FATWA SYEIKH ABU ‘ABD AL-RAHMAN AL-IRAQI, SYEIKH ABU ISHAK AL-QAISI DAN SYEIKH MANSUR AL-TA’IZZI TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 24: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdil Rahman Ibnu Hasan Al-‘Iraqi Al-Zindi –hafizahullah

Saya bertanya kepada Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdil Rahman Ibnu Hasan Al-‘Iraqi Al-Zindi –hafizahullah– tentang ISIS. Beliau menjawab:

Da’isy (ISIS). Sekiranya Al-Qa’idahyang mana ia sememangnya dari kalangan Khawarij berdasarkan fatwa para ulama sunnah– yang mana gerakan ISIS ini keluar daripada pakaian mereka dan ia (Al-Qa’idah) adalah asal terbentuknya gerakan ISIS dan para pemimpinnya (Al-Qa’idah) sendiri mengatakan bahawa ISIS adalah Khawarij, maka bagaimana dengan gerakan ISIS itu sendiri? Tidak ada keraguan bahawa mereka (ISIS) adalah Khawarij, bahkan mereka adalah Khawarij yang melampaui batas (ghuluw) kerana mereka menghukum kafir sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka dan tidak menolong mereka. Tambahan pula mereka telah mencemarkan gambaran Islam dan Ahli Sunnah.

Maka ini mengisyaratkan dan memberi tanda di dalam diri bahawa gerakan ini adalah sesuatu yang dimasukkan secara halus –terlebih lagi kerana para pemimpin mereka adalah dari kalangan Ba’thiyyin, bahkan para pemimpin Al-Ba’th (Parti Sosialis di Iraq)– untuk memburukkan gambaran Ahli Sunnah dan yang demikian itu telah pun mereka lakukan bahkan lebih banyak lagi. Wallahul Musta’an.”

(selesai nukilan).

Fasal 25: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Ishaq Muhammad Ibnu Soleh Al-San’ani Al-Qaisi –hafizahullah

Saya bertanya kepada Fadhilatu Al-Syaikh Abu Ishaq Muhammad Ibnu Soleh Al-San’ani Al-Qaisi –hafizahullah– tentang ISIS. Beliau menjawab:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اَلحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى عَبْدِهِ وَرَسُولِهِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ، وَبَعْدُ:

Sesungguhnya orang yang mempertahankan kelompok yang bernama ISIS ini sama ada dia adalah orang yang jahil tentang kelompok tersebut dan jahil tentang apa yang mereka lakukan berupa pembunuhan terhadap kaum muslimin; ataupun barangkali dia jahil tentang Manhaj Salafi yang tidak membolehkan amalan-amalan keganasan yang seperti ini yang telah mencapai puncak kejelikan dan kekejian serta menampilkan Islam dengan penampilan yang buas lagi kejam.

Ketua bagi kelompok ini –semoga dia mendapatkan balasan yang selayaknya daripada Allah– telah menghukum kafir kaum muslimin dan telah mewajibkan (muslimin) untuk berhijrah kepadanya daripada seluruh negara umat Islam. Mereka berbicara dengan ucapan sebaik-baik makhluk dan menarik perasaan kaum muslimin padahal mereka adalah golongan yang berusia muda lagi tersangat dungu sebagaimana hal itu telah dikhabarkan oleh Nabi g.

Para ulama besar telah memperingatkan (umat) daripada mereka ini. Ahli Sunnah berlepas diri daripada amal perbuatan mereka dan memperingatkan (umat) daripada mereka sebagai bentuk nasihat (kesetiaan) untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.

Maka, golongan ini bukanlah Ahli Sunnah apatah lagi Salafiyyun. Kita memohon kepada Allah agar memberikan petunjuk kepada mereka untuk meninggalkan pemikiran dan amalan Khawarij ini.

وَسَلَّمَ اللهُ وَسَلَّمَ عَلَى عَبْدِهِ وَرَسُولِهِ.

Fasal 26: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Abdillah Mansur Ibnu Ahmad Al-Adibi Al-Ta’izzi hafizahullah

Saya bertanya kepada Al-Syaikh Al-Fadhil Abu Abdillah Mansur Ibnu Ahmad Al-Ta’izzi Al-Adibi –hafizahullah-: “Adakah ISIS Khawarij”? Beliau menjawab:

“Sifat yang kamu sebutkan tentang mereka ini bahawasanya mereka adalah Khawarij adalah serendah-rendah sifat yang dapat disebutkan tentang mereka.”

(selesai nukilan).

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist