FATWA SYEIKH HASAN BA SYU’AIB, SYEIKH IBRAHIM ZHAFRANI, SYEIKH MAJID AL-MUDARRIS, SYEIKH WALID AL-SUDANI DAN SYEIKH JAMIL AL-SILWI TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 28: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Hamzah Hasan Ba Syu’aib Al-Hadhrami hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abu Hamzah Hasan Ba Syu’aib Al-Hadhrami –hafizahullah– berkata tentang ISIS:

“…Bahkan mereka lebih keras daripada Khawarij. Mereka tidak berada di atas akidah yang benar. Oleh sebab itu mereka bertindak dengan kekerasan ke atas setiap orang yang menyelisihi mereka. Di Iraq, mereka bertindak dengan kekerasan ke atas setiap orang yang menyelisihi mereka.

 Bahkan sebahagian daripada Ahli Sunnah di Syria mengeluhkan tentang ISIS lebih banyak berbanding apa yang mereka alami daripada pemerintah Syria. Mereka lebih banyak menderita sakit daripada perbuatan ISIS berbanding pihak berkuasa di Syria. Perbuatan ISIS adalah perbuatan Khawarij, seperti penyembelihan dan sebagainya. Kelompok ini mencurigakan. Mereka muncul ketika timbulnya fitnah (huru-hara). Ia muncul secara tiba-tiba dengan harta yang banyak dan kekuatan yang besar.

Maka untuk mengatakan bahawa mereka ini disisipkan secara halus adalah tidak jauh (dari kebenaran). Kelompok ini mendapatkan kekuatan yang besar dengan sangat cepat. Kekuatan dari segi bilangan dan kekuatan dari segi persediaan. Tatkala datang fitnah (huru-hara), fitnah di Syria, muncullah kelompok ini.

Sekarang masyarakat dunia –sebagaimana yang didakwa– semuanya memerangi ISIS. Sudah berlalu berapa lamakah dalam keadaan mereka memerangi ISIS? Berapakah jumlah peluru yang mereka tembakkan dalam satu hari? Ratusan peluru, dalam keadaan ISIS terus maju ke hadapan. Padahal ia hanyalah sebuah kelompok bukan negara.

Iraq dahulunya merupakan sebuah negara yang kuat, negara yang memiliki persenjataan yang banyak, memiliki pemerintahan yang besar, suatu bangsa yang terkenal dengan keberanian. Lalu Iraq jatuh hanya dalam masa beberapa minggu. Sementara ISIS diperangi oleh 50 buah negara tetapi mereka terus menerus maju ke hadapan dan kamu tidak mendengar mereka berhenti (daripada perbuatan-perbuatan jahat mereka). Ratusan serangan yang dilancarkan setiap hari dan kamu tidak mendengar mereka berhenti. Ini semua apa? Ini semua adalah permainan ke atas kaum muslimin.”

(selesai nukilan yang diinginkan).

Fasal 29: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Al-Muhaddith Ibrahim Ibnu Ahmad Zhafrani hafizahullah

Saya bertanya kepada Fadhilatu Al-Syaikh Al-Muhaddith Ibrahim Ibnu Ahmad Zhafrani –hafizahullah-: “Adakah ISIS Khawarij?” Beliau menjawab:

“Ya, ISIS adalah Khawarij.”

(selesai nukilan).

Fasal 30: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Muhammad Majid Al-Mudarris Al-Misri hafizahullah

Saya bertanya kepada Fadhilatu Al-Syaikh Abu Muhammad Majid Al-Mudarris Al-Misri –hafizahullah-: “Adakah kita mengatakan bahawa ISIS adalah Khawarij sahaja, ataukah lebih dari itu?” Beliau menjawab:

“ISIS adalah Khawarij, Khawarij, Khawarij. Kalau seandainya dikatakan bahawa ISIS bukan Khawarij, maka kita tidak tahu siapakah Khawarij.”

(selesai nukilan).

Fasal 31: Fatwa Al-Syaikh Al-Mifdhal Abu ‘Ikrimah Walid Ibnu Fadhl Al-Maula Ibnu Uthman Al-Sudani-hafizahullah

Saya bertanya kepada Al-Syaikh Al-Mifdhal Abu ‘Ikrimah Walid Ibnu Fadhl Al-Maula Ibnu Uthman Al-Sudani –hafizahullah-: “Adakah kita mengatakan bahawa ISIS adalah Khawarij sahaja, ataukah lebih dari itu?” Beliau menjawab:

“Mereka adalah lebih dahsyat daripada Khawarij.”

(selesai nukilan).

Fasal 32: Fatwa Al-Syaikh Al-Mifdhal Al-Waqur Abu Abdil Rahman Jamil Ibnu ‘Abdah Al-Silwi Al-Ta’izzi-hafizahullah

Saya bertanya kepada Al-Syaikh Al-Mifdhal Abu Abdil Rahman Jamil Ibnu ‘Abdah Al-Yamani Al-Ta’izzi Al-Silwi –hafizahullah-: “Adakah kita mengatakan bahawa ISIS adalah Khawarij sahaja, ataukah lebih dari itu?” Beliau menjawab:

“Mereka adalah Khawarij dan bahkan lebih dari itu. Para pemimpinnya menentang kebenaran. Barangkali sebahagian daripada pengikut mereka tertipu dengan mereka ini. Dan pada gerakan ini terdapat “Khuruj” (pemberontakan).” (selesai nukilan).

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist