FATWA SYEIKH ‘ADNAN AL-MASQARI, SYEIKH ZAYID AL-WUSABI, DAN SYEIKH ‘ABD AL-RAHMAN MUHYIDDIN TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 14: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Al-Yaman Adnan Ibnu Al-Husain Al-Dzammari Al-Misqari-hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abu Al-Yaman Adnan Ibnu Al-Husain Al-Dzammari Al-Misqari –hafizahullah– berkata:

“Sesungguhnya jamaah ISIS ini adalah Khawarij yang telah disifatkan oleh Nabi g bahawasanya mereka durhaka terhadap pemerintah muslimin dan memberontak ke atas mereka dengan pedang. Telah sabit di dalam “Al-Sahihain” daripada Abu Musa dan Ibnu Umar, bahawasanya Nabi g bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang membawa pedang untuk menyerang kami, maka dia bukan daripada golongan kami.»

Allah c berfirman:

Maksudnya: (Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan para pemegang urusan di antara kamu.) [Al-Nisa’: 59].

(selesai petikan yang diinginkan daripada rakaman suara Al-Syaikh Adnan Al-Dzammari Al-Misqary –hafizahullah-.

Fasal 15: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdillah Zayid Ibnu Hasan Al-Wusabi-hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdillah Zayid Ibnu Hasan Al-Wusabi –hafizahullah– berkata di dalam risalah beliau tentang ISIS:

“Telah muncul di zaman ini, fitnah yang besar yang telah tersebar luas di kebanyakan negara umat Islam iaitu fitnah gerakan ISIS. Sebab tersebarnya ia dan terkesannya sebahagian muslimin yang lalai, terutamanya para pemuda adalah kerana penamaannya yang bersinar-sinar, yang zahirnya rahmat sedang batinnya azab. Di antara nama-nama tersebut ialah:

  1. Penggunaan istilah “Amir Al-Mukminin” yang mana gerakan ISIS ini menamakan pemimpin mereka dan menggelarnya sebagai “Amir Al-Mukminin”.
  • Penggunaan nama “Jama’ah Tauhid Dan Jihad” bagi gerakan ISIS ini.
  • Penggunaan nama “Negara Khilafah Islamiyyah”.
  • Ucapan-ucapan dan khutbah yang disampaikan oleh para pemimpin gerakan ISIS ini, yang mana di dalamnya terdapat dorongan untuk berjihad, bersabar dan terus kukuh demi kejayaan Islam dan meninggikan lambang-lambang agama.

Disebabkan penamaan dan ucapan yang bersinar-sinar ini, maka tertipulah mereka yang tertipu dari kalangan muslimin dengan gerakan ini. Tatkala orang-orang yang tertipu tersebut datang kepada mereka, mereka memenuhi jiwa orang-orang tersebut dengan pemikiran-pemikiran yang keliru dan menjadikan mereka pisau yang beracun untuk ditusukkan kepada umat Islam dengan memukulkan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain.

Dan di antara pemikiran yang keliru yang mereka masukkan ke dalam hati para pengikut mereka ialah:

  1. Mengkafirkan umat Islam yang tidak berpandangan seperti pandangan mereka.
  • Bahawa ulama umat ini yang sangat kukuh lagi mendalam ilmu mereka, hanyalah kaki tangan (orang-orang kafir) yang telah murtad atau yang telah menjual agamanya sendiri lagi terfitnah atau selain itu.

Oleh kerana itu, kamu tidak akan mendapati pada kelompok ini seorang alim pun dari kalangan ulama muslimin yang merupakan pemberi nasihat yang baik, yang terkenal dengan ilmunya. Daripada sini, mereka mendapatkan jalan yang bebas untuk melakukan pelbagai jenis kejahatan, di antaranya:

  1. Bangkitnya beberapa individu dari kalangan mereka melakukan operasi membunuh diri melawan orang-orang Islam kerana keyakinan mereka akan kafirnya orang-orang Islam tersebut.
  • Peperangan dan fitnah yang mereka nyalakan dan ia adalah sangat banyak yang akhirnya menyebabkan terbunuhnya sejumlah besar daripada orang-orang Islam.
  • Membunuh kaum muslimin dengan sekecil-kecil syubhat (kesamaran) atau bahkan dengan tanpa syubhat sekalipun. Hal itu ditunjukkan oleh perbuatan mereka melakukan pembunuhan dengan segera di tanah lapang tanpa melalui proses kehakiman yang disyariatkan.
  • Penyerangan ke atas masjid-masjid sepertimana penyerangan yang mereka lakukan ke atas Masjid Ummu Al-Qura di Baghdad.
  • Menculik sebahagian kaum muslimin, menyeksa mereka di dalam penjara-penjara dan menghalang mereka daripada melakukan solat, mensucikan diri dan selain itu daripada perbuatan-perbuatan jahat, mengerikan lagi mungkar.

Gerakan ISIS ini telah menjadi buah mulut masa kini di kalangan masyarakat Islam dan telah menimbulkan kegoncangan dan ketakutan di tengah-tengah mereka disebabkan oleh perbuatan-perbuatan keji yang mereka lihat dan dengar dilakukan oleh gerakan ini. Lihatlah apa yang telah disebarkan di berita-berita yang jujur, sungguh mereka telah membicarakan hal ini dengan pembicaraan yang panjang.

Berdasarkan ini, maka saya menasihatkan kepada seluruh kaum muslimin untuk bertakwa kepada Allah c dan hendaklah mereka berwaspada daripada setiap pemikiran yang dapat menghancurkan, yang akan menyebabkan timbulnya keburukan dan fitnah ke atas umat Islam. Dan telah berlalu penyebutan sebahagian kerosakan itu di bab-bab yang lepas dan di antaranya bab ini, yang membicarakan tentang fitnah gerakan ISIS.

Betapa banyak bahaya yang menimpa kaum muslimin di sebalik fitnah ini. Ia melemahkan kekuatan umat Islam dan menjadikan para musuh Islam berkuasa ke atas mereka, mengurangkan tahap keamanan di tengah-tengah kaum muslimin dan selain itu daripada fitnah dan kerosakan yang berlaku yang telah dimaklumi dan disaksikan oleh ramai orang.

Di antaranya juga adalah pertumpahan darah sehingga menjadikan darah-darah kaum muslimin seakan-akan tidak lagi memiliki nilai, la haula wala quwwata illa billah (tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah). Allah c berfirman:

Maksudnya: (Dengan sebab yang demikian itu kami tetapkan ke atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.) [Al-Ma’idah: 32].

Dan Allah c berfirman:

Maksudnya: (Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.) [Al-Nisa’: 93].

Dan Allah c berfirman:

Maksudnya: (Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh, atau dipalang, atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang, atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat  besar.) [Al-Ma’idah: 33].

(selesai petikan yang diinginkan).

Fasal 16: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abdul Rahman Muhyiddin (Mufti Di Masjid Nabawi) hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abdul Rahman Muhyiddin -Mufti Di Masjid Nabawi –hafizahullah– berkata:

“ISIS ini diasaskan oleh orang-orang Yahudi, ahli persatuan Freemason.”

(sebagaimana di dalam pelajaran “Aqidah Al-Tahawiyyah” yang beliau sampaikan kepada kaum muslimin di Swiss).

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist