharu di dalam agama), kerana setiap perkara muhdath adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.»

[HR. Abu Daud (4607)/Dar Al-Salam) dan dihasankan oleh Al-Imam Al-Wadi’i r di dalam “Al-Sahih Al-Musnad” (921/Dar Al-Athar)].

Sabda baginda g: «maka dia pasti akan melihat perselisihan yang banyak» baik, lalu apakah jalan keluarnya? «Maka wajib ke atas kamu semua untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Al-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham kamu serta hindarilah seluruh perkara yang muhdath (baharu di dalam agama)»

Kita memohon kepada Allah c agar Dia memperbaiki umat Islam dan menolak daripada kita segala fitnah yang nampak mahupun yang tidak nampak.

Inilah apa yang saya dengar tentang mereka dan apa yang sampai kepada kami tentang perbuatan mereka, bahawa mereka adalah Al-Qa’idah. Bahkan terkadang mereka mengkritik Al-Qa’idah dengan mendakwa bahawa ia adalah jamaah yang lembik. Mereka adalah Al-Qa’idah bahkan lebih ganas.

Kita memohon kepada Allah keselamatan daripada fitnah yang nampak mahupun yang tidak nampak.”

(selesai petikan daripada rakaman suara).

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist