FATWA HAIAH KIBAR AL-ULAMA AL-SU’UDIYYAH TENTANG JEMAAH ISIS

Ini adalah penerangan bagi Fatwa Haiah Kibar Al-Ulama’ (Badan Ulama Senior) di Arab Saudi yang memberikan peringatan akan bahayanya gerakan Al-Qa’idah, ISIS dan selain itu dari kalangan organisasi-organisasi pengganas:

Sesungguhnya, fatwa Haiah Kibar Al-Ulama’ pada majlis yang ke-20 yang diadakan di kota Riyadh bertarikh 25/4/1431 H telah mengisyaratkan kepada keputusan dan penjelasan yang telah lalu terkait perbuatan golongan yang melakukan kerosakan di atas muka bumi ini seperti mengganggu-gugat keamanan, mencabul kehormatan di negara-negara Islam dan selain itu sebagaimana keputusan yang telah dikeluarkan pada tarikh 12/1/1409 H, penjelasan pada tarikh 22/6/1416 H, penjelasan pada tarikh 13/2/1417 H dan penjelasan pada tarikh 14/6/1424 H.

Haiah telah meneliti hukum “Bantuan Dana Keganasan” dengan penelitian: bahawasanya “Terrorisme” (keganasan) adalah suatu kejahatan yang bertujuan untuk melakukan kerosakan dengan mengganggu-gugat keamanan, melakukan jenayah ke atas jiwa, harta benda dan kemudahan khas dan awam seperti memusnahkan tempat tinggal, sekolah, hospital, kilang-kilang, jambatan, memusnahkan kapal terbang atau merampasnya, memusnahkan sumber-sumber umum milik negara seperti saluran minyak dan gas dan selain itu berupa pemusnahan dan perosakan yang telah diharamkan oleh syariat. Oleh itu, bantuan dana keganasan ini merupakan satu bentuk memberikan bantuan kepadanya dan merupakan sebab kekal dan tersebarnya ia.

Sebagaimana Haiah juga telah meneliti dalil-dalil tentang “Jenayah Bantuan Dana Keganasan” ini daripada Al-Quran, Al-Sunnah dan kaedah-kaedah syarak. Di antaranya adalah firman Allah Yang Maha Benar e:

Maksudnya: (Hendaklah kamu saling tolong menolong di atas kebaikan dan takwa dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.) [Al-Ma’idah: 2].

Dan firman Allah c:

Maksudnya: (Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia menjadikan kamu merasa kagum sedangkan dia menjadikan Allah sebagai saksi tentang apa yang berada di dalam hatinya padahal dia adalah orang yang sangat keras permusuhannya.

Apabila dia pergi, dia berusaha untuk melakukan kerosakan di atas muka bumi, membinasakan tanaman dan keturunan sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.) [Al-Baqarah: 204-205].

Dan firman Allah:

Maksudnya: (Janganlah kamu melakukan kerosakan di atas muka bumi setelah ia diperbaiki.) [Al-A’raf: 56].

Di dalam “Sahih Muslim”, daripada hadith Ali Ibnu Abi Talib t, bahawa Rasulullah g bersabda:

Maksudnya: «Semoga Allah melaknat orang yang memberikan naungan kepada mereka yang melakukan “Al-Ihdath” (kebid’ahan atau dosa besar).»

Al-Hafiz Ibnu Hajar r berkata di dalam “Fathu Al-Bari”: “Di dalam hadith ini terdapat dalil bahawa yang melakukan “Al-Ihdath” dan yang memberikan naungan kepadanya adalah sama dari segi dosa.

Termasuk di antara kaedah yang telah tetap di dalam syariat Islam adalah bahawasanya “wasilah memiliki hukum tujuan”.

Begitu juga kerana telah datang di dalam syariat ini perintah untuk memelihara hak dan perjanjian di negara-negara Islam dan selainnya.

Oleh itu, maka Haiah menetapkan bahawa: bantuan dana keganasan ini atau masuk ke dalamnya adalah haram dan kejahatan yang mana pelakunya akan dihukum dari sudut syarak. Sama sahaja hukumnya baik itu dengan cara memberikan harta kepada mereka atau mengumpulkan harta atau bekerjasama di dalam hal itu. Dengan cara apa sekalipun, baik dasarnya berupa harta ataukah bukan harta, baik sumber harta tersebut adalah sumber yang menepati syarak ataukah yang tidak menepati syarak.

Barangsiapa yang berbuat kejahatan tersebut dalam keadaan dia telah mengetahui hukumnya, maka dia telah melakukan perkara yang haram dan telah terjatuh ke dalam jenayah yang melayakkannya untuk mendapatkan hukuman syarak berdasarkan pertimbangan mahkamah.

Haiah juga menekankan bahawa bantuan dana keganasan ini tidaklah mencakupi hal ehwal bantuan yang disalurkan kepada jalan-jalan kebaikan yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada golongan fakir miskin di dalam kehidupan mereka, merawat dan mengajar mereka kerana yang demikian itu termasuk di antara perkara yang disyariatkan oleh Allah di dalam harta orang-orang kaya sebagai hak yang harus diberikan kepada fakir miskin.

Dan sesungguhnya, tatkala Haiah Kibar Al-Ulama menetapkan hal ini, ia mewasiatkan kepada seluruh umat Islam agar berpegang teguh dengan agama ini dan jalan Nabi kita yang mulia g serta menahan diri daripada melakukan amalan yang sifatnya dapat membahayakan manusia dan menzalimi mereka.

Kita memohon kepada Allah U untuk memberikan kepada negara yang diberkati ini iaitu Kerajaan Arab Saudi dan seluruh negara umat Islam([1]), kebaikan, kesalihan, pemeliharaan dan penyatuan kalimah, dan semoga Allah memperbaiki keadaan manusia seluruhnya dengan perkara yang dapat merealisasikan keadilan dan menyebarkan keutamaan. Hanya Allah sebagai Pemberi taufiq dan Pemberi petunjuk ke jalan yang lurus.

Haiah Kibar Al-Ulama’ (Badan Ulama Senior, Arab Saudi):

Ketua Haiah Kibar Al-Ulama’:

  • Abdul Aziz Ibnu Abdillah Ibnu Muhammad Aalu Al-Syaikh

Anggota:

  • Soleh Ibnu Muhammad Al-Luhaidan
  • Abdullah Ibnu Abdil Rahman Al-Ghudayyan
  • Abdullah Ibnu Sulaiman Al-Muna’i
  • Dr. Soleh Ibnu Fauzan Al-Fauzan
  • Dr. Abdullah Ibnu Abdil Muhsin Al-Turki
  • Dr. Abdul Wahhab Ibnu Ibrahim Abu Sulaiman
  • Dr. Abdullah Ibnu Muhammad Aalu Al-Syaikh
  • Dr. Soleh Ibnu Abdillah Ibnu Humaid
  • Dr. Ahmad Ibnu Ali Sair Al-Mubaraki
  • Dr. Abdullah Ibnu Muhammad Al-Muthlaq
  • Dr. Muhammad Ibnu Abdil Kalim Al-‘Isa
  • Soleh Ibnu Abdil Rahman Al-Husoin
  • Abdullah Ibnu Muhammad Ibnu Khunain
  • Muhammad Ibnu Hasan Aalu Al-Syaikh
  • Dr. Ya’qub Ibnu Abdil Wahhab Al-Bahusain
  • Dr. Abdul Karim Ibnu Abdillah Al-Khudair
  • Dr. Ali Ibnu Abbas Hakami
  • Dr. Muhammad Ibnu Muhammad Al-Mukhtar
  • Dr. Qais Ibnu Muhammad Aalu Al-Syaikh Mubarak

([1]) Saya -Abu Fairuz- berkata: Negara Arab Saudi, Yaman, Iraq, Syam, Mesir, Somalia, Indonesia, Malaysia dan selainnya adalah termasuk di antara negara-negara umat Islam. Ini berbeza dengan pandangan ISIS bahawa negara-negara tersebut adalah negara orang-orang kafir. Bantahan ke atas mereka adalah daripada beberapa sudut sementara lembaran ini tidak cukup luas untuk membahasnya. Telah datang kepada saya pertanyaan: “Apakah negara Islam?

Maka saya menjawab –dengan memohon pertolongan Allah-: “Para ulama telah berselisih pendapat tentang permasalahan ini sementara lembaran ini tidak cukup luas untuk membahasnya, akan tetapi pendapat yang paling kuat adalah bahawasanya segala sesuatu itu wujud berdasarkan tanda-tandanya. Maka kewujudan Islam di dalam sesebuah negara dapat diketahui berdasarkan jelasnya tanda-tanda keagamaannya iaitu syiar yang ada padanya.

Al-Qadhi Al-‘Aini r berkata: “Yang dimaksudkan dengan syiar adalah tanda-tanda yang mereka gunakan untuk beribadah dengannya.” (“Umdah Al-Qari”/Al-‘Aini/9/291).

Dan bukanlah syarat harus terkumpulnya keseluruhan syiar-syiar Islam di dalam sesebuah negara itu (sehingga ia menjadi sebuah negara Islam) akan tetapi yang disyaratkan adalah syiar-syiarnya yang paling besar seperti: mengumandangkan azan.

Daripada Anas Ibnu Malik t, beliau berkata:

Maksudnya: «Bahawa Nabi g apabila memerangi suatu kaum bersama kami, tidaklah baginda berperang bersama kami, sehinggalah masuk waktu subuh dan baginda menunggu; sekiranya baginda mendengar azan, maka baginda tidak memerangi mereka. Sekiranya baginda tidak mendengar azan, baharulah baginda menyerang mereka.» [(HR. Al-Bukhari (615) dan Muslim (382)].

Maka ini menunjukkan bahawa sebuah negara itu dikatakan Negara Islam apabila nyata kelihatan padanya syiar Islam yang jelas iaitu azan sebagaimana yang disebutkan oleh Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah r: “Sesungguhnya syiar bagi agama yang hanif ini adalah azan yang mana ia mengandungi pengumuman dengan menyebut nama Allah, yang dengan itu terbukalah pintu-pintu langit sehingga syaitan pun lari dan rahmat pun turun.” (“Iqtidha’ Al-Sirat Al-Mustaqim”/1/356).

Al-Qadhi ‘Iyadh r berkata: “Yang terkandung di dalam laungan azan adalah pemberitahuan akan masuknya waktu (solat), panggilan untuk melaksanakan solat berjemaah, pemberitahuan akan tempat didirikannya solat, menampilkan syiar Islam dan bahawa wilayah tersebut merupakan wilayah Islam.” (dinukilkan oleh Muhammad Ibnu Yusuf Al-Gharnathi di dalam “Al-Taj Wal Al-Iklil”/2/110).

Al-Maziri r berkata: “Azan memiliki dua makna; yang pertama adalah menampilkan syiar-syiar Islam dan memberitahukan bahawa wilayah tersebut adalah wilayah Islam…” (dinukilkan oleh Hamd Ibnu Nasr Al-Hanbali di dalam “Majmu’ Al-Rasail Wa Al-Masail Wa Al-Fatawa”/29).

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah r berkata: “Kerana sesungguhnya laungan azan adalah syiar bagi wilayah Islam yang mana telah sabit di dalam “Al-Sahih” bahawa Nabi g menggantungkan penghalalan penduduk suatu wilayah dengan perbuatan mereka meninggalkan azan. Baginda menunaikan solat subuh lalu baginda menunggu, sekiranya baginda mendengar ada yang melaungkan azan, maka baginda tidak menyerang wilayah tersebut. Akan tetapi sekiranya baginda tidak mendengarnya, baharulah baginda menyerang.” (“Al-Fatawa Al-Kubra Ibnu Taimiyyah”/2/41).

Al-Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali r berkata: “Dan di antaranya adalah -dan inilah yang diinginkan daripada bab tersebut-: bahawasanya Nabi g menjadikan azan sebagai pemisah di antara wilayah kufur dan wilayah Islam; sekiranya baginda mendengar ada yang melaungkan azan, maka baginda menahan diri daripada darah dan harta mereka. Akan tetapi sekiranya baginda tidak mendengar azan, maka baginda akan menyerang wilayah tersebut setelah masuknya waktu subuh.” (“Fathu Al-Bari”/Ibnu Rajab/5/232).

Ahmad Ibnu Ghanim Al-Maliki r berkata dalam menjelaskan faedah-faedah daripada laungan azan: “Dan azan memiliki banyak sekali faedah, di antaranya: pemberitahuan akan masuknya waktu solat dan inilah yang  diinginkan daripada laungan azan tersebut yang mana untuk itu ia disyariatkan. Termasuk di antara faedahnya juga adalah: pemberitahuan bahawa wilayah tersebut merupakan wilayah Islam.” (“Al-Fawakih Al-Dawani ‘Ala Risalah Ibni Abi Zaid Al-Qairawani”/Al-Gharnathi/1/171).

google trends: #isis #is #islamicstate #daesh #iraq #syria #isisiraq #syriaisis #isisvideo #isislatest #isisattack #youtubeisis #whatisisis #isislatestnews #isiswar #isisterkini #isisinmalaysia #israel #terrorist