FATWA SYEIKH ‘ABD AL-RAZZAQ AL-NAHMI DAN SYEIKH SA’AD AL-SYATHRI TENTANG JEMAAH ISIS

Fasal 21: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Abu Bakr Abdul Razzaq Ibnu Soleh Al-Dzammari Al-Nahmi hafizahullah

Fadhilatu Al-Syaikh Abu Bakr Abdul Razzaq Al-Dzammari Al-Nahmi –hafizahullah– menulis tentang ISIS:

Allah c berfirman:

Maksudnya: (Seperti itulah kami menerangkan ayat-ayat dan agar menjadi jelaslah jalan orang-orang yang jahat.) [Al-An’am: 55]

Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata: “Iaitu agar menjadi jelaslah jalan orang-orang yang menyelisihi para Rasul.” (selesai)

Oleh sebab itu, adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk menjelaskan keadaan pelaku kejahatan di antaranya adalah kelompok yang sesat lagi menyimpang ini yang dinamakan dengan ISIS. Ia dari kalangan Khawarij yang sesat yang mana Nabi g telah bersabda tentang mereka:

Maksudnya: «Khawarij adalah anjing-anjing neraka.»

Baginda g juga telah mengkhabarkan tentang mereka bahawa:

Maksudnya: «Akan datang suatu kaum pada akhir zaman, mereka membunuh orang-orang Islam dan membiarkan para penyembah berhala. Sekiranya aku dapat berjumpa dengan mereka, nescaya aku akan membunuh mereka seperti pembunuhan ke atas kaum ‘Aad.»

Di dalam hadith ini terdapat salah satu daripada tanda-tanda kenabian, di mana baginda g mengkhabarkan tentang sesuatu, lalu ia berlaku sepertimana yang baginda khabarkan. Gerakan yang dinamakan dengan ISIS ini telah memerangi orang-orang Islam di Iraq dan Syam sementara negara Yahudi di Palestin dekat dengan mereka, sedikitpun tidak mereka ganggu. Maka hakikatnya mereka ini didorong oleh musuh-musuh Islam untuk menghentam kaum muslimin.

Lihatlah para pendahulu mereka yang membunuh Al-Khalifah, Al-Rasyid, Dzu Al-Nurain (Pemilik Dua Cahaya), Al-Mubassyar Bi Al-Jannah (Yang Diberikan Khabar Gembira Dengan Syurga), Uthman Ibnu ‘Affan t. Kamu akan dapati bahawa yang memberikan semangat kepada mereka dan mendorong mereka adalah si yahudi yang membuat makar, yang menzahirkan Islam iaitu Abdullah Ibnu Saba’ yang terkenal dengan Ibnu Sauda’!

Kaedah yang mereka gunakan untuk membunuh orang yang mereka tangkap dari kalangan orang-orang Islam dan selain mereka dari kalangan orang-orang kafir yang “Mu’ahid” (memiliki perjanjian damai) atau “Musta’min”(meminta keamanan)([1]) dengan cara pembunuhan yang sangat keji berupa penyembelihan dengan pisau sepertimana penyembelihan yang dilakukan ke atas kambing, menunjukkan dengan sangat terang akan usaha mereka untuk memburukkan gambaran Islam yang lapang dan penyelisihan terhadap apa yang dibawa oleh Islam berupa rahmat dan belas kasihan.

Di dalam “Sahih Muslim”, daripada Abu Ya’la Syaddad Ibnu Aus t, daripada Rasulullah g bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: «Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan ke atas segala sesuatu. Jika kamu membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik dan jika kamu menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaklah salah seorang dari kamu menajamkan pisau sembelihannya supaya dia menenangkan binatang sembelihannya.» [HR. Muslim (1955)].

Maka di dalam hadith ini terdapat dalil akan kewajipan berbuat ihsan dalam membunuh sesuatu yang boleh dibunuh baik dari kalangan manusia mahupun haiwan. Dan telah datang di sebahagian riwayat hadith:

Maksudnya: «Sesungguhnya Allah U  adalah Muhsin (Maha Baik), Dia mencintai ihsan (kebaikan). Oleh itu, jika kamu membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik dan jika kamu menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaklah salah seorang dari kamu menajamkan pisau sembelihannya supaya dia menenangkan binatang sembelihannya.»

[HR. Al-Thabrani di dalam “Al-Mu’jam Al-Kabir” (7121)/hadith ini syaz (iaitu menyendiri daripada hadith yang sahih sehingga ia menjadi dhaif (lemah)].

Maka, puak Khawarij ini adakah keburukan dan malapetaka ke atas umat ini. Mereka menyebabkan kaum muslimin menjadi lemah dan menjadikan musuh-musuh Islam bersikap lancang terhadap kaum muslimin.

Maka saya memiliki pengetahuan bahawasanya bahaya puak Khawarij ini ke atas umat Islam adalah lebih besar daripada bahaya orang-orang kafir ke atas umat Islam dan realiti menjadi saksi akan benarnya kenyataan ini. Yang demikian adalah kerana puak Khawarij, mereka berbicara dengan nama Islam dan menampakkan kecemburuan untuk  Islam maka (kebarangkalian) untuk seseorang itu tertipu dengan mereka adalah lebih besar.

Oleh sebab itu, sebahagian salaf ada yang mengatakan: “Ada dua kenikmatan, aku tidak tahu di antara kedua-dua nikmat ini yang manakah yang lebih aku bergembira dengannya; Allah memberikan kepadaku petunjuk untuk memeluk agama Islam dan Dia tidak menjadikan diriku seorang Haruri.

Al-Haruriyyah adalah salah satu kelompok Khawarij yang melakukan pemberontakan ke atas Amir Al-Mukminin Ali t. Mereka melarikan diri ke suatu tempat yang bernama “Harura’”.

Maka puak Khawarij ini hakikatnya adalah alat yang digunakan oleh musuh-musuh Islam. Jika kamu melihat kepada apa yang dilakukan oleh kelompok sesat yang bernama ISIS ini kepada Ahli Sunnah di Iraq, Syam dan lain-lain, nescaya akan menjadi jelaslah bagi kamu akan kenyataan ini. Mereka membunuh Ahli Sunnah di sana, mengusir mereka, dan mengganggu mereka dengan gangguan yang lebih dahsyat daripada (gangguan) Syiah Rafidhah.

Tidak ada yang mempertahankan kelompok yang sesat ini melainkan salah satu daripada dua jenis manusia: sama ada dia sendiri dari kalangan Khawarij, iaitu: bersama-sama dengan mereka, ataupun dia adalah seorang yang jahil, tidak tahu hakikat mereka, dari kalangan orang-orang yang duduk berkumpul dengan teman-teman yang buruk yang suka mengindahkan kebatilan kepada manusia dan menghiasi keburukan, sebagaimana yang diucapkan oleh seorang penyair:

Ucapan yang dihiasi mampu mengindahkan kebatilan, sedangkan kebenaran kadang-kala tertimpa ungkapan yang buruk. Engkau berkata: “Ini adalah cairan lebah (madu)” tatkala engkau memujinya. Jika engkau mencelanya engkau berkata: “Ini adalah muntahan tebuan”.”

(Diucapkan oleh Ibnu Al-Rumi, sebagaimana yang dinukilkan di dalam “Nafhah Al-Raihanah”/1/63).

(selesai nukilan).

Fasal 22: Fatwa Fadhilatu Al-Syaikh Sa’ad Ibnu Nasir Al-Syathri –hafizahullah– (Bekas Anggota Haiah Kibar Al-Ulama’)

Fadhilatu Al-Syaikh Sa’ad Ibnu Nasir Al-Syathri –hafizahullah– (bekas anggota Haiah Kibar Al-Ulama’) berkata tentang ISIS:

“Gerakan ini sama sekali tidak ada keterkaitannya dengan Islam. Gerakan negara Islam ini sama sekali tidak memiliki sisi pandang asas yang bertepatan dengan syariat yang dapat menjelaskan manhaj akidahnya. Apa sahaja yang  muncul daripadanya (sesuatu yang secara zahirnya bertepatan dengan sunnah), maka ia hanyalah cara untuk berdalih dalam perdebatan atau membuat kecelaruan (syubhat) ke atas orang ramai dengan mengguna pakai istilah-istilah syariat bertujuan melariskan gerakan mereka ini ke atas orang-orang yang awam yang mana cara ini biasa digunakan oleh parti Al-Ba’th (Sosialis) yang menamakan diri mereka dengan “Daulah Islamiyyah” (Negara Islam).”

(selesai nukilan daripada rancangan “Al-Jawab Al-Kafi”).


([1]) Saya -Abu Fairuz- katakan: “Orang kafir “Dzimmi”,”Musta’min” dan “Mu’ahid” sememangnya wujud dan mereka memiliki hak sebagaimana mereka juga memiliki kewajipan. Ini bertentangan dengan kecelaruan (syubhat) yang disebarkan oleh Khawarij pada hari ini, iaitu apa yang dinyatakan di dalam soalan berikut ini:

“Ada sepucuk surat yang isinya: “Peringatan! Sesungguhnya orang-orang kafir ada empat jenis, iaitu: “Muharibin” (iaitu: orang kafir yang memerangi kaum muslimin), “Ahli Dzimmah” (iaitu: orang kafir yang menetap di negara kaum muslimin, membayar jizyah dan tunduk kepada undang-undang negara muslimin), “Musta’minin” (iaitu: orang kafir yang meminta keamanan dan diberikan keamanan oleh kaum muslimin) dan “Mu’ahidin” (iaitu: orang kafir yang memiliki perjanjian damai dengan kaum muslimin). Adapun pada zaman kita sekarang ini, maka dua jenis orang kafir yang terakhir (iaitu: Mu’ahidin dan Musta’minin) sudah tidak ada lagi.

Ada di kalangan orang-orang kafir yang reda dengan ikatan dzimmah seperti di wilayah Riqqah, Bariqah dan selainnya maka mereka telah menjamin keamanan diri dan harta mereka, kaum muslimin bergaul dengan mereka sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Nabi mereka g.

Adapun “Mu’ahidin”, maka sampai sekarang, jenis ini tidak ada wujudnya kerana keadaan kaum muslimin pada hari ini masih pada tahapan jihad difa’ (jihad membela diri). Sifat ini akan hilang apabila keadaan kaum muslimin telah mencapai tahapan jihad thalab (jihad penyerangan, penyerbuan dan pengejaran) sementara kita tidak akan dapat mencapai tahapan jihad thalab sehinggalah kita kembali kepada titik terakhir yang pernah dicapai oleh ladam-ladam kuda para pembuka wilayah, sehinggalah kembalinya Andalusia, Indonesia dan selainnya. Pada ketika itu, barulah kita berpindah daripada tahapan membela diri kepada tahapan penyerangan.

Adapun “Musta’minin”, maka ia dicatat bermula sejak diumumkannya Khilafah dan kembalinya kepemimpinan syariat Islam apabila ada orang Nasrani Almani (berbangsa Jerman) yang datang menziarahi wilayah khilafah dengan izin daripada Khalifah Muslimin. Pada hari ini, tidak ada lagi wujudnya orang kafir “musta’minin”, dan tidak wujud juga perjanjian keamanan bagi orang-orang kafir yang tinggal dan telah memijakkan kakinya di wilayah muslimin dengan pengamanan para pemerintah yang telah murtad, kecuali setelah ditaklukkannya wilayah tersebut dan  syariat-syariat Islam telah menjadi tinggi.

Seluruh orang kafir yang ada di atas muka bumi pada hari ini tidaklah mereka berada di atas keamanan daripada pedang-pedang tentera Islam sehinggalah mereka masuk ke dalam Islam atau reda dengan ikatan dzimmah.” (selesai nukilan).

Soalannya: Adakah benar apa yang dinyatakan ini?”

Jawapan –dengan memohon pertolongan Allah-:

“Telah nyata dengan terang sekali bahawa yang mengatakan perkataan tersebut di dalam artikel yang disebarkan ini telah menghukum kafir kesemua pemerintah muslimin di atas seluruh permukaan bumi -termasuklah di antaranya Raja Kerajaan Arab Saudi-, kecuali pemimpin yang dibaiat oleh penulis tentunya.

Saya bimbang penulis risalah ini sama ada dia termasuk di antara golongan yang sesat dan melakukan kerosakan dari kalangan puak Khawarij ataupun dia adalah seorang jahil yang membawa kecelaruan (syubhat) puak tersebut. Sesungguhnya kafir “Mu’ahid” dan “Musta’min” sememangnya wujud pada zaman ini dan mereka memiliki hak keamanan dan keselamatan.

Daripada Abdullah Ibnu ‘Amru k, daripada Nabi g bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang membunuh seorang “Mu’ahid”, nescaya dia tidak akan menghidu bau wangi syurga sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak perjalanan 40 tahun.» [HR. Al-Bukhari (3166)].

Daripada Abu Bakrah t berkata, bahawa Rasulullah g bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang membunuh seorang “Mu’ahid” tanpa alasan yang benar, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya syurga.» [HR. Al-Imam Ahmad (20377), Abu Daud (2760), Al-Thayalisi (920) dan Al-Nasa’i (4747)/sanadnya sahih).

Daripada Abu Hurairah t, daripada Nabi g bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: «Ketahuilah, barangsiapa yang membunuh suatu jiwa “Mu’ahid” yang memiliki jaminan daripada Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah membatalkan jaminan Allah. Oleh itu, dia tidak akan dapat menghidu bau wangi syurga sedangkan baunya benar-benar dapat dihidu dari jarak perjalanan 70 tahun.» [HR. Al-Tirmidzi (1403) dan Ibnu Majah (2687)].

Di dalam sanadnya terdapat Ma’di Ibnu Sulaiman, Abu Sulaiman si penjual makanan. Abu Zur’ah berkata tentangnya: “Orangnya sangat lemah, dia meriwayatkan hadith-hadith yang mungkar daripada Ibnu ‘Ajlan.” (Rujuk “Tahdzib Al-Tahdzib”/10/229).

Maka hadith Abu Hurairah ini sangat lemah dan cukuplah bagi kita dalil-dalil yang disebutkan sebelumnya.

____________________________________

• Fasal Pertama: Pengertian “Mu’ahid”, “Dzimmi” dan “Musta’min”.

Al-‘Allamah Ibnu Al-‘Athir r berkata: “Dan telah berulang penyebutan lafaz “Al-‘Ahd” di dalam hadith. Ertinya adalah sumpah, keamanan, dzimmah (jaminan), penjagaan, pemeliharaan kehormatan dan wasiat. Hadith-hadith yang datang tentang hal ini tidak terkeluar daripada salah satu daripada makna-makna yang disebutkan.” (“Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith Wa Al-Athar”/3/325).

Beliau r juga berkata: “Hadith «… ataupun pemilik perjanjian (‘ahd) dalam perjanjiannya» iaitu: ataupun pemilik jaminan dalam jaminannya, ataupun seorang musyrik yang telah diberikan keamanan lalu masuk ke negara Islam. Maka tidak boleh dia dibunuh sehingga dia kembali ke tempat keamanannya (iaitu negeri asalnya).” (“Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith Wa Al-Athar”/3/325).

Beliau r juga berkata: “Mu’ahid adalah orang yang memiliki perjanjian dengan kamu. Kebiasaannya lafaz ini digunakan di dalam hadith untuk merujuk kepada Ahli Dzimmah. Terkadang ia juga digunakan untuk merujuk kepada selain Ahli Dzimmah dari kalangan orang-orang kafir apabila terbentuknya perjanjian damai untuk meninggalkan peperangan dalam suatu jangka masa.” (“Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith Wa Al-Athar”/3/325).

Maka “Mu’ahid” secara bahasa adalah umum mencakupi “Dzimmi” dan “Musta’min”. Dan hadith-hadith yang disebutkan di dalam bab ini mencakupi “Mu’ahid” dalam perjanjian dzimmah, perjanjian hudnah  (perdamaian) dan perjanjian aman (keamanan).

Al-‘Allamah Al-Munawi r berkata: “Hadith «Barangsiapa yang membunuh seorang “Mu’ahid”…» dengan huruf “Ha’” yang difathah iaitu: orang yang diberikan perjanjian iaitu: perjanjian damai bersama kaum muslimin dengan membayar jizyah atau hudnah daripada pemerintah atau (perjanjian) aman daripada seorang muslim. Boleh juga dengan dikasrahkan huruf “Ha’” sebagai “Fa’il” (pelaku).” (“Faidh Al-Qadir”/Al-Munawi/6/193).

Al-‘Allamah Ali Al-Qari r berkata: “Hadith «Barangsiapa yang membunuh seorang “Mu’ahid”…» dengan huruf “Ha’” yang dikasrah iaitu: orang yang membuat perjanjian dengan pemerintah untuk meninggalkan peperangan, sebagai dzimmi atau selainnya. Diriwayatkan juga dengan difathahkan huruf “Ha’” iaitu orang yang diberikan perjanjian oleh pemerintah. Al-Qadhi berkata: “Yang diinginkan oleh baginda dengan lafaz “Mu’ahid” adalah orang yang memiliki perjanjian yang syar’i dengan kaum muslimin, sama sahaja baik itu perjanjian jizyah atau hudnah daripada pemerintah atau (perjanjian) aman daripada seorang muslim.” (selesai nukilan daripada “Mirqah Al-Mafatih”/Ali Al- Qari/6/2261).

Dzimmah” juga adalah sebuah lafaz yang umum.

Ibnu Manzhur r berkata: “Di dalam hadith disebutkan lafaz “Dzimmah” dan “Dzimam” dan kedua-duanya bermaksud “‘Ahd” (perjanjian), “Aman” (keamanan), “Dhiman” (jaminan), “Hurmah” (kehormatan) dan “Haq” (hak). “Ahli Dzimmah” dinamakan “dzimmah” kerana mereka masuk ke dalam perjanjian kaum muslimin dan keamanan mereka.” (“Lisan Al-‘Arab”/12/220).

Al-Hafiz Ibnu Hajar r berkata: “Dzimmi dinisbahkan kepada “Dzimmah” iaitu perjanjian. Di antaranya adalah hadith:

Maksudnya: «Dzimmah (perjanjian) kaum muslimin adalah satu».

(sampai kepada ucapan beliau)

Dan yang dimaksudkan dengan itu adalah orang yang memiliki perjanjian dengan kaum muslimin. Sama sahaja baik perjanjian itu dengan ikatan jizyah (membayar ufti) ataupun hudnah (perdamaian) daripada pemerintah atau (perjanjian) aman daripada seorang muslim.” (selesai nukilan daripada “Fathu Al-Bari”/12/259).

Sudah tentu tatkala dirinci secara istilah, maka akan didapati adanya perbezaan di antara kelompok-kelompok ini semua.

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “Jadilah -di dalam istilah kebanyakan fuqaha’- bahawa Ahli Dzimmah adalah ungkapan bagi orang yang membayar ufti. Mereka memiliki dzimmah (perjanjian) yang diabadikan. Mereka telah membuat perjanjian dengan kaum muslimin bahawa hukum Allah dan Rasul-Nya berlaku ke atas mereka kerana mereka menetap di tempat yang menjalankan hukum Allah dan Rasul-Nya.

Ini berbeza dengan Ahli Hudnah, kerana mereka membuat perjanjian damai dengan kaum muslimin agar mereka diizinkan masuk ke wilayah kaum muslimin. Sama sahaja baik perjanjian damai itu didapatkan dengan membayar wang ataupun dengan cara yang lain. Hukum-hukum Islam tidak berlaku ke atas mereka sebagaimana ianya berlaku ke atas Ahli Dzimmah. Akan tetapi mereka wajib untuk berhenti daripada memerangi kaum muslimin. Kelompok ini dinamakan Ahli Al-‘Ahd, Ahli Al-Sulh dan Ahli Hudnah.

Adapun “Musta’min” maka merujuk kepada orang yang datang ke negara kaum muslimin tetapi tidak menetap di dalamnya. Dan mereka terbahagi kepada 4 jenis: para utusan, para pedagang, orang-orang yang meminta perlindungan (suaka) sehingga diperkenalkan kepadanya Islam dan Al-Quran. Sekiranya mereka mahu, mereka masuk ke dalam agama Islam dan sekiranya mereka enggan, mereka boleh pulang semula ke negara asal mereka. (Yang keempat adalah) orang-orang yang memiliki hajat dan keperluan seperti berkunjung dan selain itu. Hukum mereka adalah: tidak diboikot, tidak dibunuh dan tidak diambil daripada mereka jizyah (ufti). Diperkenalkan kepada orang yang meminta perlindungan (suaka) dari kalangan mereka akan Islam dan diperdengarkan kepadanya akan Al-Quran. Sekiranya dia (memilih untuk) masuk ke dalam agama Islam, maka itulah yang diinginkan. Sekiranya dia lebih suka untuk kembali ke tempat keamanannya (iaitu negara asalnya) maka dia dibenarkan untuk kembali ke sana. Tidak boleh dia dihalang sebelum sampai ke negara asalnya. Apabila dia telah sampai ke negara asalnya, maka dia kembali menjadi kafir harbi seperti sediakala.” (selesai nukilan yang diinginkan daripada “Ahkam Ahli Al-Dzimmah”/Ibnu Al-Qayyim/2/874).

Al-Imam Ibnu Al-Uthaimin r berkata: “Jiwa yang diharamkan (untuk dibunuh) ada empat: jiwa Mukmin, Dzimmi, Mu’ahid dan Musta’min; dengan huruf mim yang dikasrahkan, iaitu yang meminta perlindungan (suaka). Jiwa Mukmin tidak boleh dibunuh kerana keimanannya. Jiwa Dzimmi tidak boleh dibunuh kerana dzimmah (perjanjian jizyah)nya. Jiwa Mu’ahid tidak boleh dibunuh kerana ‘ahd (perjanjian damai)nya dan jiwa Musta’min tidak boleh dibunuh kerana aman (jaminan keamanan)nya.

Perbezaan di antara ketiga-tiga kelompok ini iaitu Dzimmi, Mu’ahid dan Musta’min ialah: Dzimmi adalah orang yang ada dzimmah di antara kita dengannya iaitu perjanjian untuk tinggal dengan aman di negara kita kerana dia telah membayar jizyah (ufti).

Mu’ahid pula adalah orang yang tinggal di negaranya sendiri tetapi dia memiliki perjanjian dengan kita untuk tidak saling berperang.

Musta’min pula orang yang tidak memiliki dzimmah ataupun ‘ahd dengan kita, akan tetapi kita memberikan kepadanya keamanan pada waktu yang terbatas, seperti halnya seorang kafir harbi yang masuk ke negara kita dengan aman bertujuan untuk berdagang dan sebagainya. Atau untuk memahami Islam. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar ayat-ayat Allah, kemudian hantarlah dia ke tempat keamanannya (negara asalnya).) [Al-Taubah: 6].

Di sana ada perbezaan yang lain iaitu: bahawasanya ‘ahd (perjanjian damai) boleh diambil daripada seluruh jenis orang kafir sementara dzimmah pula tidak boleh diambil melainkan daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi, bukan seluruh jenis orang kafir. Inilah pandangan yang masyhur daripada Mazhab (Hanbali). Dan pandangan yang benar adalah ia (dzimmah) boleh diambil daripada seluruh jenis orang kafir.

Maka empat jenis jiwa ini adalah haram untuk dibunuh. Akan tetapi (tingkatan) keharamannya tidaklah sama. Jiwa Mukmin adalah yang paling besar keharamannya, kemudian Dzimmi, kemudian Mu’ahid kemudian Musta’min.” (selesai nukilan daripada “Majmu’ Fatawa Wa Rasail Al-‘Uthaimin”/9/499).

Termasuk di antara perbezaannya juga adalah: diambil daripada Ahli Dzimmah pada setiap tahunnya   daripada (hasil) perdagangan mereka. Adapun untuk Ahli ‘Ahd -yang datang dari negara kafir harbi dengan perjanjian damai atau perjanjian keamanan- maka diambil sebanyak  daripada (hasil) perdagangan mereka.

Syaikh Al-Islam r berkata: “Dan qiyas pendapat yang menggandakan persepuluhan adalah: bahawasanya Musta’min, apabila dia bercucuk tanam di negara Islam; maka wajib ke atasnya  , digandakan daripada apa yang diambil daripada Dzimmi. Begitu juga apabila dia berdagang di negara Islam. Wajib ke atasnya  , digandakan daripada apa yang diambil daripada Dzimmi.” (“Iqtidha Al-Sirat Al-Mustaqim”/2/339).

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “Adapun perincian di dalam mazhab Ahmad, maka telah berkata Al-Maimuni: “Saya bertanya kepada Abu Abdillah (Ahmad Ibnu Hanbal): “Dari manakah (dalil) para ulama dalam mengambil harta Ahli Dzimmah sebanyak dua kali ganda sekiranya mereka berdagang di negara Islam? Atas sunnah siapakah ia?” Beliau menjawab: “Saya tidak tahu kecuali ianya daripada perbuatan Umar Ibnu Al-Khattab t.” Kemudian beliau berkata: “Diambil zakat daripada kita sebanyak  , lalu jumlah tersebut digandakan ke atas mereka (Ahli Dzimmah) sehingga diambil daripada mereka sebanyak  .” (“Ahkam Ahli Al-Dzimmah”/1/349).

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “Maka inilah mazhab beliau tentang Dzimmi. Adapun kafir Harbi Mu’ahid, maka diambil daripadanya  . Telah berkata Hanbal (iaitu: Ibnu Ishak, anak saudara bagi Imam Ahmad): “Saya mendengar Abu Abdillah (iaitu: Ahmad Ibnu Hanbal) berkata: “Barangsiapa yang termasuk dari kalangan Ahli Harbi (tetapi memiliki perjanjian), maka wajib ke atas mereka untuk membayar  . Barangsiapa yang termasuk dari kalangan Ahli ‘Ahd, maka wajib ke atas mereka untuk membayar  , setahun sekali.” Maksud beliau Ahli ‘Ahd adalah Ahli Dzimmah. Al-Maimuni berkata: “Saya bertanya kepada Abu Abdillah lalu beliau membacakan kepada saya: “Wajib ke atas Ahli Harbi untuk membayar  sebagaimana di dalam hadith Anas Ibnu Malik daripada Umar.” (selesai nukilan daripada “Ahkam Ahli Al-Dzimmah”/1/358-359).

____________________________________

• Fasal Kedua: Adakah Kafir “Mu’ahid” Dan “Musta’min” Sudah Tidak Ada Lagi Sekarang Ini?

Apakah kafir Mu’ahid dan Musta’min sudah tidak ada lagi pada masa ini sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian Khawarij? Bahkan mereka masih wujud sehinggalah ke hari kita hari ini.

Sesungguhnya puak Khawarij telah menafikan kewujudan negara Islam –berdasarkan akidah mereka yang rosak yang telah pun diketahui berkaitan Takfir (mengkafirkan) kaum muslimin dan para pemerintah mereka– sedangkan negara-negara Islam itu ada seperti Kerajaan Arab Saudi dan selainnya.

Setelah kamu tahu bahawa negara-negara Islam itu sememangnya wujud, maka ketahuilah bahawa kafir Mu’ahid adalah kafir yang memiliki perjanjian damai dengan pemerintah Islam. Adapun kafir Musta’min, maka ia adalah kafir yang meminta keamanan daripada seorang mukmin atau mukminah, dan ia adalah akad perjanjian yang sah.

Syaikh Al-Islam r berkata: “Perjanjian keamanan itu boleh dibuat untuk setiap orang kafir oleh setiap orang muslim dan tidak disyaratkan apa-apa syarat pun ke atas Musta’min. Dzimmah pula tidak boleh dibuat melainkan oleh pemerintah atau wakil bagi pemerintah. Ia tidak boleh dibuat melainkan dengan syarat-syarat yang banyak yang harus dipenuhi oleh Ahli Dzimmah seperti selamanya terhina dan sebagainya.” (“Al-Sarim Al-Maslul”/89).

Ini disebutkan juga oleh Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r di dalam “Ahkam Ahli Dzimmah”/3/1441).

Maka (kesimpulannya) kafir Mu’ahid dan kafir Musta’min masih ada sehinggalah ke hari ini. Ini bertentangan dengan apa yang dipegang oleh sebahagian Khawarij.

Al-Imam Ibnu Uthaimin r berkata: “Di tempat kita ada kafir Mu’ahidun, Musta’minun dan Mu’ahidun. Mu’ahidun am dan Mu’ahidun khas. Sesiapa yang datang ke negara kita dari kalangan orang-orang kafir dengan tujuan untuk bekerja atau berdagang dan dia telah diberikan izin untuk itu, maka dia sama ada kafir Mu’ahid atau kafir Musta’min. Oleh itu, tidak boleh dirinya dizalimi. Telah sabit daripada Nabi g bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang membunuh seorang Mu’ahid, nescaya dia tidak akan menghidu bau wangi syurga.»

Kita adalah orang-orang Islam yang tunduk kepada perintah Allah U. Kita menghormati apa yang dituntut oleh Islam untuk menghormatinya dari kalangan Ahli ‘Ahd dan Aman. Barangsiapa yang melanggar hal itu, maka dia telah berbuat jahat kepada Islam dan telah memaparkan Islam kepada orang ramai dengan wajah keganasan, penipuan dan pengkhianatan. Barangsiapa yang terus menerus patuh kepada hukum-hakam Islam dan menghormati ikatan dan perjanjian, maka dialah yang diharapkan kebaikan dan keberuntungannya.” (“Majmu’ Fatawa Wa Rasail Al-‘Uthaimin”/25/493).

____________________________________

• Fasal Ketiga: Peringatan Daripada Membunuh Kafir “Mu’ahid” Atau “Musta’min” Dan Mengambil Harta Mereka Tanpa Hak.

Barangsiapa yang membunuh seorang Mu’ahid ataupun Musta’min pada zaman ini –dan pada zaman-zaman yang lain– maka sesungguhnya dia telah menyelisihi Al-Quran, Al-Sunnah dan Ijma’. Dia (diancam) tidak akan dapat menghidu bau wangi syurga dan tidak akan masuk ke dalamnya kecuali sekiranya Allah berkehendak selain itu. Bahkan puak Khawarij itu, merekalah anjing-anjing neraka.

Al-Imam Muhammad Ibnu Isma’il Al-Amir Al-San’ani r berkata: “Di dalam hadith tersebut terdapat dalil akan diharamkannya membunuh seorang Mu’ahid.” (“Subul Al-Salam”/2/501).

Al-Imam Al-Syaukani r berkata: “Mu’ahid adalah orang yang datang dari negara harbi yang masuk ke negara Islam dengan jaminan keamanan. Maka haram ke atas kaum muslimin untuk membunuhnya tanpa perselisihan di kalangan Ahli Islam (tentang itu) sehinggalah dia kembali ke tempat keamanannya (negara asalnya). Ini ditunjukkan oleh firman Allah c:

Maksudnya: (Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar ayat-ayat Allah, kemudian hantarlah dia ke tempat keamanannya (negara asalnya).) [Al-Taubah: 6].

(selesai nukilan daripada “Nail Al-Authar”/Al-Syaukani/7/18).

Beliau r juga berkata: “Kedua-dua hadith (di dalam bab) ini mengandungi ancaman yang keras ke atas orang yang membunuh kafir Mu’ahid.” (“Nail Al-Authar”/Al-Syaukani/7/19).

Demikian juga harta mereka haram diambil secara zalim sebagaimana di dalam hadith:

Maksudnya: “Dahulu Al-Mughirah ikut serta dengan suatu kaum pada masa jahiliyyah lalu dia membunuh dan mengambil harta mereka. Kemudian dia datang (kepada Nabi g) lalu memeluk Islam. Maka Nabi g bersabda: «Adapun Islamnya, maka aku terima. Adapun urusan hartanya, maka aku tidak masuk campur dalam hal itu sedikitpun.» Al-Hadith. [HR. Al-Bukhari (2731)].

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “Di dalam sabda Nabi g «Adapun Islamnya, maka aku terima. Adapun urusan hartanya, maka aku tidak masuk campur dalam hal itu sedikitpun.» terdapat dalil bahawasanya harta musyrik Mu’ahid adalah terpelihara dan tidak boleh ia dimiliki oleh orang Islam bahkan haruslah ia dikembalikan semula; kerana Al-Mughirah dahulunya ikut serta dengan mereka atas perjanjian keamanan kemudian dia mengkhianati mereka dan mengambil harta mereka. Maka Nabi g tidak mengusik sedikitpun daripada harta mereka itu, baginda tidak membelanya dan tidak juga membayarkan jaminan kepada mereka kerana kejadian tersebut berlaku sebelum keislaman Al-Mughirah.” (Zad Al-Ma’ad/3/271).

Dan diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad di dalam “Musnad” beliau (17174), Abu Daud di dalam “Sunan” beliau (3804) dan Al-Thabrani di dalam “Musnad Al-Syamiyyin” (1061) daripada Al-Miqdam Ibnu Ma’di Karib t, daripada Rasulullah g bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: «Ketahuilah bahawa sesungguhnya aku telah diberikan Al-Kitab dan yang semisal dengannya bersamanya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya aku telah diberikan Al-Kitab dan yang semisal dengannya bersamanya. Ketahuilah bahawa hampir-hampir akan ada seorang lelaki duduk memiringkan badannya dalam keadaan kenyang di atas kerusi empuknya sambil berkata: “Hendaklah kamu semua berpegang dengan Al-Quran (sahaja). Apa yang kamu dapati di dalamnya sesuatu yang halal, maka halalkanlah ia. Dan apa yang kamu dapati di dalamnya sesuatu yang haram, maka haramkanlah ia.” Ketahuilah bahawasanya tidak halal bagi kamu daging keldai jinak, tidak halal juga setiap binatang buas yang memiliki taring. Ketahuilah bahawa tidak ada istilah “Luqatah” (barang jumpaan) daripada harta seorang Mu’ahid kecuali sekiranya ia sudah tidak diperlukan lagi oleh tuannya. Dan barangsiapa yang singgah di suatu kaum, maka wajib ke atas kaum tersebut untuk menjamu mereka. Sekiranya kaum tersebut enggan menjamu mereka, maka mereka boleh menghukum kaum tersebut dengan semisal nilai jamuan mereka.» Ini adalah hadith yang sahih.

Ibnu Al-Athir r berkata: “Di antaranya adalah hadith «tidak halal bagi kamu itu dan ini. Dan tidak juga luqatah (barang jumpaan) daripada seorang kafir Mu’ahid» maksudnya: luqatah (barang jumpaan) daripada harta Mu’ahid tidak boleh dimiliki (oleh Muslim) kerana kafir Mu’ahid itu terpelihara hartanya. Berlaku ke atasnya hukum yang sama seperti hukum yang berlaku ke atas Dzimmi.” (“Al-Nihayah Fi Gharib Al-Athar”/3/325).

Al-‘Allamah Ibnu ‘Aqil r berkata: “Inilah pandangan yang benar daripada Mazhab (iaitu Mazhab Hanbali) kerana perjanjian dzimmah untuk kafir Dzimmi dan perjanjian keamanan untuk kafir Harbi telah mewajibkan untuk harta-harta mereka dipelihara dan dijaga dengan sebab perjanjian dan jizyah (yang telah diberikan). Perbuatan mengambil harta-harta mereka merupakan kezaliman daripada kita dan merupakan pengurangan terhadap dzimmah mereka yang mengharuskan harta dan darah mereka dipelihara.” (dinukilkan oleh Ibnu Al-Qayyim di dalam “Badai’ Al-Fawaid”/3/150).

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r berkata: “… kerana kafir Musta’min adalah haram untuk dibunuh. Jiwanya dijamin dan tangan orang yang mengambil hartanya dipotong.” (“Ahkam Ahli Al-Dzimmah”/2/737).

Al-Imam Ibnu ‘Uthaimin r berkata: “Tidak halal bagi kita harta dan darah orang-orang kafir Mu’ahidin sehinggakan Nabi g bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang membunuh seorang Mu’ahid, nescaya dia tidak akan menghidu bau wangi syurga.»

Kita memohon kepada Allah keselamatan. Maka dengan ini, tahulah kita akan pencerobohan, kezaliman dan kesesatan orang-orang yang tertipu itu yang mana mereka melampaui batas terhadap harta orang-orang kafir Mu’ahidin. Sama sahaja baik orang kafir tersebut berada di negara kamu dalam keadaan dia merupakan seorang Mu’ahid ataupun kamu yang berada di negaranya; kerana kami mendengar bahawa sebahagian pemuda yang berada di negara-negara kufur, ada yang berkata: “Tidak mengapa untuk kita merosakkan harta orang-orang kafir itu.” Maka kamu dapati mereka merosakkan lampu-lampu jalan, merosakkan tempat-tempat perniagaan dan merosakkan kereta-kereta. Yang seperti ini adalah haram ke atas mereka. Subhanallah, kaum yang telah memberikan penjagaan kepada kamu dan kamu yang berada di dalam perjanjian damai dengan mereka, bukan mereka yang berada di dalam perjanjian damai dengan kamu, lalu kamu mengkhianati mereka. Ini adalah sesuatu yang paling memburukkan Islam dan yang paling mencemarkan gambaran Islam.

Hakikatnya, yang buruk dan tercemar bukanlah gambaran Islam, akan tetapi para pelakunya sendiri yang menyandarkan diri mereka kepada Islam. Oleh sebab itu, wajib ke atas kita untuk mengetahui bahawa harta orang-orang kafir Mu’ahidin adalah haram (harus dihormati). Sama sahaja baik mereka Mu’ahidin di tempat kamu ataupun kamu di tempat mereka. Tidak halal untuk (kamu) melakukan pencerobohan ke atas mereka kerana yang demikian itu merupakan kezaliman.” (selesai daripada “Syarhu Al-Arba’in Al-Nawawiyyah”/Al-‘Uthaimin/245-246).

Al-Imam Ibnu ‘Uthaimin r ditanya: “Anda sudah pun mengetahui tentang kejadian letupan yang berlaku di daerah atas yang telah meragut nyawa orang ramai termasuk di antaranya orang-orang kafir Mu’ahidin dan selain mereka. Perbuatan tersebut dilakukan oleh para pemuda yang sangat dungu. Anda juga telah mengetahui bagaimana besarnya perbuatan ini dan apa yang ada di dalamnya berupa penyelisihan terhadap syariat Allah dan Rasul-Nya g, meninggalkan dalil-dalil syariat, meremehkan pandangan para ulama dan orang-orang yang kukuh ilmunya, menentang serta memerangi pemerintah. Sekarang dikhabarkan bahawa telah berlaku lagi satu letupan yang baharu. Maka adakah anda mempunyai beberapa kalimat yang dapat disampaikan dalam rangka menjelaskan agama Allah c tentang hal ini dan memperingatkan (umat) daripada ketergelinciran yang merbahaya ini yang telah ditempuh oleh sekelompok pemuda -dan jumlah mereka sedikit, segala puji bagi Allah-. Perbuatan mereka ini adalah kesinambungan daripada apa yang dilakukan oleh puak Khawarij dan barangkali mereka sendiri tidak tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan puak Khawarij. Adakah anda dapat menjelaskan (hal ini) demi agama Allah c?

Beliau r menjawab: “Tidak diragukan lagi bahawa perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak diredai oleh sesiapapun. Setiap orang yang berakal -apatah lagi orang yang beriman- tidak meredainya kerana ia menyalahi Al-Kitab dan Al-Sunnah. Dan juga kerana di dalamnya terdapat perbuatan menyakiti Islam daripada dalam dan luar kerana setiap orang yang mendengarkan berita ini tidak akan menyandarkannya melainkan kepada mereka yang berpegang teguh dengan Islam, kemudian mereka berkata: “Inilah dia kaum muslimin, inilah akhlak Islam” Padahal Islam sendiri berlepas diri daripada perbuatan tersebut. Maka orang-orang yang melakukan hal-hal ini sebenarnya telah menyakiti Islam pertama sekali sebelum yang lain. Kita memohon kepada Allah c agar membalas mereka dengan keadilan-Nya disebabkan keburukan yang sangat besar ini.

Yang kedua: mereka telah menyakiti saudara-saudara mereka yang lurus agamanya (mustaqim); kerana apabila manusia telah menggambarkan, hatta orang-orang Islam, apabila mereka telah menggambarkan bahawa perbuatan ini terjadi daripada orang-orang yang mendakwa dirinya muslim dan cemburu terhadap Islam, nescaya manusia akan membenci sesiapa sahaja yang begini akhlaknya dan dia akan menyangka bahawa ini adalah akhlak setiap orang Islam yang lurus agamanya (mustaqim).

Telah diketahui bahawa perbuatan ini tidak mewakili seorang muslim pun yang lurus agamanya (mustaqim) -secara mutlak-. Kerana yang sebenarnya mustaqim adalah yang tegak lurus di atas Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya g sedangkan tidak lagi samar bagi kita semua bahawa Allah c telah memerintahkan kita untuk menyempurnakan perjanjian dan memenuhi kesepakatan. Allah c berfirman:

Maksudnya: (Dan sempurnakanlah perjanjian, kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.) [Al-Isra’: 34].

Dan tidak lagi samar bagi kita akan sabda Nabi g:

Maksudnya: «Barangsiapa yang membunuh seorang Mu’ahid, nescaya dia tidak akan menghidu bau wangi syurga.»

Sempurnakanlah perjanjian. Demikian juga tidak lagi samar bagi kita akan sabda baginda g:

Maksudnya: «Dzimmah (jaminan) kaum muslimin adalah satu. Orang yang paling rendah dari kalangan mereka boleh memberikan jaminan tersebut (kepada seorang kafir). Barangsiapa yang membatalkan dzimmah (jaminan) seorang muslim, nescaya dia akan mendapatkan laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.»

Yang ketiga: kalaupun diandaikan dengan andaian yang paling buruk bahawasanya orang-orang yang terbunuh tersebut sememangnya berasal dari negara yang memusuhi Islam, lalu apa dosa mereka? Mereka adalah orang-orang yang datang dengan arahan daripada pemerintah mereka. Barangkali sebahagian daripada mereka datang dengan terpaksa, tidak ingin melakukan kezaliman.

Demikian juga, apa dosa kaum muslimin yang tinggal di kawasan letupan tersebut? Sebahagian kaum muslimin di negeri ini ada yang terkena letupan tersebut dari kalangan anak-anak kecil, wanita-wanita tua, dan orang-orang tua di tempat tinggal mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur di atas tempat-tempat tidur mereka. Oleh sebab itu, jenayah ini merupakan jenayah yang paling keji.

Akan tetapi dengan kekuatan daripada Allah, orang-orang yang zalim pasti tidak akan beruntung. Mereka akan diketahui dan akan menerima balasannya.

Akan tetapi, yang wajib ke atas para penuntut ilmu adalah menerangkan (kepada umat) bahawasanya manhaj ini adalah manhaj yang busuk. Manhaj puak Khawarij yang menghalalkan darah orang-orang Islam dan meninggalkan darah orang-orang kafir.” (“Majmu’ Fatawa Wa Rasail Al-‘Uthaimin”/25/434-436).

selesai jawapan, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist