KENAJISAN ARAK DAN KESANNYA KE ATAS PEMINUM

Di dalam Al-Sahihain daripada Anas –radhiallahu ‘anhu– dia berkata: “Dahulu saya pernah menjadi penghidang minuman di rumah Abu Talhah dan arak mereka pada ketika itu ialah Al-Fadhikh (iaitu arak yang terbuat daripada kurma). Maka Rasulullah r memerintahkan seorang penyeru untuk melaungkan bahawa arak telah diharamkan. Anas berkata: “lalu Abu Talhah berkata kepadaku: “Keluarlah dan tumpahkanlah ia”. Aku pun keluar dan menumpahkannya sehingga  arak pun mengalir di lorong-lorong Madinah.

Kemudian sebahagian kaum mengatakan: “Sungguh ada sebahagian orang telah dibunuh dalam keadaan ia (iaitu arak) masih berada di dalam perut-perut mereka”. Lalu Allah menurunkan ayat:

Maksudnya: (Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu.) [Al-Maidah: 93] -sampai akhir ayat-.([1])

Wadah-wadah minuman yang biasa mereka berdagang (arak) di dalamnya dan mereka menyimpan arak tersebut dengan jumlah yang lebih banyak daripada mereka menyimpan minyak, lemak dan madu; Walaupun begitu, Anas bin Malik –radhiallahu ‘anhu– tetap bangkit ke arah wadah-wadah minuman tersebut lalu menumpahkannya ke lorong-lorong Madinah dalam rangka menyahut perintah Allah dan Rasul-Nya r dengan sahutan yang segera.

Sesungguhnya minuman ini telah dikhabarkan oleh Allah –subhanahu wata’ala– bahawasanya ia adalah najis dan kenajisannya itu adalah bersifat maknawi kerana ia merupakan najis kerosakan, perbuatan jahat, fitnah dan maksiat. Ia termasuk ibu bagi segala kejahatan. Arak merupakan ibu segala kejahatan.

Telah sabit daripada Salim bin Abdullah bin Umar, daripada ayahnya; bahawasanya Abu Bakar Al-Siddiq, Umar bin Khattab dan beberapa orang dari kalangan sahabat Nabi r pernah duduk setelah kewafatan Rasulullah r membincangkan tentang dosa besar yang paling besar maka mereka tidak memiliki ilmu tentang perkara tersebut lalu mereka mengirimku (iaitu Salim) pergi kepada Abdullah bin Amru bin ‘Aas untuk bertanyakan tentang itu. Beliau mengkhabarkan kepadaku bahawasanya dosa besar yang paling besar adalah meminum arak.

Kemudian aku mendatangi mereka semula dan aku memberitahukan kepada mereka tentang itu lalu mereka semua mengingkari perkara tersebut dan segera bangkit untuk berjumpa sendiri dengan beliau. Maka beliau mengkhabarkan kepada mereka bahawa Rasulullah r telah bersabda:

Maksudnya: (Sesungguhnya seorang raja dari kalangan Bani Israil telah menangkap seorang lelaki lalu diberikan kepadanya pilihan sama ada untuk minum arak atau membunuh bayi atau berzina atau memakan daging khinzir atau mereka akan membunuhnya sekiranya dia enggan (untuk memilih salah satu). Lalu dia memilih untuk meminum arak. Apabila dia minum, dia tidak lagi menolak apa yang mereka inginkan daripadanya.)([2])

Setelah minum arak, dia pun melanggar keharaman membunuh, memakan daging khinzir dan melakukan perzinaan. Uthman –radhiallahu ‘anhu– pernah berkata:

Maksudnya: «Hindarilah kamu akan arak, kerana sesugguhnya ia adalah ibu segala kejahatan».([3])

Kerana di sebalik perbuatan meminum arak itu akan menjadikan seorang insan hilang akalnya sehingga dia tidak sedar apa yang dia ucapkan. Di dalam Al-Sahihain, Ali –radhiallahu ‘anhu– telah berkata:

“Aku pernah memiliki seekor unta hasil daripada pembahagian harta rampasan perang Badar. Dan Nabi r juga telah memberikan kepadaku seekor unta lagi daripada bahagian seperlima pada hari tersebut.

Ketika aku hendak membina rumah tangga dengan Fathimah –radhiallahu ‘anha– puteri baginda r, Aku telah membuat perjanjian dengan seorang tukang emas dari Bani Qainuqa’ untuk berangkat bersamaku sambil membawa izhkhir (iaitu rumput yang harum baunya, seperti serai) yang akan dijual, dan hasil jualan tersebut akan aku gunakan untuk persiapan pernikahanku.

Ketika aku sedang mengumpulkan barang-barang keperluan untuk kedua-dua unta tersebut berupa pelananya, guninya serta talinya, unta-unta tersebut ditambat di sebelah rumah salah seorang lelaki dari kalangan Ansar sehinggalah aku selesai mengumpulkan barang-barang keperluan tersebut.

(Setelah selesai daripada urusanku) tiba-tiba aku melihat kedua-dua untaku, bonggolnya telah dipotong, perutnya telah dibelah dan sebahagian daripada hatinya telah dicabut keluar. Kedua-dua mataku tidak mampu untuk melihat pemandangan tersebut. Aku katakan: “Siapakah yang melakukan ini?” mereka mengatakan: “Hamzah bin Abdul Mutallib yang melakukannya dan dia sekarang berada di dalam rumah ini bersama orang-orang Ansar yang suka meminum minuman keras. Di sisinya terdapat kawan-kawannya dan seorang penyanyi wanita (yang menghibur mereka). Penyanyi wanita itu mendendangkan:

«Wahai Hamzah, (bunuhlah) unta-unta yang gemuk itu   (dan hidangkanlah) untuk para tetamumu»

Lalu Hamzah mencapai pedangnya lantas memotong bonggol dua unta tersebut, membelah perutnya dan mengambil sebahagian daripada hatinya.” Ali berkata: “Maka saya berangkat sehinggalah saya bertemu dengan Rasulullah r dan di sisi baginda ada Zaid bin Harithah. Nabi r tahu apa yang aku hadapi (melalui riak wajahku) lalu baginda mengatakan: “Ada apa dengan kamu?” Saya mengatakan: “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat (sesuatu yang lebih dahsyat) seperti hari ini. Hamzah telah menyerang dua ekor untaku. Dia memotong bonggolnya dan membelah perutnya. Dan sekarang dia sedang berada di dalam sebuah rumah bersama dengan orang-orang yang gemar meminum minuman keras.

Maka Nabi r meminta untuk diberikan selendang baginda lalu segera menyarungkan selendang tersebut kemudian terus berangkat dengan berjalan kaki sedang aku dan Zaid bin Harithah mengikuti (di belakang) baginda. Sehinggalah baginda sampai di rumah yang di dalamnya terdapat Hamzah lalu baginda meminta izin (untuk masuk) dan diizinkan untuk baginda.

Lalu mulailah baginda mencela Hamzah terhadap apa telah dia lakukan. Pada saat itu, Hamzah sedang berada dalam keadaan mabuk dan kedua-dua matanya sudah menjadi merah. Hamzah melihat Nabi r dan menaikkan pandangannya (sedikit demi sedikit) bermula daripada lutut baginda, kemudian naik sehingga dia melihat kepada wajah baginda. Kemudian dia berkata: “Bukankah kamu semua ini tidak lain hanyalah para hamba bagi ayahku sahaja??” Nabi r tahu bahawasanya Hamzah pada ketika itu sedang dalam keadaan mabuk maka Rasulullah r perlahan-lahan mengundurkan diri baginda ke belakang dan keluar (daripada rumah tersebut) dan kami turut keluar bersama baginda.”([4])

Nabi r mengundur ke belakang dan keluar adalah kerana khawatir Hamzah –radhiallahu ‘anhu– pada ketika itu melompat lalu menyerang mereka dalam keadaan dia sedang mabuk kerana seorang peminum arak itu sangat berkemungkinan untuk dia membunuh ahli keluarganya yang terdekat, melakukan dosa yang paling keji dan keharaman yang paling buruk kerana akalnya sudah ditarik. Oleh sebab itu Allah –‘azza wajalla– menyifatkan arak di dalam syurga bahawa ia tidak akan menghilangkan akal. Firman Allah –subhanahu wata’ala-:


Maksudnya: (Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.) [Al-Saffat: 47]

Dan firman Allah –subhanahu wata’ala-:

Maksudnya: (Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.) [Muhammad: 15]

Arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan tidak menghilangkan akal. Sesungguhnya arak merupakan minuman yang menyesatkan. Barangsiapa yang meminumnya, sungguh dia telah menempuh jalan-jalan kesesatan dengan berbagai jenisnya. Dia akan mengucapkan kebatilan, melakukan kebatilan dan mengerjakan perkara-perkara dosa. Oleh sebab itu, telah sabit di dalam Al-Sahihain daripada hadith Abu Hurairah –radhiallahu ‘anhu– dia berkata:

Maksudnya: «Telah didatangkan dua bekas minuman kepada Rasulullah r pada malam diisra’nya baginda di Iliya’ (iaitu di Bait Al-Maqdis) yang berisi arak dan susu. Baginda melihat kepada kedua-duanya lalu baginda memilih susu. Jibril berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kepadamu petunjuk untuk (memilih) fitrah. Kalau seandainya kamu memilih arak nescaya akan tersesatlah umatmu»([5])


([1]) Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari pada nombor (2464) dan Muslim pada nombor (1980).

([2]) Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Hakim pada nombor (4/174) dan Al-Thabrani di dalam Al-Ausath pada nombor (363).

([3]) Athar ini diriwayatkan oleh Abdul Razzaq di dalam Musannafnya pada nombor (17060).

([4]) Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari pada nombor (3091) dan Muslim di bawah nombor (1979)

([5]) Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari pada nombor (5561) dan Muslim di bawah nombor (2009).

google trends: #instafamousminumaraklangkawi #chivasregal #hukumpegangbotolarak #arakamornsupairi #todiarak #mimpiminumarak #wine air arak #hukumminumarak #botolarak #maksudarak #jenisarak #alkohol #pestaarak #mimpiminumarak #dadah #alcohol #kesanminumarak #artisminumarak #arakdanjudi #beer #hukumanminumarak