Wajib ke atas kaum muslimin untuk menegakkan hukuman yang keras terhadap perkara-perkara haram yang jelas lagi terang ini. Inilah perkara yang wajib ke atas kaum muslimin. Sungguh Rasulullah r telah menegakkan hukuman ke atas peminum arak dan baginda telah menyebat orang yang meminum arak dengan 40 kali sebatan. Telah sabit daripada Ali –radhiallahu ‘anhu-, beliau berkata:

Maksudnya: «Rasulullah r dan Abu Bakar telah menyebat dalam permasalahan arak (iaitu orang yang meminum arak) sebanyak 40 kali sebatan dan Umar menyempurnakannya menjadi 80 kali sebatan, kedua-duannya sunnah.»([1])

Barangsiapa yang tidak mahu berhenti daripada meminum arak dalam keadaan dia menghalalkan perbuatan tersebut, wajib (ke atas para penguasa) untuk membunuhnya kerana dia telah menghalalkan apa yang Allah haramkan. Ini berdasarkan hadith Abu Hurairah([2]), Mu’awiyah([3]) bin Abi Sufyan, Ibnu Al-Dailami([4]) dan sebilangan para sahabat yang lain([5])semoga Allah meredai mereka semua– bahawasanya Nabi r bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang meminum arak maka sebatlah dia. Sekiranya dia ulangi lagi, maka sebatlah dia. Sekiranya dia ulangi lagi, maka sebatlah dia dan sekiranya dia ulangi lagi untuk kali yang keempat, maka bunuhlah dia.»

Telah sabit daripada Dailam Al-Himyari beliau berkata: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah r: “Wahai Rasulullah, Sesungguhnya kami tinggal di tempat yang sejuk dan kami melakukan kerja-kerja yang berat dan kami meminum suatu minuman yang diperbuat daripada gandum bertujuan untuk memberikan kekuatan kepada kami dalam bekerja dan untuk menghadapi kesejukan di tempat kami. Baginda bersabda: «Adakah ia memabukkan?» Saya mengatakan: “Ya”. Baginda bersabda: «Maka jauhilah ia». Dia berkata: lalu saya berkata: “Bagaimana kalau orang-orang itu tidak mahu meninggalkannya?” Baginda bersabda: «Sekiranya mereka tidak mahu meninggalkannya maka perangilah mereka.»”([6])

Dan ini dibawa kepada makna: barangsiapa yang berani untuk melanggar keharaman-keharaman Allah dan menghalalkannya. Ia tidak dibawa kepada makna: barangsiapa yang meminum sebahagian daripada arak tersebut dalam keadaan dia tidak menghalalkannya.

Sesungguhnya sikap berterusan dalam perkara batil ini merupakan pemberi peringatan akan kerosakan, fitnah dan wabak penyakit. Orang-orang yang beriman akan merasa cemburu terhadap agama mereka apabila melihat arak-arak dijual di jalanan. Sekiranya seorang yang sekadar membelinya dan tidak meminumnya sudah dianggap berdosa lagi dilaknat, maka bagaimana pula orang yang dengan beraninya berhubungan langsung dengannya. Telah datang daripada Abdullah bin Abbas –radhiallahu ‘anhuma– beliau berkata: Saya mendengar Umar –radhiallahu ‘anhu– berkata: “Semoga Allah memerangi si Fulan. Tidakkah dia tahu bahawa Rasulullah r telah bersabda:

Maksudnya: «Semoga Allah melaknat kaum Yahudi, telah diharamkan ke atas mereka  lemak (khinzir) lalu mereka mencairkannya kemudian menjualnya.»([7])

Ada seorang lelaki berkata -ketika dia meminum arak- bahawa Allah telah mentakdirkannya ke atasku. Lalu Umar bin Al-Khattab mengatakan: “Dan Allah telah menakdirkanku untuk menyebatmu sebanyak 80 kali sebatan.” Sesungguhnya jenayah yang besar ini, jenayah melakukan perkara yang haram ini merupakan penyebab tersebarnya seluruh perkara-perkara yang keji. Ini berdasarkan apa yang sabit daripada hadith Mughirah bin Syu’bah –radhiallahu -anhu– beliau berkata: Rasulullah r bersabda:

Maksudnya: «Barangsiapa yang menjual arak, maka hendaklah dia melapah (menghalalkan) khinzir.»([8])

Dan maknanya ialah: kalau seandainya seseorang itu berani untuk melanggar keharaman arak, maka untuk melanggar keharaman daging khinzir dan perkara-perkara maksiat yang lain, dia akan lebih berani lagi.

Sesungguhnya hal pengharaman arak ini telah jelas di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah dan sudah pun dimaklumi baik oleh orang yang jauh mahupun yang dekat dari kalangan muslimin. Ia adalah permasalahan yang semestinya diketahui. Tersebarnya perkara ini (di tengah-tengah masyarakat) adalah pemberi peringatan akan kehancuran negara dan masyarakat, maka wajib untuk ia diingkari dengan tangan dan lisan serta wajib juga untuk diingkari dengan hati.

Telah sabit daripada Abu Hurairah –radhiallahu ‘anhu– beliau berkata: “Ada seorang lelaki yang meminum arak  didatangkan kepada Nabi r lalu baginda bersabda: «Pukullah dia». Berkata Abu Hurairah: “Maka ada di antara kami yang memukulnya dengan tangannya, ada yang memukul dengan seliparnya dan ada yang memukul dengan bajunya. Dan apabila lelaki tersebut berlalu pergi, berkatalah sebahagian orang kepadanya: “Semoga Allah menghinakan kamu”. Lalu baginda bersabda: «Janganlah kamu berkata seperti itu, janganlah kamu menolong syaitan (menguasai) ke atas dirinya.»([9])

Maka atas sebab apa orang-orang itu mengingkari penghinaan yang ditujukan kepada orang-orang yang dihinakan oleh Allah dan Rasul-Nya dari kalangan para pemabuk dan para penjual arak. Barangsiapa yang mendapatkan sesuatu daripada kemungkaran itu hendaklah dia hilangkan dengan tangannya. Barangsiapa yang dilihat berada di dalam keadaan seperti ini, hendaklah dia dihina sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah r.

Demikianlah, dan bukanlah kewajipan ini dikhususkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja kerana agama ini adalah tanggungjawab bersama sedangkan tunduk kepada kemungkaran merupakan kerosakan di dalam kehidupan. Tersebarnya kemungkaran adalah termasuk daripada kerosakan di dalam agama. Bagaimana arak boleh dijual beli?? Bagaimana arak boleh disebarkan dan diminum di negara-negara umat islam, di hotel-hotel dan jalanan umat islam tanpa ada pengingkaran daripada pihak berwajib?? Sedangkan Allah –‘azza wajalla– telah berfirman:

Maksudnya: (Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.) [Al-Hajj: 41]


([1]) Diriwayatkan oleh Abu Daud pada nombor (4481).

([2]) Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (2/504), Abu Daud (4484) dan Al-Nasa’i (5662).

([3]) Diriwayatkan oleh Abu Daud (4482) dan Al-Tirmidzi (1444).

([4]) Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (4/231) dan Abu Daud (3683).

([5])Telah datang daripada: Abdullah bin Amru seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad (2/185), Ibnu Umar seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad (2/16), Anas bin Malik seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad (3/112), Buraidah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad (5/356), Aisyah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud (3687) dan Ibnu Majah (33806). Dan telah datang daripada sahabat-sahabat yang lain, sila rujuk Musnad Imam Ahmad cetakan Muassasah Risalah (11/14)

([6]) Telah berlalu takhrij hadith ini.

([7]) Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3460) dan Muslim (1582).

([8]) Diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya (3489) dan ia adalah hadith yang lemah kerana di dalam sanadnya terdapat Amru bin Bayan Al-Taghlibiy, majhul hal (iaitu tidak diketahui keadaannya). Hadith ini juga telah dihukum lemah oleh Al-Syaikh Al-Albani di dalam Al-Dha’ifah (4566). Ibnu Abdil Barr bekata di dalam Al-Istizkar (6/191) bahawa: “bukanlah hadith ini menunjukkan akan bolehnya melapah khinzir bagi orang yang menjual arak akan tetapi ia adalah sebagai bentuk celaan dan teguran, maksudnya: barangsiapa yang menghalalkan penjualan arak sedangkan Allah telah melarangnya dengan lisan Rasul-Nya r maka tidaklah melapah (menghalalkan) khinzir itu susah baginya.” -selesai-Seperti ini juga yang dikatakan oleh Al-Khattabi.

([9]) Diriwayatkan oleh Al-Bukhari pada nombor (6777) dan Abu Daud (4477).

google trends: #instafamousminumaraklangkawi #chivasregal #hukumpegangbotolarak #arakamornsupairi #todiarak #mimpiminumarak #wine air arak #hukumminumarak #botolarak #maksudarak #jenisarak #alkohol #pestaarak #mimpiminumarak #dadah #alcohol #kesanminumarak #artisminumarak #arakdanjudi #beer #hukumanminumarak