FATWA SYEIKH MUHAMMAD AL-MISRI, SYEIKH SA’AD KHATHLAN DAN SYEIKH ‘ABD ALLAH AL-GHUNAIMAN TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 11: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Muhammad Ibnu Ibrahim Al-Misri-hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Muhammad Ibnu Ibrahim Al-Misri –hafizahullah– berkata:

Allah c berfirman:

Maksudnya: (Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menuruti hawa nafsunya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.) [Al-Qasas: 50].

Sungguh telah disebutkan kepada saya ucapan beberapa orang jahil dan sesat tentang gerakan ISIS bahawa “Saya tidak tahu mereka ada melakukan bid’ah” dan ucapan selain mereka yang juga dari kalangan orang-orang jahil dan sesat bahawa dia masih ragu-ragu tentang keadaan mereka ini.

Oleh itu, suka untuk saya sebutkan secara ringkas sebahagian kesesatan, penyimpangan dan kejahilan mereka(1):

  1. Keluar daripada jamaah kaum muslimin dan meninggalkan ketaatan kepada pemerintah.
  • Hizbiyyah (kepartian) yang menjijikkan –yang setelah itu mereka ubah kepada pembentukan negara yang mewajibkan ke atas setiap muslimin di dunia ini untuk berhijrah kepadanya menurut sangkaan mereka– dengan menisbahkan diri mereka kepada gerakan khas yang terbatas hanya kepada beberapa muslimin dan itu adalah gerakan Al-Qa’idah, kemudian gerakan pemerintahan(2)!!
  • Menghukum kafir seluruh pemerintah muslimin, seluruh tentera muslimin dan seluruh pegawai polis di negara-negara Islam.(3)
  • Mengkafirkan segenap muslimin disebabkan perkara yang tidak menjadikan seseorang itu kafir. Contohnya bermacam-macam di sisi mereka.
  • Mengkafirkan sesiapa sahaja yang terjatuh ke dalam suatu kekufuran tanpa melihat kepada kecukupan syarat dan ketiadaan penghalang. Lalu mereka membina di atas asas ini:
  • Pengkafiran terhadap seluruh yang masuk ke dalam parlimen, pemimpin seluruh parti politik hatta parti politik yang menisbahkan diri mereka kepada Islam.(4)
  • Memaksa orang ramai untuk masuk ke dalam gerakan mereka terlebih lagi setelah mereka berjaya menguasai wilayah-wilayah yang luas. Kemudian mendakwa bahawa gerakan mereka ini adalah sebuah negara. Kemudian mendakwa bahawa negara mereka ini telah berubah menjadi khilafah yang mana wajib ke atas seluruh muslimin untuk berhijrah kepadanya. Terlebih lagi disertai dengan:
  • Dakwaan mereka bahawa seluruh negara umat Islam selain mereka adalah negara kafir dan murtad.
  • Tidak memahami dan tidak memberikan perhatian kepada kaedah-kaedah yang banyak dan hukum-hakam syariat tentang jihad, sejak mula dan berterusan (keadaan tersebut hingga sekarang).
  1. Membolehkan tindakan membunuh diri, sentiasa bertopang dan fokus kepada hal itu di dalam gerak kerja mereka dan melampaui batas di dalamnya serta menamakannya –secara dusta– dengan istilah: “Pembenaman diri di tengah-tengah musuh”.
  1. Buruknya kelakuan mereka di dalam banyak perkara apabila berinteraksi dengan ramai manusia yang keadaannya berbeza-beza dengan cara yang menyelisihi syarak.
  1. Tidak memberikan perhatian kepada soal maslahah dan mafsadah serta hal-hal yang seharusnya diberikan perhatian di dalam syariat dalam banyak perkara.
  1. Mengambil syiar-syiar zaman ini dalam berpakaian dan gaya yang sama ada tidak ada padanya dalil. Atau barangkali ada dalil namun mereka berlebih-lebihan dalam mengambilnya sehingga melampaui batasan yang diredai syariat.
  1. Sebahagian mereka mengikut membuta tuli kepada sebahagian yang lain dalam perihal gerakan dan urusan-urusan yang lain tanpa dalil.
  1. Sikap “Takalluf” (memberat-beratkan diri) –bahkan riya’ berdasarkan karenah yang nyata– pada sebilangan tokoh mereka di pelbagai keadaan (sehinggakan pada ucapan sebahagian mereka: “Takbir”).
  1. Membolehkan “Taswir” (mengambil gambar makhluk bernyawa) dengan cara fotografi dan televisyen. Mereka menggunakannya dalam banyak perkara bertujuan untuk mempopularkan diri mereka dengan alat-alat tersebut dan juga bertujuan untuk memaparkan aktiviti penyembelihan yang mereka lakukan kepada orang ramai(5) dalam bentuk yang telah dipastikan keharamannya di dalam syariat, mengakibatkan malapetaka yang banyak dan memburukkan gambaran Islam dan kaum muslimin.

Mereka memiliki banyak lagi malapetaka dan kejahatan selain apa yang telah disebutkan ini. Hanya Allah sahaja tempat kita memohon pertolongan.

Saya memohon kepada Allah agar menolong Islam dan kaum muslimin, menghinakan kekufuran dan orang-orang kafir dan memberikan balasan ke atas musuh bagi agama ini.

Ya Allah, tolonglah Islam dan sunnah serta para pemeluknya dan jadikanlah kami sebahagian daripada para pemeluknya. Hinakanlah kesyirikan, bid’ah dan para pemeluknya dan janganlah Engkau jadikan kami termasuk dari kalangan para pemeluknya.

(selesai).

____________________________________________

(1) Dan saya telah menyebutkan perincian yang lebih banyak lagi pada sejumlah pelajaran dan khutbah.

(2) Seluruh gerakan, kelompok dan jamaah ini tidak ada dalilnya daripada wahyu Allah. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agama mereka dan mereka berkelompok-kelompok, tidak ada sedikitpun tanggungjawab kamu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah dikembalikan kepada Allah kemudian Dia akan mengkhabarkan kepada mereka tentang apa yang telah mereka perbuat.)

(3) Perkara yang saya sebutkan ini dan selainnya, telah disebutkan secara terang-terangan di dalam penjelasan mereka sendiri tentang akidah mereka.

(4) Dengan peringatan bahawa kami berlepas diri daripada demokrasi dan istilah-istilahnya yang bersifat “taghutiyyah” (taghut).

(5) Bahkan mereka turut mengambil gambar kepala –dengan tujuan bermain-main dengannya– setelah ianya dipenggal dari jasad pemiliknya.

(selesai nukilan daripada Al-Syaikh Muhammad Ibnu Ibrahim Al-Misri –hafizahullah-).

Fasal 12: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Sa’d Khathlan hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Dr. Sa’d Khathlan -salah seorang anggota Haiah Kibar Al-Ulama’– berkata:

“ISIS adalah Khawarij zaman ini. Apa yang mereka lakukan berupa penyembelihan ke atas kaum muslimin yang mengucapkan dua kalimah syahadah adalah suatu perbuatan yang mungkar yang tidak diakui oleh syarak. ISIS adalah dari kalangan Khawarij. Barangsiapa yang saling memberikan bantuan kepada mereka walaupun dengan satu perkataan, maka dia telah bersekutu dengan mereka di dalam dosa.”

(selesai nukilan).

Fasal 13: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abdullah Ibnu Muhammad Al-Ghunaiman-hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abdullah Ibnu Muhammad Al-Ghunaiman –hafizahullah– berkata:

“Nasihat saya: Hendaklah mereka mengikat diri mereka dengan ulama([1]) dan para pemerintah kita di negara ini. Dan hendaklah mereka berwaspada daripada sebahagian gerakan seperti ISIS dan Al-Qa’idah, kerana gerakan-gerakan ini sedang berusaha untuk memperdaya para pemuda Arab Saudi untuk ikut serta dengan mereka dan mencabut baiat daripada Raja Salman –hafizahullah-.”

Al-Syaikh Abdullah Ibnu Muhammad Al-Ghunaiman –hafizahullah– juga berkata:

“Nasihat saya: Hendaklah seorang insan itu mengikat dirinya dengan ulama dan jangan tertipu dengan mereka yang keluar dan mendakwa bahawa dirinya mendatangkan sesuatu yang baharu.”

Beliau –hafizahullah– juga berkata:

“ISIS adalah Khawarij. Mereka membunuh orang-orang Islam. Tidak boleh untuk seseorang itu tinggal bersama mereka. Barangsiapa yang tinggal bersama mereka, maka dia termasuk dari kalangan mereka.” (selesai nukilan daripada “Sautiyyah Fadhilatu Al-Syaikh Abdullah Ibnu Muhammad Al-Ghunaiman”).


([1]) Sememangnya wajib ke atas umat ini untuk mengikat diri mereka dengan ulama. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan para pemegang urusan di antara kamu. Sekiranya kamu berselisih pendapat tentang suatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.) [Al-Nisa’: 59].

Al-Imam Ibnu Kathir r berkata: “Yang zahir -wallahu a’lam- bahawasanya ayat ini membicarakan tentang seluruh pemegang urusan dari kalangan pemerintah dan ulama, sebagaimana yang telah lalu pembahasannya. Firman Allah c:

Maksudnya: (Kenapakah para Rabbaniyyun (ulama pendidik) dan para ulama itu tidak melarang mereka daripada mengucapkan perkaraan dosa dan memakan makanan yang haram.) [Al-Ma’idah: 63].

Firman Allah c:

Maksudnya: (Maka bertanyalah kepada ahli Al-Quran sekiranya kamu tidak mengetahui.) [Al-Nahl: 43].

Di dalam hadith sahih yang disepakati oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah t, daripada Rasulullah g bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang taat kepadaku, maka dia telah taat kepada Allah. Barangsiapa yang durhaka kepadaku, maka dia telah durhaka kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada pemimpinku, maka dia telah taat kepadaku. Barangsiapa yang durhaka kepada pemimpinku, maka dia telah durhaka kepadaku» [HR. Al-Bukhari (2957) dan Muslim (1835)].

Maka ini semua adalah perintah untuk taat kepada para ulama dan para pemimpin (umara’). Oleh itu Allah c berfirman: (Taatilah Allah) iaitu: Ikutilah Kitab-Nya. (Dan taatilah Rasul) iaitu: Ambillah sunnah baginda. (Dan para pemegang urusan di antara kamu) iaitu: Dalam perkara yang mereka perintahkan kepada kamu berupa ketaatan kepada Allah, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah kerana sesungguhnya tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah sebagaimana yang telah lalu di dalam hadith yang sahih:

Maksudnya: «Hanyalah ketaatan itu dalam perkara yang baik (ma’ruf)»”

(“Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim”/2/384/Dar Al-Hadith)

Dan firman Allah c:

Maksudnya: (Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasul dan kepada – “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah orang-orang yang layak mengambil pelajaran dapat mengetahuinya daripada mereka.) [Al-Nisa’: 83].

Al-Imam Ibnu Daqiq Al-‘Id r berkata di dalam “Syarhu Khutbati Al-Ilmam”: “Muka bumi ini tidak akan pernah kosong daripada orang yang menegakkan hujah untuk membela agama Allah. Umat yang mulia ini pasti memiliki orang-orang yang menempuh laluan menuju ke syurga di atas jalan yang jelas sehingga datang urusan Allah di dalam tanda-tanda kiamat yang besar.” (Sebagaimana di dalam “Al-Ghaith Al-Hami”/Abu Zur’ah Al-‘Iraqi/3/902/Al-Faruq).

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “Kerana sesungguhnya umat ini adalah umat yang paling sempurna dan umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Nabi mereka pula adalah penutup para nabi yang mana tidak ada lagi nabi yang lain setelah baginda. Oleh itu, Allah menjadikan para ulama di kalangan umat ini yang mana setiap kali seorang alim meninggal dunia, dia akan diganti dengan alim yang lain agar tidak pupus alamat-alamat bagi agama ini dan tidak tersembunyi tanda-tandanya.” (“Miftah Dar Al-Sa’adah”/1/143).

Beliau r juga berkata: “…Yang demikian itu adalah kerana Allah c telah menjamin penjagaan hujah-hujah dan keterangan-keterangan-Nya dan Rasulullah g telah mengkhabarkan bahawa akan terus ada sekelompok umat baginda yang teguh di atas kebenaran, tidak membahayakan mereka orang-orang yang menelantarkan dan menyelisihi mereka sampai hari kiamat. Oleh itu, Allah senantiasa menanamkan orang-orang yang kukuh di atas agama-Nya yang mana mereka akan menanamkan ilmu di dalam hati orang-orang yang telah diberikan kemampuan oleh Allah untuk itu dan Dia meredai mereka. Maka jadilah mereka para pewaris ulama yang sebelum mereka sebagaimana para ulama yang sebelum mereka itu menjadi pewaris bagi para ulama yang sebelum itu lagi sehingga tidak terputus hujah-hujah Allah dan orang-orang yang menegakkannya di atas muka bumi ini. Disebutkan di dalam sebuah athar yang terkenal:

Maksudnya: «Allah akan senantiasa menanam di dalam agama ini tanaman yang Dia pergunakan mereka untuk taat kepada-Nya.»

Dan termasuk di antara doa orang-orang yang terdahulu ialah:

Maksudnya: «Ya Allah, jadikanlah diriku di antara tanaman yang Engkau pergunakannya untuk taat kepada-Mu.»

Oleh sebab itu, tidaklah Allah membangkitkan untuk agama ini orang-orang yang menjaganya kemudian Allah mencabut nyawanya kembali kepada-Nya, melainkan pasti Dia telah menanamkan apa yang orang tersebut ketahui berupa ilmu dan hikmah sama ada di dalam hati orang-orang yang semisal dengannya ataupun di dalam kitab-kitab yang dimanfaatkan oleh manusia sepeninggalnya.” (“Miftah Dar Al-Sa’adah”/1/147-148).

Kita tidaklah mengajak manusia untuk mengikut membuta tuli kepada para ulama. Akan tetapi, barangsiapa yang mengucapkan suatu perkataan yang tidak penah diucapkan oleh sesiapapun dari kalangan ulama sunnah, maka dia berada di atas bahaya yang sangat besar. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.) [Al-‘Ankabut: 43].

Para ulama memiliki kemampuan untuk meneliti dan menelusuri dalil-dalil dan nas-nas serta memiliki kemampuan untuk mengambil pelajaran sebagaimana mestinya, yang mana kemampuan tersebut lebih kuat pada diri mereka (para ulama) melebihi selain mereka (yang bukan ulama).

Dan tidak diragukan bahawa penelitian dan pengeluaran hukum memerlukan kepada kedalaman ilmu yang ditegakkan oleh para ulama, bukan mereka yang kurang ilmu.

Al-Maimuni r berkata: “Ahmad Ibnu Hanbal r telah berkata kepada saya: “Wahai Abu Al-Hasan, janganlah kamu berbicara tentang suatu permasalahan yang kamu tidak memiliki imam padanya.” (“Siyar A’lam Al-Nubala’”/Al-Zahabi/11/296).

Al-Imam Uthman Ibnu Sa’id Al-Darimi r berkata: “Sesungguhnya orang yang ingin menyendiri (syaz) daripada kebenaran, akan mengikuti perkataan para ulama yang juga menyendiri (syaz). Dia akan bergantung dengan kekeliruan mereka. Sementara orang yang mencari kebenaran untuk jiwanya, dia akan mengikuti yang masyhur di antara pendapat-pendapat para ulama tersebut dan kembali bersama majoriti mereka. Dua perkara ini adalah tanda yang jelas yang menjadi dalil akan keadaan seseorang adakah dia mengikuti Nabi ataukah membuat perkara bid’ah.” (“Al-Raddu ‘Ala Al-Jahmiyyah”/Al-Darimi/122).

Bukanlah makna ucapan ini bahawa kebenaran itu dinilai berdasarkan jumlah para ulama (yang berpegang dengannya), ramai atau sedikit. Akan tetapi, (maksudnya) tidak ada suatu kebenaran pun pada suatu zaman, melainkan pasti ianya telah diucapkan oleh salah seorang ulama baik di zaman itu atau di zaman yang sebelumnya. Maka barangsiapa yang mengucapkan sesuatu daripada urusan agama ini yang tidak pernah diucapkan oleh seorang ulama sama sekali, maka orang tersebut berada di atas kekeliruan dan kesesatan.

Al-Imam Al-Barbahari r berkata: “Perhatikanlah -semoga Allah merahmatimu-, janganlah kamu tergesa-gesa menerima dan mengambil pandangan setiap orang yang kamu dengar -khususnya- mereka yang ada di zaman kamu sehinggalah kamu tanya dan teliti: Adakah terdapat di antara para sahabat Nabi g yang berpandangan sedemikian? Atau para ulama? Sekiranya kamu ada mendapatkan athar tentang itu daripada mereka, maka peganglah ia dengan erat, janganlah kamu melampauinya kerana suatu perkara dan janganlah kamu memilih yang lain lalu kamu terjatuh ke dalam neraka.” (“Syarhu Al-Sunnah”/Al-Barbahari/18/Dar Al-Athar).

Al-Imam Muhammad Ibnu Al-Husain Al-Ajurri r berkata: “Barangsiapa yang memiliki ilmu dan akal lalu dia dapat membezakan seluruh perkara yang telah saya sebutkan daripada awal kitab sehingga ke pembahasan ini, nescaya dia akan mengetahui bahawa dia sangat perlu untuk beramal dengannya. Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk dirinya, nescaya dia akan melazimi sunnah-sunnah Rasulullah g dan apa yang dipegang oleh para sahabat j dan yang mengikuti mereka dengan baik dari kalangan para Imam Muslimin sepanjang zaman, dia akan mempelajari ilmu untuk dirinya agar terangkat kejahilan daripada dirinya sendiri dengan menjadikan tujuan dia mempelajari ilmu tersebut adalah kerana Allah c, bukan untuk berdebat, bertengkar, berbantah dan bukan pula untuk mendapatkan dunia. Barangsiapa yang demikian keinginannya (iaitu: kerana Allah), nescaya dia akan selamat -dengan kehendak Allah- daripada hawa nafsu, bid’ah dan kesesatan serta dia telah mengikuti manhaj mereka yang telah mendahului dari kalangan para pemimpin muslimin yang nama-nama mereka sudah tidak asing lagi.” (“Al-Syari’ah”/Al-Ajurri/51/Dar Al-Hadith).

Syaikh Al-Islam r berkata: “Syaikh adalah seorang yang mendalam ilmunya dan mengetahui akibat daripada sesuatu perkara.” (“Majmu’ Al-Fatawa”/3/270).

Al-Imam Ibnu Rajab r berkata: “Janganlah kamu berbicara tentang Kitab Allah atau hadith Rasulullah dengan sesuatu yang tidak penah diucapkan oleh Salaf.” (“Majmu’ Rasail Ibni Rajab”/dengan pemilihan Abu Abdillah Al-Athyubi).

Al-Imam Muqbil Al-Wadi’i r berkata: “Rabb Yang Memiliki Keperkasaan telah berfirman di dalam Kitab-Nya yang mulia:

Maksudnya: (Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.) [Al-‘Ankabut: 43].

Allah c berfirman:

Maksudnya: (Sesungguhnya di dalam hal tersebut benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang mengetahui.) [Al-Rum: 22].

Allah c berfirman menjelaskan tentang martabat para ulama dan bahawasanya merekalah golongan yang meletakkan segala sesuatu tepat pada tempatnya. Tatkala Qarun keluar dengan perhiasannya, para pemuja dunia mengatakan:

Maksudnya: (Aduhai, andaikata kami memiliki seperti apa yang diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar memiliki bahagian harta yang banyak.) [Al-Qasas: 79].

Maksudnya: (Dan orang-orang yang diberikan ilmu berkata: “Celakalah kamu, pahala Allah itu lebih baik bagi orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Tidak ada yang mendapatkannya kecuali orang-orang yang sabar.) [Al-Qasas: 80].

Para ulama, merekalah yang mengajak manusia di atas ilmu yang mendalam (basirah). Allah berfirman:

Maksudnya: (Katakanlah: “Inilah jalanku. Aku menyeru kepada Allah di atas basirah (ilmu dan keyakinan), aku dan orang yang mengikutiku.) [Yusuf: 108].

Para ulama, merekalah yang mengajak kepada kebaikan. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Dan hendaklah ada sekelompok dari kamu yang menyeru kepada kebaikan, memerintahkan kepada yang ma’ruf dan melarang daripada yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.) [Ali Imran: 104].

Merekalah yang telah diangkat nilai dan ditinggikan kadarnya oleh Allah. Firman Allah c:

Maksudnya: (Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu beberapa darjat.) [Al-Mujadilah: 11].

Merekalah yang telah digandingkan oleh Allah dengan diri-Nya dan para malaikat-Nya. Allah berfirman:

Maksudnya: (Allah bersaksi bahawasanya tidak ada yang berhak disembah melainkan-Nya, begitu juga para malaikat dan para ulama turut bersaksi, dalam keadaan Allah menegakkan keadilan.) [Ali Imran: 18].

Merekalah yang memerangi berbagai macam fitnah, berdiri di hadapan orang-orang zalim, bersabar di atas kesukaran hidup, duduk bersama umat dan memberikan faedah kepada mereka, sementara kamu -wahai orang yang jahil lagi hina- memandang rendah kepada majlis para ulama dan merasa tidak perlu untuk mengikuti ahli ilmu. Rabb Yang Memiliki Keperkasaan telah berfirman:

Maksudnya: (Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.) [Luqman: 15]

Orang yang disebutkan di dalam surah Yasin berkata:

Maksudnya: (Ikutilah orang yang tidak meminta daripada kamu sebarang upah dalam keadaan mereka mengikuti petunjuk.) [Yasin: 21].

Maka, kedudukan para ulama adalah kedudukan yang tinggi baik kamu suka atau tidak suka.

(selesai daripada “Tuhfah Al-Mujib”/197-198/Dar Al-Athar).

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist