SIAPAKAH SALAFUS SOLEH & PENGIKUT MEREKA YANG SEBENAR?
1) Kitab ini [iaitu kitab “Quthuf min Nu’uth al-Salaf” karangan Fadhilah al-Syaikh Zaid bin Muhamad al-Madkhali] adalah sebuah kitab yang membahas tentang sifat sifat Salafiyyun dan menjelaskan tentang perbezaan di antara golongan yang berpegang dengan manhaj salaf dengan kelompok-kelompok Harakiyyun yang sekadar beragama dengan emosi dan hawa nafsu.
2) Termasuk di antara perkara yang telah diketahui oleh para ulama, penuntut ilmu dan pendakwah ke jalan Allah ialah: Jalan yang lurus (al-Sirath al-Mustaqim) adalah jalan yang dipegang oleh Salafus Soleh dalam setiap bab ilmu dan amalan. Hal itu kerana jalan Salaf adalah jalan yang telah ditetapkan oleh wahyu Allah dan telah dimantapkan serta diteliliti oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam.
3) Sekiranya ada yang bertanya siapakah yang dimaksudkan dengan Salaf? Maka jawapannya seperti yang dijelaskan oleh para ulama rabbani bahawa: Salaf adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang bersama baginda. Dan seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi rahimahullah di dalam Syarah Sahih Muslim bahawa Salaf adalah para pendahulu. Syeikh Muqbil al-Wadi’i rahimahullah menjelaskan bahawa Salaf adalah golongan yang berada di generasi yang paling utama. Adapun yang datang setelah generasi tersebut, maka mereka tidak dinamakan Salaf tetapi Salafi iaitu yang mengikuti jalan Salaf. Dijelaskan oleh Imam al-Dzahabi rahimahullah di dalam kitab beliau “Mizan al-I’tidal” bahawa garis pembatas di antara zaman salaf dan zaman yang bukan salaf adalah tahun 300 Hijrah (lebih tepatnya: tahun 310 Hijrah kerana sahabat terakhir yang meninggal dunia adalah pada tahun 110 Hijrah). Oleh itu, yang datang pada sebelum tahun 300, mereka itulah yang dinamakan sebagai Salaf.
4) Kesimpulannya: Zaman Salaf ialah zaman Rasulullah dan para sahabat baginda iaitu sehingga 110 Hijrah. Ini kurun yang pertama. Kemudian diikuti dengan zaman para tabiin yang sempat berjumpa dengan para sahabat iaitu sehingga 210 Hijrah. Ini kurun yang kedua. Lalu diikuti pula dengan kurun yang ketiga iaitu zaman pengikut tabiin yang sempat berjumpa dengan tabiin iaitu sehingga 310 Hijrah. Inilah tiga generasi yang paling baik dan paling utama berdasarkan hadith baginda:

5) PENTING: Setiap orang yang berada pada zaman Salaf dikira sebagai Salaf yang sebenar hanya apabila dia beramal dengan ajaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Maka andaikata seseorang itu berada pada zaman Salaf sekalipun namun dia tidak mahu mengikuti jalan Nabi dan para sahabat, maka dia tidak dikira sebagai Salaf [yang sebenar] seperti halnya golongan munafik dan khawarij yang ada pada zaman tersebut. Sebaliknya, seseorang yang tidak dikurniakan oleh Allah untuk berada pada zaman Salaf tetapi dia berusaha mencontohi dan meneladani apa yang diajarkan oleh para Salaf, maka mereka itulah Salafiyyun yang berpegang dengan manhaj Salaf. Inilah takrif yang disepakati oleh para ulama yang muktabar. Berkata Imam Al-Barbahari rahimahullah di dalam kitab “Syarh al-Sunnah” beliau bahawa ilmu bukanlah [semata-mata] banyaknya kitab dan riwayat. Beliau juga menyebutkan bahawa seorang alim itu adalah yang mengikuti sunnah walaupun kitab dan riwayatnya sedikit. Maka barangsiapa yang menyelisihi Salaf baik secara nama, teori atau amalannya maka dia tidak termasuk dalam golongan Salaf walaupun dia berada pada tiga generasi terbaik.
6) Setiap penuntut ilmu yang adil dan jujur pasti akan bersaksi bahawa Salaf dan para pewaris Salaf, merekalah yang paling banyak ilmunya, paling suci hatinya, paling besar kesetiaannya kepada Allah dan Rasul, paling jelas jalannya dan merekalah para imam yang memberikan fatwa kepada umat di dalam urusan agama mereka. Salaf, mereka adalah orang-orang yang berakal dan penuh hikmah dalam dakwah dan jihad. Berdasarkan ini sahaja, dapat kita ketahui bahawa Salaf tidak seperti jemaah-jemaah yang lain yang memiliki organisasi-organisasi tersembunyi atau terbuka seperti yayasan dan lain-lain yang mana itu adalah langkah yang buruk dan menyelisihi jalan yang benar. Dakwah Salaf adalah dakwah yang bermula dari dasar agama yang benar, ketentuan-ketentuan agama yang kukuh dalam permasalahan yang besar atau kecil yang semuanya itu diajarkan secara bertahap kerana Salaf, merekalah sumber ilmu. Maka benarlah ucapan seorang penyair:

Sumber: Faedah dari Mukadimah kitab “Quthuf min Nu’uth al-Salaf” karangan Syeikh Zaid bin Muhammad bin Hadi al-Madkhali dengan syarahan Syaikhuna Abu Fairuz Abdul Rahman al-Jawi.
Transkrip & Olahan: Wan Shahir Wan Perwira
Dengarkan rakaman kuliah bagi kitab ini di sini.
Download kitab “Quthuf min Nu’uth al-Salaf” di sini (nombor 1).
Comments (0)