FATWA SYEIKH ABU BILAL AL-HADRAMI, SYEIKH ‘ABD AL-RAQIB AL-KAUKABANI DAN SYEIKH YASIR AL-DUBA’I TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 18: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Bilal Khalid Ibnu ‘Abud Al-Hadhrami Al-Nahawi hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abu Bilal Khalid Ibnu ‘Abud Al-Hadhrami An-Nahawi –hafizahullah– berkata setelah beliau menyatakan bahawa gerakan ISIS adalah fitnah dan memburukkan gambaran Islam:

“Perkara yang meragukan adalah sangat jelas keberadaannya pada gerakan ISIS ini, barangkali mereka berpura-pura.”

(sampai kepada ucapan beliau)

“… akan tetapi hal memotong kepala hingga putus, mengambil gambar dan selain itu daripada perbuatan mereka, apakah faedah daripada perbuatan mengambil gambar tersebut? Wahai saudaraku, tutup diri kamu dan selesai, tidak ada sebarang keperluan sama sekali untuk mengambil gambar-gambar itu. Itu semua agar Amerika mengatakan: “Lihatlah keganasan ini, mereka semua mewakili Islam, mereka begini dan begitu.Sehingga berlaku kecelaruan dan memburukkan gambaran agama Allah c. Dan apakah faedah yang terhasil dengan menyebarkan filem-filem yang seperti itu di tengah-tengah manusia? Semua itu adalah satu bentuk kebanggaan wahai saudara-saudaraku, suatu kebanggaan. Kamu tidak tahu apakah yang ada di sebalik kelompok ini, apakah yang ada di belakangnya. Sesungguhnya urusannya sangat meragukan. Jika urusannya meragukan, maka tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu.

Mereka tidak memiliki seorang alim pun yang menyokong kegiatan mereka ini. Ini sahaja sudah cukup –demi Allah– menjadi alasan untuk menjauhkan diri daripada keburukan kerana sungguh Ibnu Abbas telah berkata kepada Khawarij:

Maksudnya: «Aku datang kepada kamu semua dari sisi para sahabat Rasulullah g dan tidak ada di antara kamu semua ini seorang pun dari kalangan mereka sedangkan mereka lebih mengetahui tentang Kitab Allah berbanding kamu.»

Lihatlah penentuan yang ilmiah ini dalam rangka mengetahui yang benar daripada yang batil: «Aku datang kepada kamu semua dari sisi para sahabat Rasulullah g dan tidak ada di antara kamu semua ini seorang pun dari kalangan mereka sedangkan mereka lebih mengetahui tentang Kitab Allah berbanding kamu.»

Lalu siapakah yang mendukung gerakan ISIS ini sekarang? Apakah di sana terdapat salah seorang alim dari kalangan ulama yang mendukung mereka?”

(selesai petikan yang diinginkan).

Fasal 19: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdil Rahman Abdul Raqib Ibnu Ali Al-Kaukabani hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdil Rahman Abdul Raqib Ibnu Ali Al-Kaukabani –hafizahullah– berkata:

“Nasihat ini saya tujukan kepada saudara-saudara kita kaum muslimin di seluruh wilayah timur dan barat di atas muka bumi ini, agar mereka menghindari segala fitnah yang datang kepada mereka walaupun hakikatnya fitnah-fitnah yang datang ini, dasar-dasarnya telah pun ada pada zaman dahulu. Hanyalah fitnah-fitnah tersebut datang dengan nama-nama yang baharu dan nama-nama yang dipinjam. Apabila manusia telah membenci pemikiran-pemikiran lama yang telah rosak, para pelaku kejahatan akan berusaha mendatangkan nama-nama yang baharu untuk memperdaya manusia dengannya.

Di antara pemikiran baharu yang menyusup masuk dan merosakkan para pemuda muslimin ialah: pemikiran ISIS yang dinamakan juga dengan “Dawa’isy”. Saya telah memperingatkan (manusia) tentang pemikiran ini –segala puji bagi Allah– tiga tahun lalu di dalam ceramah yang saya sampaikan kepada saudara-saudara kita Ahli Sunnah di Perancis. Begitu juga kepada saudara-saudara kita di India. Sebahagian saudara kita Ahli Sunnah di India terpedaya dan pergi bersama ISIS ke medan-medan peperangan di bawah panji mereka. Terkadang mereka menimbulkan huru-hara di tempat mereka sendiri yang akhirnya perbuatan tersebut merugikan Dakwah Salafiyyah, para ulama dan para penuntut ilmu. Maka kami memperingatkan mereka daripada kejahatan ini dan bahawasanya gerakan ini tidak ada bezanya dengan para pendahulu mereka iaitu pemikiran Khawarij dan Al-Qa’idah. Dasar-dasar mereka sama dengan dasar-dasar kelompok terdahulu iaitu: memberontak ke atas pemerintah muslimin, mengkafirkan orang disebabkan sebahagian dosa besar yang dilakukan dan tidak memberikan perhatian terhadap keadaan umat yang sedang tertimpa kesusahan.

Gerakan ini juga diberikan upah dan bekerja untuk orang-orang kafir –baik mereka tahu atau tidak tahu-. Orang-orang kafir membayar gaji kepada mereka dengan sebab perbuatan mereka ini. Orang-orang kafir tersebut selalu menghulurkan bantuan kepada mereka dari jauh tanpa mereka sedar. Sebahagian orang kafir menghulurkan bantuan harta yang sangat banyak kepada mereka, bantuan kelengkapan dan pemberian sehingga mereka membayar perbuatan gerakan ini untuk memburukkan gambaran Islam.

Tidaklah terlalu lama perbuatan mereka membakar sebahagian manusia di Jordan dan beberapa negeri Syam. Islam tidaklah mengajak manusia untuk berbuat seperti ini. Rabb kita U berfirman:

Maksudnya: (Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.) [Al-Baqarah: 195].

Nabi g bersabda:

Maksudnya: «Apabila kamu membunuh, maka bunuhlah dengan baik.» [HR. Muslim (1955)].

Perbuatan-perbuatan yang seperti ini barangkali berlaku dengan adanya bantuan kemudahan oleh orang-orang kafir daripada jauh dari arah yang tidak mereka sedar, sehingga orang-orang kafir tersebut memberikan bayaran untuk menzahirkan pemandangan-pemandangan dan amal perbuatan yang sangat buruk ini dalam rangka memburukkan gambaran Islam, sehingga mereka dibenarkan untuk menjajah negara umat Islam dengan alasan: “Kamu melakukan demikian dan demikian. Kamu adalah pengganas.”  Hakikatnya, mereka sekadar memberikan upah kepada sebilangan pemuda yang masih belum matang yang mana pemikiran mereka ini sama sekali tidak didukung oleh para ulama besar yang kukuh ilmunya. Sememangnya puak Khawarij ini sejak dari zaman dahulu sehinggalah hari ini, tidak pernah ada seorang ulama pun yang bersama mereka. Tidak dari kalangan sahabat, tidak juga dari kalangan para tabi’in, tidak juga dari kalangan para mujaddidin (ulama pembaharu) pada setiap zaman([1]).

Kamu dapati bahawa ulama besar umat ini semisal Al-Syaikh Al-Albani, Ibnu Baz, Ibnu ‘Uthaimin, Al-Syaikh Muqbil, mereka yang telah pergi –semoga Allah merahmati mereka semua– dan mereka yang masih ada, dari kalangan ahli ilmu yang tampil menyuarakan kebenaran pada zaman ini, sama sekali tidak mendukung pemikiran tersebut. Bukan kerana takut tetapi dalam rangka menerangkan kebenaran. Kalau tidak maka demi Allah, para ulama adalah golongan yang paling berani di atas muka bumi ini dalam menampilkan dan mengucapkan kebenaran. Hanya sanya, mereka tahu dengan sebenar-benar pengetahuan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh ISIS, Al-Qa’idah dan Khawarij ini (seperti pemberontakan, menghukum kafir pelaku dosa besar dan sebagainya) akan mengakibatkan bahaya dan bala bencana ke atas Islam, selain ia juga menyalahi Al-Quran dan Al-Sunnah baik secara keseluruhan mahupun terperinci.

Cukuplah (ia sebagai suatu kebatilan) dengan wujudnya gambaran pemberontakan ke atas para pemerintah muslimin, kedurhakaan dan menegakkan urusan-urusan berkaitan jihad tanpa merujuk kepada pemerintah dan ulama.

Begitu juga, (cukuplah ia sebagai kebatilan) dengan apa yang kita lihat pada realiti yang ada sekarang ini berupa perburuan yang dilakukan oleh negara-negara kafir yang besar terhadap sekelompok manusia ini. Terkadang ia memberikan sokongan harta kepada mereka dan telah tersingkap sebahagian daripada itu sementara yang tersembunyi masih banyak; berupa pengiriman senjata dan harta kerana negara-negara kafir tersebut sememangnya akan mendapatkan faedah dengan adanya perbuatan-perbuatan ini kerana ia sangat berkeinginan untuk memerangi negara-negara Islam dengan menjadikan perbuatan-perbuatan itu sebagai alasan untuk mereka melakukan penyerangan. Oleh itu mereka bergembira dengan hal tersebut dan bahkan memberikan sokongan kepadanya.

(selesai nukilan).

Fasal 20: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Ammar Yasir Al-Duba’i Al-‘Adni –hafizahullah

Saya mendengar Fadhilatu Al-Syaikh Abu Ammar Yasir Al-Duba’i Al-‘Adni –hafizahullah– ditanya: “Apakah pendirian Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah tentang ISIS?”

Maka beliau –hafizahullah– menjawab:

“Semoga Allah memberikan hidayah kepada kamu semua. Wahai saudara-saudaraku, Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah itu, akidah mereka sudah diketahui. Manhaj mereka sudah diketahui. Akidah mereka diketahui, manhaj mereka juga sudah diketahui. Barangsiapa yang berada di atas akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah, maka dia adalah sebahagian daripada mereka dan sebaliknya, barangsiapa yang bukan berada di atas akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah, maka dia bukan sebahagian daripada mereka. Di sana ada beberapa perkara yang seharusnya seorang muslim itu tahu apa yang dia pertanyakan. Misalannya seperti soalan yang ditanyakan ini, adakah dia berpandangan akan terpeliharanya darah kaum muslimin? Adakah dia berpandangan bahawa perbuatannya tersebut akan mendatangkan maslahat atau malah akan menambahkan kerosakan terhadap kaum muslimin? Perkara-perkara yang banyak. Bukan seperti mana yang dikatakan: “Pada setiap kejadian itu ada pembicarannya.”

(sampai kepada ucapan beliau)

“Pembicaraan tentang kelompok-kelompok yang menyimpang secara umumnya, jika kita sampai membicarakan tentang itu, maka di antara kita dan mereka adalah Al-Kitab dan Al-Sunnah. Kita berhukum kepada kedua-duanya. Sekiranya mereka berbicara dengan Al-Kitab dan Al-Sunnah dan mengamalkannya maka mereka adalah sebahagian daripada kita dan sebaliknya sekiranya mereka tidak berhukum dengan Al-Kitab dan Al-Sunnah dan tidak mengamalkannya maka mereka bukanlah sebahagian daripada kita.

Inilah dia dasar akidah. Sama sahaja adakah mereka selalu memerangi kaum muslimin ataukah tidak. Sama sahaja adakah mereka menyeru dengan lisan ataukah dengan senjata. Seluruh kelompok. Sama sahaja kelompok yang ini ataukah selainnya.

Akan tetapi, seorang muslim haruslah berhati-hati jangan sampai dia berbicara dengan suatu ucapan yang dia sendiri belum memahaminya dengan baik kerana barangkali dia akan menerima kecaman atas ucapannya sendiri dengan dikatakan kepadanya: “Kamu tidak memahami kenyataan yang sesuai dengan keadaan mereka.

Kita katakan kepada orang yang memuji orang-orang yang semisal mereka ini, kita katakan kepadanya:”Adakah mereka ini, akidahnya akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah?” Sekiranya dia mengatakan: “Ya”. Maka kita katakan: “Baik” dan kita tanyakan kepadanya: “Adakah mereka menghukum kafir para pemerintah ataukah tidak? Yang kedua, adakah mereka berhati-hati daripada (menumpahkan) darah kaum muslimin? Yang ketiga, adakah mereka ini, apabila melakukan sesuatu, akan membuahkan hasil yang baik untuk kaum muslimin atau malah mendatangkan keburukan ke atas mereka?”

Lihatlah kenyataannya. Kenyataan adalah dalil terbaik (dalam menyingkap jati diri mereka). Oleh itu wahai Ahli Sunnah, janganlah sampai ada sesiapa pun yang mempermainkan kamu. Tetaplah di atas pegangan kamu. Kelompok baharu yang muncul itu bukanlah ia sebahagian daripada kita dan bukanlah kita sebahagian daripada mereka. Maka seharusnya bagi seorang muslim untuk tetap teguh, tidak goncang dan mengikuti perasaan, Walhamdulillah.

(sampai kepada ucapan beliau)

Dia seharusnya teguh di atas Al-Kitab, Al-Sunnah dan di bawah naungan Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah. Ya. Adapun yang selain itu maka jangan. (selesai petikan daripada rakaman suara).


([1]) Umat Islam harus senantiasa dibimbing oleh para ulama agar jalan mereka lurus. Al-Imam Al-Albani r berkata: “Di antaranya adalah firman Allah:

Maksudnya: (Maka bertanyalah kepada ahli Al-Quran sekiranya kamu tidak mengetahui.) [Al-Nahl: 43].

Maka Allah c telah membahagikan masyarakat Islam kepada dua golongan: Orang alim dan yang bukan alim. Allah mewajibkan ke atas setiap daripada mereka sesuatu yang tidak Dia wajibkan ke atas yang lain. Oleh itu, wajib ke atas mereka yang bukan ulama untuk bertanya kepada ulama dan menjadi kewajipan ke atas ulama untuk memberikan jawapan kepada mereka tentang apa yang mereka pertanyakan tersebut.” (selesai nukilan daripada “Al-Tauhid Awwalan Ya Du’at Al-Islam”/Al-Albani/28).

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist