FATWA SYEIKH TARIQ AL-BA’DANI, SYEIKH ‘ADIL ALI SYAIKH, SYEIKH ABU ‘AMRU AL-‘UMARI DAN SYEIKH ‘ABD AL-HAMID AL-ZU’KURI TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 7: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdillah Thariq Ibnu Muhammad Al-Khayyath Al-Ba’dani –hafizahullah

Saya bertanya kepada Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdillah Thariq Ibnu Muhammad Al-Ba’dani Al-Khayyath –hafizahullah-: Adakah ISIS Khawarij? Maka beliau menjawab:

”Ya. ISIS adalah Khawarij. Mereka berpandangan akan kafirnya umat Islam dan para pemerintah muslimin. Mereka juga berpandangan bahawa para pemerintah muslimin adalah orang-orang kafir yang halal darah, harta dan kehormatan mereka. Bahkan barangkali sebahagian mereka turut mengkafirkan sebahagian yang lain. Kita memohon kepada Allah keselamatan.

(selesai nukilan).

Fasal 8: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdil Rahman Adil Ibnu Ahmad Ali Syaikh –hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdil Rahman Adil Ibnu Ahmad Ali Syaikh –yang menetap di Jazan– –hafizahullah– berkata:

“Adapun perkataan saya tentang ISIS, maka ia sama dengan perkataan para ulama besar di negara kami seperti Al-‘Allamah Soleh Al-Fauzan, Abdul Aziz Aalu Al-Syaikh, Soleh Al-Luhaidan dan selain mereka dari kalangan ulama Tauhid dan Sunnah. Allah menjadi saksi terhadap diri saya bahawa tidak pernah sekali pun saya masuk pada waktu pagi ataupun petang dalam keadaan ragu-ragu bahawa ISIS sememangnya dari kalangan Khawarij, bahkan mereka adalah Khawarij yang paling buruk. Apa yang mereka lakukan; saya tidak pernah tahu ada sesiapa yang berbuat seperti perbuatan mereka yang membunuh orang-orang yang sedang solat di masjid melainkan kelompok Qaramithah yang melakukan pembunuhan ke atas orang-orang yang solat di Tanah Suci.

Adapun mereka yang mengatakan bahawa ISIS adalah (pemikiran) yang tumbuh daripada Salafiyyah, maka semoga Allah memburukkan orang yang berkata demikian dan memburukkan ucapannya tersebut. Dia ingin membela manhajnya yang busuk, manhaj Ikhwan Al-Muslimin, Sayyid Qutb dan Hasan Al-Banna –semoga Allah c tidak merahmati mereka berdua-. Dia ingin membuat lari orang ramai daripada manhaj Salaf. Semoga kecelakaan yang berulang-ulang menimpa dirinya. Perbuatannya ini adalah kebencian yang mendalam terhadap para Salafiyyun.

Maksudnya: (Persaksian mereka akan dicatat dan mereka akan ditanya.) [Al-Zukhruf: 19].

Saya katakan juga bahawa saudara yang mulia Al-Bahith Al-Syaikh Abdul Rahman Al-Indunisi telah menulis sebuah pembahasan yang bagus tentang:

Dakwah Salafiyyah Berlepas Diri Daripada Kesesatan ISIS Khawarij

Silakan rujuk kepada risalah tersebut kerana ia adalah suatu pembahasan yang sangat bagus lagi bermanfaat di bidangnya. Di dalamnya disebutkan dalil-dalil yang jelas dan keterangan-keterangan yang membongkar perbuatan mereka ini.

Fasal 9: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu ‘Amru Abdul Karim Ibnu Ahmad Al-Hajuri Al-‘Umari hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abu ‘Amru Abdul Karim Ibnu Ahmad Al-Hajuri Al-‘Umari –hafizahullah– berkata:

“ISIS ini adalah salah satu kelompok sesat. Mereka memiliki banyak kejahatan dan mereka adalah dari kalangan Khawarij. Nabi g telah bersabda:

Maksudnya: «Akan keluar daripada keturunan orang ini puak-puak yang mana kamu semua meremehkan solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka terlepas daripada agama ini sebagaimana lepasnya anak panah menembusi binatang buruannya. Sekiranya aku dapat bertemu dengan mereka, nescaya aku bunuh mereka seperti pembunuhan ke atas kaum ‘Aad dan Thamud.»

Hadith ini ada di dalam “Al-Sahihain” daripada hadith Jabir.”

Al-Syaikh Abu ‘Amru –hafizahullah– juga berkata:

“ISIS adalah Khawarij, sesat, dan ahli bid’ah. Tidak boleh bagi seorang muslim untuk berpaling kepada mereka.”

Al-Syaikh Abu ‘Amru –hafizahullah– juga berkata:

“Bahkan wajib ke atas seorang muslim untuk memiliki di dalam hatinya rasa marah dan benci kepada mereka (ISIS) kerana mereka adalah para pemberontak dan merupakan pembantu bagi musuh-musuh Islam. Barangkali ada sebahagian orang yang merasa hairan dengan kenyataan ini akan tetapi barangsiapa yang diberikan taufik oleh Allah, nescaya dia akan mengetahui bahawa mereka ini (ISIS) adalah para pembantu bagi Amerika dan Yahudi. Benar, baik kamu mengetahuinya ataukah tidak. Tidak dikenali seorang pun ulama dari kalangan mereka ini. Ibnu Abbas k berkata kepada puak Khawarij yang terdahulu:

Maksudnya: «Aku datang kepada kamu semua dari sisi para sahabat Rasulullah g dan tidak ada di antara kamu semua ini seorang pun dari kalangan mereka.»

Tidak ada di antara kamu seorang ulama pun. Tidak ada di kalangan puak Khawarij ini seorang ulama pun sepanjang zaman. Mereka adalah orang-orang yang sesat dan seburuk-buruk orang yang dibunuh di bawah kolong langit.”

(selesai nukilan).

Fasal 10: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Muhammad Abdul Hamid Ibnu Yahya Al-Hajuri Al-Zu’kuri hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abu Muhammad Abdul Hamid Ibnu Yahya Al-Hajuri Al-Zu’kuri –hafizahullah– berkata di dalam risalah beliau bertarikh 4 Safar 1437 H:

“Kelompok ISIS ini pada pandangan para pendakwah kepada tauhid yang murni dan sunnah yang suci adalah Khawarij, anjing-anjing neraka. Bantahan Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah ke atas mereka sangat banyak sekali, baik dalam bentuk fatwa atau selain itu.”

(selesai nukilan).

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist