BEBERAPA HAK RASULULLAH KE ATAS ORANG-ORANG YANG BERIMAN (BAHAGIAN 3)

YANG KELIMA: Mengikuti Jalan Baginda Dan Meneladani Baginda

Firman Allah تَعَالَى:

“Katakanlah: ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(QS: Ali Imran, 3 : 31)

Syaikh al-Islam r berkata:

“Kesempurnaan rasa cinta dan pengagungan kepada baginda hanyalah pada mengikuti baginda, mentaati dan menuruti perintah baginda, menghidupkan sunnah baginda secara zahir dan batin, menyebarkan apa yang diutuskan bersama baginda (iaitu: syariat), dan berjuang menegakkan hal tersebut dengan hati, tangan dan lisan kerana inilah jalan Al-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang mendahului dan pertama masuk Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar serta yang mengikuti mereka dengan baik.”

(Iqthidha’ al-Sirat al-Mustaqim, j. 2, h. 124)

Imam Ibnu Kathir r berkata:

“Ayat yang mulia ini menjadi hakim pemutus terhadap setiap orang yang mendakwa mencintai Allah akan tetapi tidak berada di atas jalan Muhammad. Pada hakikatnya dia telah berdusta dengan dakwaannya tersebut sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad dan agama baginda dalam setiap ucapan dan keadaannya sebagaimana yang telah sahih daripada Rasulullah s bahawa baginda bersabda:

“Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang mana amalan tersebut bukan daripada urusan agama kami, maka ia tertolak.”

Oleh itu Allah berfirman:

“Katakanlah: ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu’,

Iaitu: Kamu akan mendapatkan sesuatu yang lebih daripada apa yang kamu pinta berupa kecintaan kamu kepada-Nya, iaitu kecintaan-Nya kepada kamu dan ia adalah lebih agung daripada yang pertama sebagaimana yang diucapkan oleh sebahagian orang-orang yang cerdik pandai:

‘Bukanlah yang penting untuk kamu mencintai akan tetapi yang sebenarnya penting ialah untuk kamu dicintai’.”

(Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim, j. 1, h. 494-495)

Dan firman Allah سُبحَانَه:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(QS: Al-Ahzab, 33 : 21)

Imam al-Baghawi r berkata:

“Iaitu: Pada diri baginda terdapat keteladanan yang baik sekiranya kamu menolong agama Allah dan mendukung Rasul. Janganlah kamu semua tertinggal di belakang baginda dan hendaklah kamu bersabar terhadap apa yang menimpa kamu sebagaimana yang baginda lakukan tatkala patah gigi hadapan baginda, luka wajah baginda, terbunuh ayah saudara baginda, dan baginda diganggu dengan berbagai-bagai jenis gangguan, namun tetap baginda menyertai kamu semua dengan diri baginda sendiri. Maka hendaklah kamu juga melakukan yang seperti itu dan ikutilah sunnah baginda.”

(Ma’alim al-Tanzil, h. 336)

Daripada Anas bin Malik r, beliau berkata:

“Datang tiga orang lelaki ke rumah para isteri Nabi s bertanyakan tentang ibadah Nabi s. Tatkala para isteri baginda mengkhabarkan kepada mereka tentang ibadah baginda, seakan-akan mereka memperkecilkannya. Lalu mereka berkata: ‘Di manakah kita berbanding baginda Nabi s? Sungguh telah diampuni dosa-dosa baginda yang telah lalu dan yang akan datang.’ Maka salah seorang dari mereka berkata: ‘Adapun saya, maka sesungguhnya saya akan solat malam selama-lamanya.’ Seorang lagi pula berkata: ‘Saya pula akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan berbuka.’ Seorang lagi pula berkata: ‘Saya akan menjauhi para wanita maka saya tidak akan berkahwin selama-lamanya.’ Kemudian baginda s mendatangi mereka dan bersabda: ‘Adakah kamu semua yang berkata demikian dan demikian? Adapun aku, maka demi Allah aku adalah yang paling takut kepada Allah di antara kamu semua dan yang paling bertakwa kepada-Nya. Namun begitu, aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku tidur dan aku berkahwin dengan wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku maka bukanlah dia dari golonganku’.”

(HR al-Bukhari, 5063 dan Muslim, 1401)

Syaikh al-Islam r berkata:

“Adapun sikap berpaling daripada isteri dan anak-anak, maka bukanlah ia termasuk daripada perkara yang dicintai Allah dan Rasul-Nya dan bukan juga ia termasuk daripada agama para Nabi. Bahkan sungguh Allah تَعَالَى telah berfirman:

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul- rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.”

Menanggung nafkah keluarga dan bekerja untuk mereka terkadang menjadi wajib dan terkadang menjadi mustahab (sunat). Lalu bagaimana perbuatan meninggalkan suatu yang wajib atau sunat menjadi sebahagian daripada agama?

(Majmu’ al-Fatawa, j. 10, h. 642-643)

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru r, bahawa Nabi s bersabda:

“Setiap amalan itu ada masa semangatnya dan setiap masa semangat itu ada masa jemunya. Barangsiapa yang kejemuannya itu menghala kepada sunnahku, maka sungguh dia telah beruntung. Dan barangsiapa yang kejemuannya itu menghala kepada selain itu (iaitu: selain sunnah Nabi) maka sungguh dia telah binasa.”

(HR Ahmad, 6764 dan ia dinilai sahih oleh Imam al-Wadi’i di dalam “Al-Jami’ al-Sahih”, 3250)

Daripada seorang lelaki dari kalangan ansar yang merupakan seorang sahabat Rasul, bahawa Rasulullah s bersabda:

“Maka barangsiapa yang meneladaniku, maka dia sebahagian daripadaku. Dan barangsiapa yang membenci sunnahku, maka bukanlah dia sebahagian daripadaku. Sesungguhnya setiap amalan itu ada masa semangatnya kemudian datang masa jemunya. Barangsiapa yang kejemuannya itu menghala kepada bidaah, maka sungguh dia telah tersesat. Dan barangsiapa yang kejemuannya itu menghala kepada sunnah, maka sungguh dia telah mengikuti petunjuk.”

(HR Ahmad, 23521 dan ia dinilai sahih oleh Imam al-Wadi’i di dalam “Al-Jami’ al-Sahih Min Ma Laisa Fi al-Sahihain”, 3251)

Syaikh al-Islam r berkata:

[Sabda Nabi s:]

“Barangsiapa yang membenci sunnahku maka bukanlah dia sebahagian daripadaku”

Iaitu: Orang tersebut telah menempuh jalan yang lain dengan persangkaan bahawa selain jalan baginda itulah yang lebih baik daripada jalan baginda.

Barangsiapa yang demikian halnya maka dia telah berlepas diri daripada Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah تَعَالَى:

“Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri”

Bahkan wajib ke atas setiap muslim untuk meyakini bahawa sebaik-baik kalam adalah kalam Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s sebagaimana yang sabit di dalam Al-Sahih di mana baginda selalu berkhutbah dengan itu pada setiap hari Jumaat.”

(Majmu’ al-Fatawa, j. 11, h. 201)

YANG KEENAM: Membenarkan Berita Yang Datang Daripada Baginda

Sesungguhnya Rasulullah s adalah seorang yang jujur lagi terpercaya. Maka berita yang datang daripada baginda juga adalah berita yang benar dan diakui kebenarannya. Firman Allah تَعَالَى:

“Serta mereka berkata: ‘Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?’ (Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh para rasul (yang terdahulu daripadanya).”

(QS: Al-Saffat, 37 : 36-37)

Imam Ibn Kathir r berkata:

“[Firman Allah:]

“Serta mereka berkata: “Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?”,

Iaitu: ‘Adakah kita harus meninggalkan penyembahan kita kepada sesembahan-sesembahan kita dan sesembahan-sesembahan nenek moyang kita disebabkan ucapan si tukang syair yang gila ini?’ Yang mereka maksudkan adalah Rasulullah s. Maka Allah تَعَالَى berfirman mendustakan dakwaan mereka dan membantah mereka:

“Bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid)”,

Iaitu: Rasulullah s telah datang membawa kebenaran di dalam seluruh syariat Allah untuk baginda, baik yang berbentuk berita mahupun tuntutan,

“Dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh para rasul (yang terdahulu daripadanya)”

Iaitu: Baginda membenarkan mereka (para rasul) terhadap apa yang mereka khabarkan berupa sifat-sifat yang terpuji dan jalan-jalan yang lurus. Dan baginda mengkhabarkan daripada Allah tentang syariat-Nya, ketetapan-Nya dan perintah-Nya sebagaimana yang mereka (para rasul) khabarkan.”

(Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim, j. 7, h. 12)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r, beliau berkata bahawa Nabi s bersabda:

“Tidakkah kamu semua percaya kepadaku sementara aku dipercayai oleh Yang di langit? Datang kepadaku berita dari langit pada waktu pagi dan petang.”

(HR al-Bukhari, 4351 dan Muslim, 1064)

YANG KETUJUH: Berselawat Dan Salam Ke Atas Baginda

Allah تَعَالَى telah memerintahkan para hamba-Nya untuk berselawat dan salam ke atas Nabi s, Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

(QS: Al-Ahzab, 33 : 56)

Perlu diingat bahawa berselawat dan salam ke atas Nabi s merupakan sebahagian daripada hak baginda ke atas kita, bukan kerana kita telah berjasa kepada baginda dengan pemberian selawat tersebut.

Imam Ibn al-Qayyim r berkata:

“Yang ketiga puluh lapan: Berselawat ke atas baginda ialah perlaksanaan sesuatu yang paling rendah daripada hak baginda dan [satu bentuk] berterima kasih kepada baginda atas kenikmatan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita semua meskipun apa yang berhak diperoleh oleh baginda daripada hal itu adalah tidak terhitung baik dari sudut keilmuan, kemampuan mahupun kemahuan.

kan tetapi Allah سُبحَانَهُ -disebabkan kedermawanan-Nya- reda daripada para hamba-Nya dengan sesuatu yang ringan berupa mensyukuri baginda serta menunaikan hak baginda.”

(Jala’ al-Afham, h. 534)

Daripada Abu Hurairah r, beliau berkata bahawa Rasulullah s bersabda:

“Sungguh rugilah orang yang mana diriku disebut di sisinya lalu dia tidak berselawat ke atasku. Dan sungguh rugilah orang yang mana bulan Ramadhan masuk kepadanya lalu bulan tersebut berlalu pergi sebelum dia diampunkan. Dan sungguh rugilah orang yang mendapatkan kedua-dua ibu bapanya berada di sisinya dalam keadaan sudah lanjut usia lalu kedua-duanya tidak memasukkannya ke dalam syurga.”

(HR Imam Ahmad, 7451)

Imam al-Wadi’i r berkata:

“Hadith ini naik kepada martabat sahih lighairih (iaitu: sahih dengan pendukungnya).”

(Al-Sahih al-Musnad, 1282)

Daripada ‘Ali bin Husain, daripada ayahnya bahawa Nabi s bersabda:

“Orang yang sebenarnya bakhil ialah orang yang mana diriku disebutkan di sisinya kemudian dia tidak berselawat ke atasku.”

(HR Imam Ahmad, 1736 dengan sanad yang sahih)

Sesungguhnya keutamaan berselawat ke atas Nabi s adalah kembali kepada orang yang mengucapkannya. Daripada Anas bin Malik r, beliau berkata bahawa Rasulullah s bersabda:

“Barangsiapa yang berselawat ke atasku satu kali, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali dan dihapuskan baginya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh derajat.”

(HR Imam Ahmad, 11998 dan ia dinilai hasan oleh Imam al-Wadi’i di dalam “Al-Sahih al-Musnad”, 89)

Imam Ibn al-Qayyim r berkata:

“Dalam menyebutkan buah yang dihasilkan dengan berselawat ke atas baginda:

Yang pertama: Menjalankan perintah Allah z.

Yang kedua: Menepati Allah z dalam berselawat ke atas baginda meskipun berbeza kedua-dua selawat itu, kerana selawat kita ke atas baginda adalah doa dan permohonan sementara selawat Allah تَعَالَى ke atas baginda adalah pujian dan pemuliaan sebagaimana yang telah lalu perbahasannya.

Yang ketiga: Menepati para malaikat dalam berselawat ke atas baginda.

Yang keempat: Seorang yang berselawat ke atas baginda satu kali akan mendapatkan selawat daripada Allah sebanyak sepuluh kali.

Yang kelima: Diangkat untuknya sepuluh derajat.

Yang keenam: Dicatat baginya sepuluh kebaikan.

Yang ketujuh: Dihapuskan baginya sepuluh kesalahan…”

(Jala’ al-Afham, h. 521)

Google trends: india hina nabi muhammad, kisah pendek nabi muhammad, hari lahir nabi muhammad 2022, kurniakanlah dapat melihat wajah mulia nabi muhammad, hari kelahiran nabi muhammad 2022, keturunan nabi muhammad, doa nabi muhammad kepada ibnu abbas, tema maulidur rasul 2022, keturunan nabi muhammadd ke-40, maulidur rasul 2022, pakcik nabi muhammad, cicit nabi muhammad, hina nabi muhammad, selawat maulidur rasul